Popular Posts

Hensemkah Vampire???

Assalamualaikum & Aloha!!!

Hmm..nampaknya hujan x berhenti2 lagi dekat sini sejak semalam...sejuk jer....cuba teka? Binatang apa yang suke keadaan sejuk dan lembap n takde cahaya matahari??...jawapannya,mesti korang dh tau punye...Vampire lah kan..slalu tgk kat TV tu....perasan x zaman sekarang cita sal Vampire nie belambak2 dekat wayang, even,game pun ade game vampire,antara cita yang menjadi kegilaan ramai sal vampire nie cita BLADE, QUEEN OF THE DAMNED, VAN HELSING, & semestinya remaja2 perempuan ramai minat sangat cite TWILIGHT, cair dengan kehenseman "Si Vampire Baik" kononya a.k.a Edward Cullen yang dilakonkan oleh Robert Pattinson ni kan??
 Tapi taukah anda kisah sebenar di sebalik kewujudan makhluk2 Vampire nie?? Meh cini, jom kite selongkar asal usul kewujudan makhluk ini atau juga dikenali sebagai Dracula dan ketahuilah kebenaran di sebaliknya.....------->

Mendengar kisah mengenai Dracula @ Vampire nie, ramai pihak yang masih keliru betulkah makhluk ini benar2 wujud @ sekadar mitos rakyat yg terkenal di seluruh dunia. Penyelidik telah terjumpa sebuah novel seram bertajuk "Dracula" yg ditulis oleh Bram Stoker diterbitkan pada tahun 1897. Lagenda seram Vampire mula menjadi popular di seluruh dunia menerusi novel ini.

Para penyelidik memikirkan bahawa sebenarnya dracula ini tidak wujud dan hanyalah sekadar khayalan Stoker ada juga segelintir pihak muncul dgn satu lagi persoalan, adakah kisah itu ditulis brdasarkan imaginasi penulis itu semata2 @  sememangnya ia adalah kisah seram yg didengari Stoker dan ditulis semula sebagai cereka sejarahh???

Kebanyakkan penyelidik percaya bahawa vampire yg menjadi inspirasi tulisan Stoker sememangnya wujud tetapi ia bukanla makhluk berupa hantu yg menghisap darah manusia untuk terus hidup. Penyelidik percya,bahawa sebenarnya kisah dracula yg ditulis oleh Stoker diinspirasikan drpd sejarah hidup Vlad III Dracula iaitu seorang pemimpin Romania yg tersangat5 lah kejam yg juga turut digelar "Vlad Si Penyula". Nama sebenarnya ialah Putera Vlas tapi ramai memanggilnya Dracula sempena gelaran yg diberikan kpd bapanya. Bapanya dianugerahkan Pingat Tertinggi Naga kerana keberaniannya menentang Tentera Islam dlm Perang Salib dan digelar Vlad II Dracul di mana "Dracul" dlm bahasa Romania bermaksud "naga" @ "syaitan" . "Dracula" iaitu nama timangan Putera Vlad bermaksud "anak Dracul" dan kalau dilihat balik maksudnya ialah anak syaitan!!! Astagfirullah....


Satu tragedi buruk telah berlaku apabila Dracula ditahan dan dijadikan tebusan oleh Sultan Turki selama 6 tahun iaitu dari 1442 hingga 1448. Selepas bebas dari tahanan, dia mendapati bapanya dh mati dibunuh oleh pihak musuh. Kematian bapanya menyebabkan dracula berazam utk menuntut bela. Apabila sudah dewasa, dracula berjaya merampas kembali takhta kerajaan bapanya dan menjadi pemerintah Wallachia dan Transylvania. Sejak menjadi pemerintah dia menjadi seorang yg sgt2 kejam dan tidak berperikemanusiaan,tiada tolok bandingannya. Kekejamannya dikenang sehingga hari ini oleh masyrakat Romania.

Korang mesti x terpikir manusia bertopengkan makhluk Jahannam ni sanggup meyeksa insan lain sekejam2nya, Aliaa baca pun sangat2 sedih dang terkejut..inilah yang dikatakan anak syaitan!! Korang nak tau x kekejaman yg macamana?? Jom bace lagi! Kita selongkar lagi!!

Kekejamanya tidak sahaja kpd musuh2 tetapi rakyatnya sendiri. Antara kekejamannya ialah, Dracula sgt gemar menyiat kulit mangsa yg masih hidup, merebus, memotong tubuh badan dan membutakan mata mangsa selain membakar mereka hidup-hidup!!



Dracula digelar "Vlad Si Penyula" kerana gemar menyula mangsanya dan meninggalkan mangsa dlm keadaan terseksa dlm beberapa hari sebelum mati. Mayat itu kemudiannya dibiar di tempat awam utk dimakan burung hering dan dipertontonkan secara trbuka smata2 sbg peringatan akibat buruk kpd sesiapa yg ingin menentangnya. Kekejaman Dracula tiada batasnya. Manusia jahannam ini pernah mengarahkan tahanannya berjalan sejauh 80 kilometer dari Targoviste ke Poienari dan sebaik sampai mereka x dibenarkan berehat tetapi dipaksa membina kubu yg dikenali sbg IStana Dracula. Lagi kejam,semua tahanan dibung selepas kubu siap dibina.



Selain itu, kekejaman Dracula terhadap rakyatnya lagi ialah,dia menjemput penduduk miskin dan berpenyakit utk menghadiri jamuan makan di sebuah dewan. Sebaik mereka memasuki dewan itu, pintu dewan ditutup dan dikunci, dewan itu dibakar,semua penduduk miskin dan berpenyakit mati di dalamnya dlm keadaan rentung!

Sekitar 1462, sebaik mendengar berita bahawa kerajaan Turki akan menyerang kerajaanya, dracula bertindak membakar seluruh kampung yg akan dilalui tentera musuhnya,malah menyalib 20000 askar Turki sebagai "sambutan kedatangan" tentera Islam berkenaan.

Kejadian paliiinnnngggg kejam berlaku apabila terdapat golongan peniaga di Brazov ebggan bayar cukai kpd kerajaan Dracula. Sebaik menerima laporan itu, dia terus marah dan mengarahkan tentera menyerang kwsan berkenaan. Seluruh bandar dibakar dan penduduk yg ditawan akan dibunuh kejam di Timpa Hill. Diceritakan bahawa anak  kecil yg ditangkap dlm serangan akan dipanggang!! Manakal ibunya dipaksa memakan daging panggang anaknya. Tahanan lain juga disiat2 kulit mereka dan direbus hidup2. Lebih kejam apabila trdapat tahanan yg dicincang sehingga lumat!! Cuba korang bayangkan, kejam nak mampos manusia jahannam nie!!!


Penyelidik percaya dracula sebenarnya tidak pernah wujud langsung, populariti novel seram Stoker menyebabkan watak hantu Vampire terus kekal menghantui seluruh dunia sehingga kini!! Daripada kisah Putera Vlad ini, sebenarnya sudah jelas menunjukkan kepada kita, Syaitan dan Iblis semakin bermaharajalela, cuba menyesatkan orang ramai supaya memuja dan meminati Vampire yg bertopengkan mereka! Lihatlah lambakan filem2 yg brkonsepkan Vampire dan Dracula pada hari ini!! Sedarlah kawan2, jauhilah diri kita daripada terjatuh dalam kancah permainan Syaitan! Sekian.

*Dipetik dari novel MISTERI DUNIA, muka surat 79-83


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Search This Blog

Followers

Blog Archive