Popular Posts

Bersama Bertaubat



Mari kita ramai-ramai mula bertaubat kepada Allah s.w.t. Kita mulakan dengan menginsafi segala kekhilafan yang pernah kita buat.


Marilah kita segera bertaubat kepada Allah s.w.t sebelum terlambat kerana kiamat akan datang pada bila-bila masa dan kita sudah lihat tanda-tanda kiamat yang telah berlaku di seluruh dunia.


Tanda-tanda kiamat bukan datang dengan pantas tetapi secara perlahan-lahan. Ini juga menunjukkan kekuasaan Allah s.w.t untuk kita segera bertaubat demi kebaikan kita sendiri.


Ramai orang masa kini suka akan kebendaan dan juga keduniaan, mereka tidak ambil kira tentang akhirat. Di akhirat nanti, mereka yang belum bertaubat dan sedar tentang akhirat, mereka akan tergolong dalam golongan yang memasuki neraka. Wallahuallam.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Search This Blog

Followers