Popular Posts

Showing posts with label drama. Show all posts
Showing posts with label drama. Show all posts

> Juvana Finale Malam Ni? Serius la???

HOlla Peeps,

Pada pengemar Botak dan Daim, mesti tak sabar nak tengok finale malam ni.. Tapi betul ke malam ni finale? "Eh, kau minat Apek ek?" Sori-sori lupe tulis nama Apek, hehe.. Papepun, mesti rama mengharapkan penamat yang bagus sebab drama ni ada ramai pengikutnya (termasuk aku, tapi lambat sikit follow..) ah, aku suka lagu OST ceita ni, Babak Pertama nyanyian Drama.. (facebook diorang, Drama BAND)


Apa yang di dramakan? Aku pun tak tau.. enjoy lirik bawah ni (MP3 tidak disediakan~)


Babak pertama bermula saat ku terlihat mu
Waktu seakan terhenti terpinga mencari
Rasa yang takkan terungkap tak pernah ku alami
Cuba aku mengerti

(korus)
Teruja aku mengejar mu
Bermimpi memiliki mu
Tanpa perlu ku endahkan dunia, dunia
Biarkan ku terus berlari
Cuba merajai mimpi
Tiap bayang mu akan ku jejaki nanti

Oh...

Takkan ku menemui lagi walau gelapnya hari
Ku yakin akan temui semuanya di sini
Walau ke mana kau pergi tetap akan ku cari
Ku tak akan berhenti

(ulang korus)

Oh...

(ulang korus)

Oh...




-zuan-
p.s : kalau korang perasan, band drama ni memperkenalkan musik JROCKS dalam lagu mereka, kalau tak silap aku la.. sebab tu lagu diorng agak fresh dan lain dari band lain, plus dressup diorng pun dah Japanese style.. 

> Juvana Malam Ni

HOlla Peeps,

Sambil-sambil mendengar lagu 'Babak Pertama' dari kumpulan 'Drama', aku "Teruja aku mengejar mu~", hoyeahhhh Juvana semakin hampir dengan penamat.. Adakah Daim akan bebas? kekal di Juvana? atau mati di tangan Botak?

-zuan-
p.s : malam ni 9pm, di tv3 

> Movie Review : Sekali Lagi

HOlla Peeps,


mengisahkan tentang Arman (lakonan Shaheizy Sam) yang percaya dirinya pengidap "autisme" kerana ibunya selalu berkata sedemikian. Namun realiti sebenarnya bakal berubah dalam sekelip mata, ketika dirinya semakin menghampiri hari perkahwinannya. Suatu hari, Arman bertemu dengan Amy (lakonan Mia Sara Nasuha) yang berusia lima tahun dan mereka mula bersahabat serta berkongsi masalah. Dalam masa yang sama, ibu Amy iaitu Shiela (lakonan Lisa Surihani), merasai perubahan yang berlaku pada Amy.  (sumber : murai

Penerbit : David Teo (Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.(MIG))
Pengarah : Hashim Rejab
Pelakon : Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Mia Sara Nasuha, Bront Palarae
Genre : Drama, Romance, Comedy
Durasi : 90 Minit
Tarikh Mula Tayangan : 30 June 2011

Storyline : Plot cerita yang mudah dan ringan (bermula dengan tidak perlahan), dan tidak membebakan untuk memahami cerita ni, dengan beberapa flashback yang tidak membuatkan penonton tertanya-tanya "kenapa terjadi sedemikian". Aku suka konsep storyline yang ada flashback dan flashback yang digunakan dalam filem tidak memeningkan dan berjaya membuatkan aku tersenyum pada pengakhiran cerita (rasa macam pengkiritik hebat lak, hehe~)

Humor : Watak kebudak-budakkan yang dilakonkan Sam sangat berkesan (setiap kali dia cakap, aku gelak), aku bagi full credit pada dia, bukan senang nak melakonkan watak budak-budak tambahan pula dengan usia dewasa. Cerita ni banyak bermula dengan humor dan family life (membezakan gaya hidup elite dan sederhana). kadang-kadang aku tergelak (tapi lebih respect) dengan watak "Bro" yang dilakonkan Bront Palarae, dia memang seorang pelakon yang sempoi, berjaya melakonkan watak yang tenang je walaupun dalam keadaan yang mana dia mungkin kehilangan Sheila.

Romance : Cerita ni memang fokus dengan romance, dan keromantikkan Sam teserlah ketika mereka (Sam dan Lisa) mula bercinta ketika diorang di alam peserkolahan. Sam sangat versatile, kerana dia boleh bawak 2 watak berbeza dalam cerita ni (sekali lagi kerdit diberikan kepada sam).

