Popular Posts

Showing posts with label Movie Review. Show all posts
Showing posts with label Movie Review. Show all posts

> Movie Review : Captain America: The First Avenger

HOlla Peeps,

Hujung-hujung minggu ni kalau tak ada majlis kawin, apa kata korang hit cinema-cinema terdekat korang.. Layan Captain America: The First Avenger!!! (jangan risau, tak ada Obama pun dalam crita ni.. #LOL) Lakonan pelakon kurus tapi transform menjadi fit Chris Evans (sebagai Captain America / Steve Rogers), dan  pelakon cun Hayley Atwell (sebagai Peggy Carter) (bahasa pasar tul entry aku kali ni).


Sinopsis : 
Bersettingkan tahun 1942 (Setting zaman Nazi) seorang remaja yang agak loozer (Steve Rogers) kerana berbadan kurus tapi ingin masuk military berterusan direject sebanyak 5 kali di 5 lokasi yang berbeza. Tetapi dia menunjukkan sikap tidak berputus asa dan berterusan menentang si pembuli. Dia kemudian volunteer untuk join Top Secret Research Project yang akan transformkan dia (menjadi Transformers!!!! Tipu!!!) menjadi Captain America!

Kenapa Kena Tengok :


  • Peminat filem bergenre Sci-fi, Adventure, Action, Thriller, dan Superhero jangan ketinggalan menonton filem ini.
  • Peminat superhero komik Marvel jangan ketinggalan tengok. 
  • Penggemar cerita setting classic pun digalakkan tengok.
  • Pada laki yang suka tengok awek cun2, jangan melepaskan peluang tengok aktor cun Hayley Atwell.
  • Yang style nye crita ni, setting dia, teknologi dia, berjaya bawak balik ke zaman 40an (setting kat England kot) dan ada teknologi zaman dulu (senang je nak buat zaman skrng kalau ada duit).
  • Peminat teknologi Stark, kena tengok (tapi ni bukan Tony Stark baby, bapak dia Howard Stark).
  • Rasa-rasa bulan puasa ni nak duduk rumah je, tengok la crita ni, cerita last kot sebelum puasa nak start. 
  • Jalan cerita yang flashback (tapi senang dan straight to the point nye storyline)
  • Cerita Superhero, so mesej pun berbau superhero, save your country, love your country (Malaysia!!!)
  • Aku suka mesej ketara dalam cerita ni, even kita berbadan kecil, senang dibuli, tak bermakna kita akan forever dibuli dan kalah, step up and fight!!!


Apa Yang Kureng???


  • Maybe sebab dia hero, jadi dia senang je kalahkan lawan dia.. Dia nye lawan ketara dia kena berusaha kalahkan dalam crita ni Johann Schmidt / Red Skull (lakonan Hugo Weaving).
  • Ada la beberapa CGI part yang macam kurang pada aku, tapi most of it superb CGI la..
  • 3D? No komen bab 3D ni sebab aku tgk biasa je.. Biasanya kamera tu memainkn peranan tuk 3D kan? Aku rasa ada beberapa part je yang cun tuk 3D!!
Gua tabik giler ngan editing diorng ni.. Atas tu gambar original, bawah tu selepas di edit..


RATING : 7.5 / 10 (tengok jangan tak tengok, nanti bulan puasa dah susah nk tengok movie)


-zuan-
p.s : smalam aku tengok crita ni dalam keadaan tak sehat sebenarnya.. badan panas2 je.. kena banyak rehat arini..




> Movie Review : Harry Potter and the Deathly Hallows - Part 2

HOlla Peeps,


Synopsis : After destroying one Horcrux and discovering the significance of the three Deathly Hallows, Harry, Ron and Hermione continue to seek the other Horcruxes in an attempt to destroy Lord Voldemort. However, now that Voldemort has obtained the Elder Wand, he aims to complete his final stage to ultimate power and launches an attack on Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry, where the trio return for one last stand against the dark forces that threaten to take over both the Wizarding World and Muggle world from the clutches of Voldemort. (source : wikipedia)

Director : David Yates
Producer : David Heyman, David Barron, J. K. Rowling
Starring : Bill Nighy, Timothy Spall, Daniel Radcliffe, Emma Watson, Rupert Grint, Ralph Fiennes,Gary Oldman, Helena Bonham Carter, Jason Isaacs, Tom Felton, Alan Rickman
Distributor : Warner Bros. Pictures

Release Date : 14 Jul 2011
Running Time : 130 minutes
Classification : PG13
Genre : Action | Adventure | Fantasy




RATING : 9.5 / 10 (A Must Watch Movie of the Year maybe the best movie of the decade!!! full of thrill and excitement, a great visual, a great acting with great emotional in it! An Epic battle between good and evil!! This movie is as great as The Lord of The Rings and Star Wars!!!)




-zuan-
p.s :  a great movie that i can't critics move about it..you should watch part1 to understand more..

> Quick Review : Harry Potter 1 - 7 Part 1

HOlla Peeps,

Harry Potter and the Philosopher's Stone :
The starts of everything this movie is fresh, with great actors and great adventure...

