Jack Black, Angelina Jolie dan Jackie Chan cerita apa lagi yang boleh menggabungkan ketiga-tiga mereka?
Po joins forces with a group of new kung-fu masters
to take on an old enemy
with a deadly new weapon.
Kepada penggemar panda, anda perlu menonton sekuel kali ini, kerana ia lebih bagus, dan lebih terburai perut anda menahan gelak kalau dibanding Kung Fu Panda 1.. Filem animasi bergenre aksi, adventure, komedi dan famili ini amat sesuai ditonton semua lapisan masyarakat dengan tagline Ska2oosh!..
Filem animasi, jarang mempunyai durasi yang panjang kerana durasi filem ini hanya 90 minit, tapi cukup untuk membuatkan anda tidak kering gusi menontonya, ia anda mungkin fikir, "kenapa filem karak si ZUAN ni kritik, tetapi filem Panda ni dia puji buka main lagi", ok bukan nk memihak kepada filem luar, tetapi filem tempatan perlu lebih berani dan terbuka untuk mengatasi filem luar.. Ya, berani dari segi bajet, dan terbuka dengan idea-idea gila dan unik, sebab unik itu adalah entertainment (bak kata Mamat Khalid).
Tak banyak aq nk kritik filem ini, kerana ia adalah filem ringan dan santai, jadi senang diterima semua lapisan masyarakat.. Tambahan rata-rata, masyarakat lebih terhibur dengan filem berunsur komedi, jadi berjayalah filem ini pada aq...
Storyline crita ni simple dan senang untuk difahami, flashback juga tidak mengelirukan
CGI, memang terbaik, disaat aq rasa panda itu sudah seperti panda yang hidup, dan real sehingga membuatkan aq ingin peluk panda itu... Memang mengagumkan CGI dari DreamWorks Animation!!!
Mesej yang ingin disampaikan juga penuh dengan unsur kekeluargaan (Janganlah abaikan orang tua kita), dan ia memberitahu kita supaya, "janganlah bermusuh-musuh dan berdendam dengan keluarga dan orang ramai".. Hmm apa lagi mesej yang aq tinggal ek?
7.5/10 (Berbaloi tengok di panggung dan untuk dijadikan koleksi)
p.s banyak sangat filem yang aq tak dapat nk tengok sebab kekurangan bajet kewangan
No comments:
Post a Comment