Apa Yang Kurang : Tak ada yang kurang pada aku dalam cerita ini kerana ia sangat mudah difahami, cuma cerita ini terlalu tipical iaitu mudah meramal apa yang akan berlaku selepas ni, dan lakonan Lisa sangat biasa, dia tidak begitu menjiwai watak Sheila.

RATING : 7/10 (berbaloi tengok di panggung, dalam review kali ni aku perlu puji filem Malaysia yang semakin berkualiti! Lineup pelakon cerita ni pun antara yang HOT di pasaran sekarang~) 

-zuan-
p.s : dua movie aku tengok semalam, salah satu darinya adalah Lada Land 

Nora Elena...




Korang mesti tontonkan Nora Elena yg sdg disiarkandari hari Isnin sehingga Khamis,jam 7ptg hanya ditv3 kan...Drama ini diadaptasi dari sebuah novel iaitu "Kasih yang suci"....Dah masuk minggu terakhir dah kan...Kjap sungguh rasanya....
Lakonan Aron Aziz,Siti Saleha & Wan Sharmilla sgt2 memberi kesan... X dilupakan jugak pelakon2 lain x kurang hebatnya.....X sabar nak tgk episod akhir pada hari Khamis ini....

Nota kaki ~ Zaman skg nie mmg susah nak cari lelaki sebaik "Seth Tan"...Kalau ada pun hanyalah dlm lakonan semata-mata.....

> Movie Review : X-Men: First Class

Before Charles Xavier and Erik Lensherr took the names Professor X and Magneto, 
they were two young men discovering their powers for the first time. Before they were archenemies, they were closest of friends, working together, with other Mutants (some familiar, some new), to stop the greatest threat the world has ever known. In the process, a rift between them opened, which began the eternal war between Magneto's Brotherhood and Professor X's X-MEN

HOlla Bloggers,

Dah tengok X-Men? Trust, Friendship and Betrayal (also Revenge) adalah konklusi yang aq leh simpulakan dari prequel X-Men kali ni.. Bila sebut je X-Men, mesti ada Aksi, Adventure, Drama, Sci-Fi dan Thriller dalam genre filem nya, dan seperti biasa CGI memang jarang mengecewakan (biasa la keluaran 20th Century Fox).. 

Dengan Tagline "Before he was Professor X, he was Charles. Before he was Magneto, he was Erik", dah cukup menyatakan ini adalah Origin kepada X-Men, dan bagaimana semuanya bermula dengan Persahabatan..

Ok straight to the point, dengan durasi filem 132 Minit, filem ini padat dengan aksi dan informasi berguna untuk mereka yang mungkin tertanya-tanya akan pelbagai persoalan pada filem-filem sebelum ni, pada aq yang bukan pengikut X-Men yang setia, filem ini sedikit sebanyak membantu aq untuk lebih meminati X-Men.. So agak sukar sebenarnya untuk aq tulis review kali ni (so kepada peminat X-Men, jangan marah ek klu review aq membuatkan anda kurang puas hati hehe)..

Alrite, pada awalan cerita, dia bermula Charles Xavier dan Erik Lehnsherr pada umur 12 tahun, menceritakan bagaimana mereka mendapat kuasa mereka (ops sedikit spoiler.. hehe), dan time skip beberapa tahun, dan tertumpu pada mereka di usia 20-an (Charles Xavier lakonan James McAvoy dan Erik Lehnsherr lakonan Michael Fassbender) dan watak-watak mutant lain.. 

Hmm apa lagi aq nk komen pasal movie kali ni? 

Storyline dia tersusun dan menarik pada aq, ye la dia bermula dengan waktu mereka kecil, dah besar, bersahabat dan.. (tengok sendiri kalau nk tau dan apa hehe)..  

Mesej, apa yang ingin disampaikan dalam filem ini? Ok, rajin-rajin la bergotong royong, hehe tade la.. trust la pada sahabat anda sebab kalau anda dah takde siapa lagi kat dalam dunia ni, sahabat la yang paling dekat dengan anda.. hehe

Rating : 8.0/10 (berbaloi tengok kat panggung berdekatan dan dijadikan koleksi)

-zuan-
p.s next week mayb aq kurang blogging.. so aq try post sebanyak mungkin minggu ni.. 


