Popular Posts

Showing posts with label robots. Show all posts
Showing posts with label robots. Show all posts

> Aku Hampir Sesat

HOlla Peeps,




Melihat salah satu papercraft ciptaan aku..
Membuatkan aku teringat sesuat yang hampir membuatkan aku menitis air mata..
Bukan kisah sedih atau simpati si hati lembut ku inginkkan..
Bukan publisiti si gedik mengadu nasib badan..
Bukan juga kisah dongeng si prejudis dengan si naif..
Buka juga kisah cendawan baru mendapat payung si pecinta kecantikkan dunia..

Kalau bukan apa dia?
Mungkin cebisan silang kata yang masih tergantung soalnya...
Mungkin juga kisah robot yang hanya menjalankn tugas yang diberikan tuannya tanpa mengenal erti penat, tanpa mengenal erti kehidupan sebenar..
Si robot ini tidak mendapat ganjaran atas apa yang dikerjakannya..
Tapi adakah dia merungut?


Adakah dia menangis kepenatan menjalankn kerjanya?
Sepanjang kerjanya tiada silap..
Tetapi akibat sedikit silap dia dipinggirkan..
Sedikit silap dia dibenci..
Mungkin kerana rupanya yang semakin hodoh dimamah usia..
Robot cendawan baru semakin mendapat tempat di hati tuannya..


Menjadi kebiasaan manusia mencintai yang cantik luaran, bukan dalaman..
Menjadi kebiasaan manusia akhir zaman mencintai yang baru dan yang merosakkan mata hati..
 Menjadi suatu kebingungan juga apabila yang kualiti disisihkan..
yang sampah dimahkotakan akibat cebisan kasihan kepada mereka..
mungkin akibat kecomelan juga mereka di hipnotasi oleh mata hati si busuk hati..



Keseronokkan dan hiburan membawa kelalaian,
Berfesyen membawa kepada pembaziran,
Keseksian si gadis melemahkan nafsu si lelaki,
dan disini mereka bertapak mempengaruh minda kita yang rapuh...





-zuan-
p.s : manusia kini begitu leka dengan maya tanpa endahkan sesuatu yang selamanya akan kita diami, ingatan untuk diriku dan dirimu.. mungkin suatu hari nanti ketika ku hembuskan nafas terakhir, baru mereka ingati apa yang aku karangi.. Selamat menyambut bulan ramadhan

> Lagenda Robot

HOlla Peeps,

Aku seorang penggemar robot.. Dan kalau ada cerita yang ada robot, lagi la ligat aku tengok.. haha Aku ada terjumpa artikel mengenai famous-robots-from-film-photos

berikut adalah antara robot-robot famous yang aku nak share dengan korang :

 Eve dan WALL-E dari filem Animasi WALL-E 
Bender dari Siri Animasi Futurama
Data, Seven of Nine dari filem popular Star Trek : Voyager dan Star Trek : The Next Generation 
T-800 dan T-1000 dari filem popular Terminator
C-3PO dan R2-D2 dari filem popular Star Wars
Optimus Prime dan Megatron dari filem popular Transformers

-zuan-
p.s : ada tak dalam list ni favorite korang? aku hope one day bila aku dah banyak duit (pendapatan dari nuffnang cukup tak?) aku boleh beli semua robot favourite aku :D  

> Mencari Rentak

HOlla Bloggers..

Aq mungkin sudah lama di dalam dunia blog, tetapi kepakaran tiada di dalam diriku kerna aq kurang berpengalamn mengenai blog ni sangat.. Pada awalan aq berblog hanyalah untuk suka-suka tanpa memikirkan apa yang ingin dituliskan sangat.. tetapi aq mula sedar akan sesuatu yang ada di blog ni.. kebebasan untuk berkarya... Jadi aq mula mencari rentak dengan melontarkan beberapa idea aq di dalam 2 karya My Story yang mungkin telah dibaca bloggers sekalian


Pertarungan Antara Gajah Dan Ular
Homecoming

Aq juga mula berminat untuk menjadi pengkritik filem, dimana aq akan menulis review untuk setiap filem yang aq tonton untuk membantu anda semua membuat keputusan sama ada untuk melihat filem terbabit atau tidak menerusi Movie Review 

dan dengan bantuan para blogger, aq harap aq dapat mematangkan gaya penulisan aq pada masa hadapan supaya ia lebih menarik untuk dibaca..

Pada yang sudah lama membaca blog aq, mayb perasan komik After Tea With Robot yang pernah aq buat suatu ketika dahulu...


Apa Sudah Jadi Dengan Boss?
Habis Bateri

Ya, mungkin anda masih ingat.. Aq mempunyai niat untuk menyambung komik tersebut, tetapi disebabkan kekurangan masa, aq masih perlu membatalkan niat tersebut buat seketika waktu sehingga aq ada masa untuk menyambungnya..


p.s jangan ketinggalan membaca movie review Karak, dan My Story : Pertarungan Antara Gajah Dan Ular dan tak lupa, thanks to bro Ben kerana bagi aq kesempatan berkarya semalam.. thanks

Popular Posts

Search This Blog

Followers

Blog Archive