Popular Posts

> Ulser Mulut Yang Memedihkan

HOlla Peeps,

"Arghh skitnya~" ketika mengunyah makanan, atau bercakap, menggosok gigi, atau berkumuh ketika berhadas.. Geram lak rasanya bila kena an? Kena apa? Kena Ulser Mulut, atau bahasa lainnya Mata Ikan (yeke mata ikan?).. Tambahan bulan-bulan puasa ni, makin sakit pulak jadinya (puasa masih tidak terbatal, insyaAllah)..


Apa itu Ulser Mulut sebenarnya? Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan.




gambar ikhsan Google 

Penyebab yang menyebabkan ulser mulut? Menurut Kementerian kesihatan penyebab sebenar ulser mulut tidak diketahui (tah mana datangnya tah). Ia mungkin terjadi disebabkan oleh : Stres, Perubahan hormon, Jangkitan (infeksi), Kekurangan zat makanan, Alahan, Radioterapi dan Kimoterapi. Selain itu juga ia mungkin disebabkan oleh kecederaan fizikal pesakit seperti tergigit bibir (bercumbu antara suami dan isteri barangkali), dan tercucuk benda yang tajam (gigit pen akibat gagal menjawab soalan peperiksaan).


Tanda-tanda Ulser Mulut? Rasa pedih dalam mulut (bukan untuk mengata atau bergosip orang) kesakitan di bahagian dalam mulut (ketika berkumuh, mengunyah makanan, menggosok gigi, etc..), tidak rasa selesa, hilang selera makan (akibat kepedihan), dan demam.


Jangan risau, ada cara atasinya.. "Macam mana doc?" (ops saya bukan doktor) Gunakan bahan kumuran antiseptik, sapu gel atau krim penahan sakit, kekalkan kebersihan mulut yang baik (banyakkan berkumuh), makan makanan lembut (kurangkn makanan berempah), elakkan makan makanan panas dan pedas (wasabi elakkan), banyakkan minum air (air suam, bukan coke) dan elakkan tekanan perasaan, insyaAllah sembuh.




gambar ikhsan Google
Tempoh lama kesakitan biasanya akan berkurangan dalam tempoh 3hingga 4 hari tetapi kesan ulser mulut akan akan sembuh dalam 10 hingga 14 hari. Sila dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian jika ulser berlanjutan selepas dua minggu untuk memastikan ia bukan lesi kanser dan pra-kanser. Ada kemungkinan juga akan menunjukkan tanda-tanda barah mulut. #OMG!!!

Sumber : infosihatsihatselalu


-zuan-
p.s : slalu sangat kena ulser mulut ni.. sobs :'(
thanks to  Marya Hana, nuruashia, Misz Ayu, anismelon, Gadis Pantai Timur, diana, Ezay Hadry, Afzainizam, Edy Fee,  for your concern about my ulser.. it's gettin better guys :) 



No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Search This Blog

Followers

Blog Archive