> Movie Review : Kung Fu Panda 2

HOlla Bloggers

Jack Black, Angelina Jolie dan Jackie Chan cerita apa lagi yang boleh menggabungkan ketiga-tiga mereka?


Po joins forces with a group of new kung-fu masters 
to take on an old enemy 
with a deadly new weapon.

Kepada penggemar panda, anda perlu menonton sekuel kali ini, kerana ia lebih bagus, dan lebih terburai perut anda menahan gelak kalau dibanding Kung Fu Panda 1.. Filem animasi bergenre aksi, adventure, komedi dan famili ini amat sesuai ditonton semua lapisan masyarakat dengan tagline Ska2oosh!.. 

Filem animasi, jarang mempunyai durasi yang panjang kerana durasi filem ini hanya 90 minit, tapi cukup untuk membuatkan anda tidak kering gusi menontonya, ia anda mungkin fikir, "kenapa filem karak si ZUAN ni kritik, tetapi filem Panda ni dia puji buka main lagi", ok bukan nk memihak kepada filem luar, tetapi filem tempatan perlu lebih berani dan terbuka untuk mengatasi filem luar.. Ya, berani dari segi bajet, dan terbuka dengan idea-idea gila dan unik, sebab unik itu adalah entertainment (bak kata Mamat Khalid).

Tak banyak aq nk kritik filem ini, kerana ia adalah filem ringan dan santai, jadi senang diterima semua lapisan masyarakat.. Tambahan rata-rata, masyarakat lebih terhibur dengan filem berunsur komedi, jadi berjayalah filem ini pada aq...

Storyline crita ni simple dan senang untuk difahami, flashback juga tidak mengelirukan

CGI, memang terbaik, disaat aq rasa panda itu sudah seperti panda yang hidup, dan real sehingga membuatkan aq ingin peluk panda itu... Memang mengagumkan CGI dari DreamWorks Animation!!! 

Mesej yang ingin disampaikan juga penuh dengan unsur kekeluargaan (Janganlah abaikan orang tua kita), dan ia memberitahu kita supaya, "janganlah bermusuh-musuh dan berdendam dengan keluarga dan orang ramai".. Hmm apa lagi mesej yang aq tinggal ek?

7.5/10 (Berbaloi tengok di panggung dan untuk dijadikan koleksi)


p.s banyak sangat filem yang aq tak dapat nk tengok sebab kekurangan bajet kewangan

> Jepun lak arini

HOlla Bloggers..

ok smlm aq da list down top10 fav korea drama yg aq tgk.. so arini nk share top10 jdrama lak.. hehe.. japan ni penuh ngan klaka sbb tu aq suka drama2 dirorng.. diorng x bape gempak bab ctr2 romantik mcm kdrama.. but diorng gempak ngan kreativiti2 kt drama2 lawak n unik plus diluar kotak pada aq.. hehe.. enjoy count down. ;D


1. Gokusen



2. Hana Yori Dango


3. 1 Litre No Namida


4. Team Medical Dragon


5. Mr Brain


6. Attention Please!


7. Change


8. First Kiss


9. My Boss, My Hero


10. GTO


p/s ada dlm list?? hehe ni pn fav gak.. 
Summer Snow, Engine, Attention Please!, Last Friends, PrideDragon Zakura, Nobuta wo Produce, Tokyo Dogs, My Sassy Mom, Liar Game, Galileo, Bambino..

> KDrama : My Fav Drama List

HOlla Bloggers..

Ok topik arini pasal drama.. hehe laki pn suke layan drama gak kay.. haha so boring2 layan JDrama, KDrama, Movie dan tak lupe Anime!!! so aq ni kaki download gak.. tp cuti2 sem ni kureng la sbb pakai broadband je.. so nk dnwnld, dia nye speed sesuai tuk web browing ringan2 je.. haha

ok kali ni lak list down fav Kdrama yg aq layan slama nie(sejak form4 klu tak silap.. :D)... hope ada dlm list korang.. hehe

1. Full House

2. IRIS 
 
3. Save The Last Dance For Me
4. Stairway To Heaven






5. Autumn In My Heart
6. My Girl

7. My Girlfriend is a Gumiho
8. Sassy Girl Chun Hyang
9. Love Story In Harvard
10. A Love To Kill

p/s bkn ni je aq layan k, ada lg but bkn dlm top10 fav aq.. Sassy Girl Chun Hyang, Yu-Hee Te Witch, My Fair Lady, Princess Hour .. sp layan iris? ada link tuk movie dia x???? plzzzzzzzz

Popular Posts

Search This Blog

Followers

Blog Archive