Popular Posts

Showing posts with label #LOL. Show all posts
Showing posts with label #LOL. Show all posts

> Aku Ada Sindrom

HOlla Peeps,

AKU ADA SINDROM!!! (Pasti ramai gadis-gadis seperti Lisa, Lyana, Scha, dan Nora Elena yang tergila-gilakan aku kat luar sana dah kecewa bila dengar apa yang aku cakap ni)
Tapi ya! Aku ada sindrom, sindrom ini sukar untuk diubati! Aku dah cari ubat kat farmasi tapi tak ada (ok aku tipu), Aku juga tanya wikihow, tapi masih menjadi why.. Sindrom aku, sindrom #LOL!!!!


"Allrite girls, i gurau jewwww~" (kan dah kena pelempang!!!)

Alright, alright Apa itu LOL?
  • Dalam slang internet yang biasa digunakan : Laughing (atau laugh) out loud

  • Selain itu ia juga boleh bermaksud : Lots of laughs (tapi jarang digunakan)

  • Dan menjadi kegemaran penulis surat bunga-bunga : Lots of love


Bagus semua dah tau!!! Tepuk tangan dekat diri sendiri (Bajet semua orang tak tau~OK, berlagak pulak, kalau semua dah tau, ada kuiz untuk korang!!! Macam mana sebutan #LOL???


LOL tak tau??? Ha Ha Ha~ caranya LOLs (lidah tu kasi keluar~ ) hehe ;p


OK dah abis mengarut~


-zuan-
p.s : serius tekak aku kering, plus ada ulser mulut.. dugaan bulan puasa..

 

> Sahabat Lama

HOlla Peeps,

Selepas aku selesai menunaikan solat Tarawih (تراويح), mataku terarah ke seorang lelaki yang sedikit rendah dariku, berbadan gempal, memakai songkok berbaju hijau.. Setelah diamati, baru aku sedar beliau adalah salah seorang sahabatku ketika di sekolah dahulu...Alangkah lama tidak ku temu dia.. Sudah semakin naik berat badannya barangkali.. Aku tergurnya, lama dia tenung aku kembali dengan muka curiga..

"La, engkau.. Lama tak nampak, muka dah lain" katanya kepadaku.. Tanda soal bersaiz XL keluar di atas kepalaku, apa yang sudah lain di mukaku? Seperti Aaron Aziz barangkali, hidungku sedikit kembang selepas membayangkannya.. "Kau buat apa sekarang?" aku mula terfikir soalan yang slalu ditanyakan, adalah menjadi kebiadaban kalau aku cakap "sedang bercakap dengan kau la" jadi aku dengan baik menjawab sedang cuti semester menanti panggilan semester ke empat insyaAllah..

Alhamdulillah sahabatku sudah bekerja, jadi tidak sia-sia dia menyambung pelajaran ketika tamat SPM dahulu... Dan aku? Masih memerah otak mudaku untuk mendapatkn segulung ijazah sebelum aku jaja ijazahku di tempat orang.. Dengan masa yang sedikit, aku sudah cukup puas, puas dan gembira melihat salah seorang sahabatku sudah berjaya..


-zuan-
p.s : Alhamdulillah, malam ke 3 aku bertarawih di surau taman ku.. eh, ada orang tegur aku ni Indonesia ke? Ops, kena perkemas bahasa #LOL

Popular Posts

Search This Blog

Followers

Blog Archive