Popular Posts

Showing posts with label filem melayu. Show all posts
Showing posts with label filem melayu. Show all posts

Nur Kasih The Movie


Smlmkan aku cuti....Kebetulan pula aku & mama kena pi Sg Petani sbb nak kena beli brg2 pengantin....X per yg tue nanti aku citerkan kemudian....So bila dah selesai uruskan hal business,kami terus singgah ke Village Mall....Tujuan utama adalah utk menonton filem ini:

|

|

|

|

|

V


Nur Kasih The Movie
(Ramai yg ckp citer nie best sgt kannnnnnnn)
So aku & mama nak saksikan sendirilah mcm mana crita ini sbb masa dalam drama,mmg aku & mama ikut kisah ini...


So aku beli 2 tiket...Korang kalau bawak org yg berusia akn dpt less RM 1 tau....Mcm aku,harga tiket aku RM 7.00,tiket utk mama RM 6.00....Hebat sungguh pawagam nie kan....
HiHiHi...

So sementara nak tunggu masuk pawagam,kami solat zohor dulu disurau....Dan kami sempat pi minum2 dulu,bak kata mama"membasahkan tekak"...
Mengenai cerita ini,secara JUJUR aku katakan ia adalah sebuah filem yg "biasa2 saja".....X seperti yg dijangkakan....Tapi still bole ditontonlah jugak untuk seisi keluarga....Nie pendapat akulah kan,jgn pulak korang nak hentam aku...Lain orgkan lain pendapatnya & lain org,lain seleranya.....
Nak kata aku menangis,x derlah plak...Samada aku nie x der perasaan @ sebaliknya x tau lah plak aku....Tapi mmg tisu yg aku bawak,x digunakan langsunglah....Tapi ada jugak 2-3 babak yg sedih mcm:
  • masa kat hospital,mak Adam dtg dan ckp pasal "kematian"
  • masa kat pokok tue antara Nur & Adam
  • masa Adam mati diusianya yg dah lanjut usia
Utk filem nie aku kasi 3.5 bintang

Dugaan dan ranjau yang dilalui oleh Adam(Remy Ishak) tidak pernah terhenti apabila Adam sekali lagi terpaksa menerima ujian getir bahawa anak dalam kandungan Nur(Tiz Zakiyah) kemungkinan akan meninggal akibat kemalangan jalan raya yang menimpa mereka berdua.
Manakala Aidil(Fizz Fairuz) pula terpaksa menjalani kehidupannya sebagai bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu ilyas(7) (Mohd Ilyas Suhaimi) dan Maryam(5) (Mia Sara Nasuha) setelah isterinya yang tercinta, Alia(Ayu Raudah) meninggal dunia.
Mampukah Aidil membesarkan Ilyas dan Maryam sendirian? Pengorbanan apakah yang akan di lalui oleh Nur Amina dan Adam? Adakah cinta Adam Dan Nur Amina akan terkubur?


Filem Seram 2011



Mesti ramai yg dah pegi menonton filem "Khurafat" nie kan...Begitu juga ngn aku...Pecaya atau tidak,aku juga sudah pergi menontonnya di pawagam bersama mama & Ecah...Mmg aku seorang yg sgt2 PENAKUT,tapi aku memberanikan diri juga utk pergi menontonnya..hahahaha...
Kalau tanya aku tentang citer nie,mmg aku "TABIK SPRING" lah pada Syamsul Yusof..Nak tahu kenapa,wpun filem nie SERAMMMMM tapi ia memberi byk pengajaran dlm filem nie...
Yang paling menakutkan aku masa babak dlm bilik mayat ngn masa babak dlm van jenazah,nasib baiklah aku ada "shawl",asal rasa takut jer,aku tutup muka aku ngn shawl..hahahaha...

Pelakon2:
Syamsul Yusof
Liyana Jasmay
Fauziah Nawi
Sabrina Ali
dan lain2

Sipnosis:
Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat .. membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan.
Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi
Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersikap pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini.

Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya… perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi.

Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. KepadaNya seluruh makhluk bergantung.

------------------------------------------


Aku bagi 4 1/2 bintanglah utk filem ini...

Popular Posts

Search This Blog

Followers

Blog Archive