Popular Posts

Malaysian Sweetheart, the young man ;)

Assalamualaikum n Aloha!!

Aliaa suka sangat tengok adik Adi Putera ni, walaupun di usia yang masih muda, he's a genius, he was born to be like that. Dan pada masa yang sama, adik Adi Putera diasuh bukan hanya dengan ilmu dunia,malahan ilmu akhirat, iman dan taqwa disematkan dalam diri adik ni. Beliau juga dilatih untuk menghafaz ayat2 Al-Quran. Adik Adi Putera pandai berkata2, berbudi bahasa dan sopan ketika bercakap dengan sesiapa pun. 

Selain pakar dalam bidang matematik (beliau seing menggunakan konsep cakerawala dan Al-Quran utk menyelesaikan masalah pendaraban) dan ilmu2 sains yg lain, mengikut sumber maklumat yg Aliaa baca, adik Adi Putera juga memiliki keistimewaan yang lain, beliau mempunyai high instinct yang kuat. Adik Adi sering membantu dalam operasi pencarian mencari orang yang hilang. Contonhya, beliau pernah terlibat dalam pencarian mayat Adik Sharlinie yang hilang sebelum ini.

Ada satu sajak yang Adik Adi Putera cipta, boleh dijadikan contoh, sajak ni menceritakan impian,harapan beliau dan kesedaran beliau terhadap bangsa Melayu, hayatilah dan fahamilah isi2 sajak ni, sangat bermakna, adik Adi Putera telah mengarang sajak ni sebelum tidur dalam pukul 3 dan 4 pagi mcmtu, beliau mengambil masa 2 hari utk karang..mengikut adik Adi, beliau sering dapat ilham secara tiba2 selalunya time tengah2 malam atau awal pagi ^_^


Aku Berfikir International





Akulah Adi Putra
Melayu tdk penah lupa
duduk tahun satu rasanya tersiksa
tiada siapa peduli
tetapi aku bisa bedakan
ilmu Allah bagi dan ilmu diajar guru bermula dengan
‘A’, ‘B’, C ,’one’, ‘two’, ‘three’, ‘alif’, ‘ba’, ‘ta’
di mana trillion di manakah billion,
di mana tahfiz Al Quran
di mana doa2 para nabi para wali
untuk apa aku disini
aku berfikir rasional
aku berfikir international
pandai aku bijak aku comel aku
hanya untuk ditonton diuji dan dipuji
aku malu
alangkah ruginya mereka
untuk apa semua ini
di mana mata hati mereka?
pujian biar bertempat
marah bila bersopan
kurang ajar biarlah berbudi bahasa
tersirat mereka tak nampak
tersurat sahaja mereka lihat
di mana silapnya
Rasulullah memimpin ummah
hebatnya baginda
pimpinlah aku
doakanlah aku
aku punya cita-cita
aku punya idola
barangkali aku kecil mereka
hanya ketawa
Allah maha perkasa
tahfiz Al Quran itu hebat
Hafaz Yaasin itu penerang hati
matematik itu tunjang ilmu
ayuh bangsaku bangunlah
kita bertemankan islam
kita penuhkan ilmu didada
kita jadikan melayu hebat di persada dunia
bersamaku adi putra
akulah modal insan
anak melayu jati
wawasan 2020
takkan melayu hilang di dunia
pantang melayu menderhaka pada sultannya
pemuda harapan bangsa
pemudi tiang negara
mengapa bersembunyi diri di sebalik ibu pertiwi
sejengkalpun tanahairku dijajah
biar putih tulang jangan putih mata..

p/s: setiap orang ada keistimewaan masing2, Allah Maha Adil, jadi bersyukurlah selalu :) 

.Ok.Tata.Peace.
Wassalam

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Search This Blog

Followers

Blog Archive