Popular Posts

> Tech Thursday : Makan Quota

HOlla Peeps,

Eh boleh luahkan perasaan tak kat sini? Ok, klu malas dengar tekan pangkah kat atas. TQ ;)




Masaalah yang dihadapi pengguna Broadband

OK, thanks sebab sudi baca luahan aku.. Bukan menjadikan blog sebagai medium luahkan perasaan, just meluahkan yang sepatutnya.. Broadband biasanya dilimitkan quota 5GB (pengguna servis berwarna biru), dan pada pengguna internet non ordinary macam aku, "tak cukup mat~" ni awal bulan lagi, dan aku dah dapat mesej dari "si dia", dah sampai limit.. Ya, boleh tambah lagi quota, tapi aditional 1GB cost RM12.88 kalau tak silap, aku boleh abiskan 1GB dalam beberapa jam (mungkin minit) je sebenarnya dan ini kisah benar seorang pengguna internet yang agak kurang normal (Mungkin patut cadangkan 10GB atau unlimited lepas ni?)..




ikhsan google
Aku cerita la ye penyebab utama atau punca quota cepat habis (bajet tau macam-macam) sebab hari ini khamis, so banyak hal pasal teknologi aku boleh cerita dan kongsi (internet juga dikonsider teknlogi)..
  1. Salah satu penyebab quota habis cepat adalah terlalu kerap tengok video di Youtube.. Youtube adalah salah satu medium hiburan yang sangat popular didalam dunia, music dan berita banyak disumbat dalam nya.. Dan yang menjadi kebiasaan sekarang ialah, Live Streaming!!!

  2. Download Mp3, aku akan download lagu-lagu yang berkenan di hati.. So kalau tak berkenan tak ada la download.. Biasanya aku download time weekend, tak banyak, dalam 5-10 lagu je kadang-kadang..

  3. Update! Update!! Update!!! biasanya orang atau user sesebuah komputer tu jarang turn of automatik update, macam antivirus, windows dan macam-macam lagi yang secara tak langsung memakan quota anda dalam diam. 

  4. Di ibaratkan quota ni macam air dalam tangki air, semakin besar paip dibuka, semakin laju air keluar dan semakin sikit air dalam tangki tu, jadi semakin banyak kita surf internet semakin? Ya semakin cepat abis quota itu. Tapi jangan risau, kalau quota abis pun, kita masih boleh layari internet, tetapi dengan kelajuan yang sangat pelahan, kalini diibaratkan pula kita mendapat bantuan syarita air berdekatan, jadi tiada bantuan yang akan disalurkan dengan kuantiti yang besar dan biasanya lambat, macam tu la di ibaratkan kelajuan internet kita ketika itu.

  5. Masaalah yang selalu bermain di dalam kepala aku ialah ketika melawati blog-blog atau laman web yang berat-berat dimana banyak widget diletakkan dan yang memeningkan kepala background mp3 (Audio Clip).. Bayangkan 1 mp3 bersaiz 3mb, dan jika ia dimainkan (secara streaming) ia seperti kita download mp3 tu secara paksa, jadi cuba kira kalau kita bukak 10 laman web yang ada mp3, 30mb terpaksa didownload secara paksa (just dengar je mp3 tu, tak dapat pun), dan 100 laman web yang ada mp3, berapa banyak dah yang kita rugi?

  6. Dan banyak lagi sebenarnya, nak cerita semua kang, ada yang berdarah telinga nanti #LOL



Macam mana nak kurangkan pengunaan? 

Ok, aku pun tak tau macam mana sebab aku kurang normal bab internet ni (bangun pagi, sebelum mandi n gosok gigi, internet! Sebelum makan, internet!!! Sebelum tidur, internet!! Ops, pause time solat~) Kalau tak ada tidur, mayb 24/7 aku dan internet..
  1. Untuk pengguna youtube, rendah kan setting video tu (biasanya by default settingnya adalah "Always choose the best option for me based on my player size" jadi tukar ke "I have a slow connection. Never play higher-quality video").

  2. Kurangkan download MP3 (dengar radio je la).

  3. Kurangkan melawat laman web berat (ada banyak widget dan ada audio clip, p.s kepada pengguna blog yang berat-berat jangan salahkan aku kalau aku kurang ke blog korang.. Ok "simple tips, the simpler your web, the more people like it").

  4. Tutup automatik update pada komputer anda (windows update, dan apa-apa update termasuk update of your ex relationship).

  5. Rasanya cara yang terbaik adalah rosakkan atau terminate broadband anda, dengan ini hidup anda dan internet akan "No Longer In Relationship"



-zuan-
p.s : quota aku abis dalam 1 mgu je (ops, klu ada salah informasi sila bagitau untuk pembetulan).. aku akan abiskan sisa 3 minggu dengan kelajuan kura-kura.. jangan marah r klu gua kurang blogwalking lepas ni
 

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Search This Blog

Followers

Blog Archive