Popular Posts

> Aku Nak Bela Unta

HOlla Peeps,

Aku nak bela unta, mana sapa nak bagi bela? Eh, rumah parent aku pun kecik je, nak campak mana binatang ni? Meh aku nak cerita pasal unta.. Unta atau dalam bahasa english Camel mempunyai dua spesies ungulat (atau maksud kasar "being hoofed" atau "hoofed animal"), Spesis pertama unta adalah dromedaris (atau unta Arab) mempunyai bonggol yang tunggal, dan Bactrian mempunyai dua bonggol. Unta ni adalah sejenis Mamalia yang berkaki empat dalam genus Camelus. Unta mengandungi lemak yang tersendiri yang dikenali sebagai bonggol di belakang badan mereka (atau lebih tepat atas). Kedua-dua genus ni hebat sebab ia berasal dari gurun dan tinggal di kawasan kering Asia dan Afrika utara (water~)!!! Purata jangka hayat seekor unta adalah antara 30 hingga 50 tahun (agak lama gak untuk jangka hayat seekor haiwan).




Ini bukan animal planet nak cerita pasal untak, sebenarnya aku nak share fakta-fakta menarik pasal unta ni:

  • Unta mengenali tuannya dan ingat tempat kembali, sebab tu la dalam hukum fiqh jika ada jumpa binatang yang sesat maka boleh ambil untuk diiklankan kecuali unta sebab unta akan tahu jalan pulang. Pengajarannya, kita sebagai manusia kena kenal dan tahu tempat kembali iaitu akhirat sana, kita perlu sentiasa beramal untuk akhirat.

  • Unta mempunyai sifat pemalu yang tinggi, ia tidak akan melakukan hubungan seks di hadapan manusia, dan jika ada manusia yang mengintai ketika ia mengawan, ia akan marah dan mungkin akan bunuh orang tersebut. (jadi jangan nak menggada-ngada 'skodeng') Jadi kita sebagai manusia pun kena ada sikap malu yang tinggi, bukannya bermegah-megah bermaksiat di khalayak ramai.

  • Unta tidak akan berkongsi pasangan dengan unta lain, macam binatang lain (binatang biasanya selepas berasmara ditinggalkan). Justeru, manusia juga harus jaga maruah dalam berkeluarga.

  • Tahu atau tidak? Unta mempunyai sifat sabar yang sanggat tinggi, sebab apa? Sebab ia mampu merempuhi padang pasir yang panas dan salji yang sejuk tanpa sebarang bantahan atau rungutan. Oleh yang demikian, kita sebagai manusia kena belajar sikap tersebut khasnya dalam memperjuangkan Islam.

  • Unta juga mampu menyesuaikan diri dengan suasana sekelilingnya, jika musim sejuk kulitnya akan menjadi baju sejuk baginya (kerana ada aliran pemanas badan). Jika musim panas pula dia akan berasa selesa juga kerana kulitnya mampu menyesuaikan diri dengan keadaan sekelililng. Justeru itu, manusia harus pandai dalam bergaul dengan masyarakat, bukan sombong dan tidak sabar dengan suasana keliling.

  • Unta adalah seekor haiwan yang mentaati tuannya, sebab itu ia senang untuk dipelihara atau dibela. Jadi, kita sebagai manusia kena taat Allah S.W.T. dan mudah amalkan ajaran agama.

  • Bahagian-bahagian dari diri unta banyak manfaatnya, bermula dengan hati unta, daging unta, susu unta bahkan air kencing unta pun boleh dijadikan ubat (ini betul-betul, bukan cobaan~). Justeru, manusia kena jadikan diri mereka sentiasa memberi manfaat untuk umat bukannya mudarat dan racun bagi umat.

sumber : tajdid-dakwah

Salah satu fakta menarik yang ingin ditambah : Ustaz aku ada cerita, unta ni tau dia akan diqurbankan, dan apabila tiba masa untuk di qurbankan, unta itu sendiri akan ke tempat qurban dan menjatuhkan lehernya untuk diqurbankan tanpa melawan.. Hebat!!!


-zuan-
p.s : hari ahad ni kurang idea sikit nak post entry..
 

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Search This Blog

Followers

Blog Archive