Popular Posts

Teladan untuk semua

Sabda Rasulullah saw "Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk unta, mereka itu tidak akan masuk syurga" (Muslim)

Daripada Aisyah r.a.: "Aku melihat Rasulullah sedang menghadapi sakaratulmaut & disisinya ada sebuah mangkuk yang berisi air, kemudian baginda memasukkan tangannya ke dalam mangkuk lalu menyapu mukanya dengan air sambil berdoa: "Ya Allah! berikanlah pertolongan kepadaku untuk menghadapi kepedihan mati & sakaratulmaut". - Hadis riwayat Tarmizi

"Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya sifat takbur(kesombongan) sekalipun hanya seberat debu".


Nasihat Jibril A.S
kepada Nabi Muhammad S.A.W dan sesungguhnya nasihat itu untuk kita
juga, sebagai umat baginda Rasulullah S.A.W yang mana nasihat itu
berbunyi seperti berikut:

“Wahai Muhammmad, hiduplah
sesukamu, tapi sesungguhnya engkau pasti akan mati. Berbuatlah
sesukamu, sesungguhnya engkau pasti dibalas menurut perbuatanmu itu.
Cintailah siapa saja yang engkau kehendaki, tetapi sesungguhnya engkau
pasti berpisah dengannya. Ketahuilah bahwa kemuliaan seorang mukmin itu
karena shalat malamnya, dan kehebatannya kerana tidak bergantung kepada
sesama manusia”


(HR Al-Hakim dan Abu Na'im)


“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka”(Riwayat Muslim).

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Search This Blog

Followers

Blog Archive