Popular Posts

> Pengalaman Berpuasa di Tempat Orang

HOlla Peeps,


Bangunku di watu sahur untuk minum seteguk air dan cukuplah dengan sebiji kurma untuk melapik perutku di siang hari, meniti hari-hari sebagai seorang pelajar di Universiti..Ah, itu kisah tahun-tahun lepas ketika aku masih di negeri orang, cuma tahun ini aku berpuasa sepenuhnya di negeri sendiri untuk memenuhi cuti selama satu per empat tahun yang diberikan orang berkuasa.. Ahh membazir lagi masa muda aku.. masuk tahun ini sudah hampir 5 tahun aku di negeri orang.. Bukan suatu tempoh masa yang singkat untuk menuntut ilmu.

sumbangan google yang hebat

Bukan ingin mengadu kisah sebagai seorang pelajar, tetapi ingin menceritakan dugaan berpuasa di negeri orang.. Banyak dugaannya, terutama sekali ujian untuk bangun sahur, begitu liat seliat pacat.. Berbeza sungguh ketika ku dirumah, dimana aku dengan mudah dikejut Umiku, dan apabila bangun sudah terhidang lauk pauk yang sedap...
Apabila di negeri orang ni, bagun dengan tenaga sendiri sangat la susah, dan menjadi suatu kejayaan apabila sudah berjaya bangun..

Meniti kepanasan harian yang memang mengeringkan tekak sangat menguji tahap puasaku, namun aku gagah untuk melaluinya demi kewajipan. Keikhlasan dihati, tiada siapa tahu... Teringat aku akan suatu kesah sahabatku, menceritakan dengan bangga yang dia tidak puasa di hari itu.. Pening kepalaku memikirkan sikapnya, apakah menjadi kebanggaaan untuk tidak puasa? Terdetik di dalam kepala ku untuk mengucapkan kejahilannya, namun hatiku terlalu malu dan lembut untuk berkata demikian.. Ada juga suatu ketika dimana aku melihat sendiri mereka menumis sayur dan mengetuk kuali untuk santapan sementara mereka diwaktu matahari masih lagi di atas kepala.. Ahh.. itu satu ujian bagiku...

sumbangan google yang hebat
Jangan dihina sahabat-sahabat yang tidak berpuasa di siang hari, mungkin ada sebab mereka berbuat demikian...


-zuan-
p.s :  Diminta oleh seorang sahabat untuk menceritakan kisah berpuasa di negeri orang, dan aku karang dalam bahasa yang aku gemari..tak pa noh??

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Search This Blog

Followers

Blog Archive