Hari ni demam Aliaa dah ok skit,Alhamdulillah....Post entri Aliaa kali ni bukan tentang artis,bukan tentang isu2 hiburan,bukanlah juga tentang kisah diri Aliaa..entri kali ini semestinya berkait rapat dengan kita semua,khasnya umat Islam. FYI, golongan umat Islam di dunia ini ada 3 golongan utama, pertama, golongan mukmin,kedua, golongan muslim dan ketiga golongan fasiq. Golongan mukmin adalah golongan yang sentiasa patuh pada perintah Allah,mengamalkan cara hidup Islam,golongan yang sentiasa beriman kpd Allah. Bagi golongan muslim pula, golongan ini dikenal hanya sekadar sebagai orang Islam,tetapi tidak betul2 mengamalkan cara hidup Islam. Golongan fasiq pula adalah golongan yang paling teruk kerana mereka menyimpang dari agama dan lebih cenderung kepada kemaksiatan, orang yang ingkar dgn perintah Allah,mereka tidak berhukum dgn hukum Allah dan sering mempersoalkan perbandingan Allah. Aliaa selalu bertanya kpd diri sendiri," aku tergolong dlm golongan mana?" Marilah kita baiki diri sendiri,untuk menjadi golongan mukmin yang sejati.InsyaAllah.
Tu hanya sekadar mukadimah saja..hihi..sebenarnya Aliaa nak cite tentang surah Al-Mulk, fadilat2 surah nie, surah ni sangatlah penting tau..Surah Al-Mulk adalah surah untuk keamanan dan keselamatan, ini kerana pembaca2 surah ini dapat menyelamatkan diri dari seksaan kubur yang sangatlah pedih nanti. Setiap yang hidup pasti akan mati, destinasi pertama kita, adalah alam kubur, cukuplah baru setakat berada di alam kubur,sudah bermacam2 cubaan dan seksaan yang tersangatlah mengerikan akan kita tempuhi,jadi sementara masa yang masih ada Allah kurniaankan kpd kita,marilah kita amalkan membaca surah Al-Mulk sebagai bekalan dan perlindungan apabila kita sudah tiada lagi di dunia ini kelak.
Banyak kelebihan Surah Al-Mulk (muka surat 562)
1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud:"Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."
2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."
3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."
4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."
5. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."
6. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk." Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."
No comments:
Post a Comment