#2 Harry Potter and the Chamber of Secrets :
Full of magic and fantasy, i've watched it more than 3 time

#3 Harry Potter and the Prisoner of Azkaban :
Full of mystery, the adventure's getting better

#4 Harry Potter and the Goblet of Fire :
One of my personal favorite, full of thrill and adventure,
this movie show the colorfull of magic world
#5 Harry Potter and the Order of the Phoenix :
I like how they rebels, full of drama and emotional one
#6 Harry Potter and the Half-Blood Prince :
A great movie with a great adventure and a surprising ending.
An emotional Film.
#7 Harry Potter and the Deathly Hallows – Part 1 :Dark movie, full of surprises, a great storyline,
great adventure and never boring.
This is where their friendship being challanged once again

#7 Harry Potter and the Deathly Hallows – Part 2 :
The final one.. i havent seen it..And will be seeing it this weekend..
from trailer, i can see that this is going to be an epic one

-zuan-
p.s : dont spoil me with the ending please.. :) 

> Movie Review : Tolong! Awek Aku Pontianak

HOlla Peeps,


sinopsis : "Tolong! Awek Aku Pontianak" menceritakan Bob (lakonan Zahiril Adzim) seorang budak yang naif tetapi baik hati yang baru berpindah masuk ke dalam apartment usang dan jatuh cinta dengan seorang gadis yang aneh bernama Maya (Sazzy Falak). Maya tinggal bersama (Liyana Jasmay), menyimpan rahsia mereka dan orang lain di sekeliling mereka mula untuk mengesyaki yang Maya dan adiknya mungkin adalah pontianak.
Klasifikasi : PG13
Genre : Comedy / Romance
Tarikh Mula Tayangan : 07 Jul 2011
Durasi: 1 Hour 42 Minutes
Penerbit : Tayangan Unggul
Pelakon : Zahiril Adzim, Sazzy Falak, Liyana Jasmay, 
Afdlin Shauki, Jehan Miskin, Harun Salim Bachik
Pengarah : James Lee

Storyline : Simple dan tidak memerlukan penonton penghayatan dari penonton. Permulaan yang menarik, konflik dan menamat yang memuaskan hati (dengan final fight yang lawak)!!!

Humor : Style komedi yang segar dan tak membosankan, dengan tajuk cerita ni ia membuat aku terfikir yang cerita ni boleh buat aku gelak je dari awal hingga akhir (Tapi masih jauh kalau nak lawan penangan humor Hantu Kak Limah). Tergelak aku dengan watak Sufian Mohamed (kalau tak silap aku la nama dia), dia banyak watak gila-gila, kaki game, budak selekeh, dan gay boy!?? Sufian ni antara konkrit kepada komedi cerita ni (tunjang lawak cerita ni selain Jehan Miskin, dan Rashidi Ishak).. Dan tak lupa, Otai lawak, Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik, bila masa diorang tak lawak? Sentiasa lawak dalam cerita ni, Ops! terlupa Dato' Jalaludin Hassan (sentiasa hebat dengan watak dia!!!).  

Romance : Cair beb waktu tengok Sazzy Falak dan Liyana Jasmay membawa watak hantu ni (pontianak cute la katakan). Bila korang tengok filem ni, jangan kompare dengan Twilight pulak sebab cerita tu jauh lebih bosan dari cerita ni. Maaf la, cerita ni tak berapa fokus dengan romance, dan tak banyak babak romance pun dalam cerita ni. 

Apa Yang Best : Zahiril ni seorang pelakon yang best pada aku, aku mula minat lakonan dia dalam drama Juvana, dan kalau korang kompare, memang lebih kurang je watak Daim dengan Bob yang dia bawak dalam cerita ni. Aku agak so-so la dengan makeup pada artis-artis ni, no komen pada Sazzy Falak dan Liyana Jasmay sebab diorang dah cun abis (Ops, terlupa, Zahiril dengan costume Vampire sangat smart!!!).. Setting apartment diorang pun ok, nampak usang, plus ada Nigger lg dalam crita ni (Nigger dalam cerita ni sporting abis ngan lagu diorang). Pada penggemar band Pretty Ugly, diorang ada buat special appearance dalam cerita ni, menyanyikan lagu Jika Diberikan Satu Peluang

Apa Yang Korang Boleh Belajar Dari Cerita Ni : Jangan takut hantu, ha takut tak? takut tak? Tapi jangan nak mengada bercinta lak dengan hantu kalau korang jumpa hantu lawa-lawa macam Sazzy Falak ni. Jangan la jadi naif macam Bob (kelaka wei nama dia, tak ngan langsung ngan nama Bob ni), sebab korang akan ditindas oleh orang lain, be strong dude! Semangat setiakawan si kawan baik Bob ni, Pian nama dia (Lakonan Sufian Mohamed) memang wa salute, kenapa? Tengok sendiri kenapa..hehe

Apa Yang Kurang : Aku tak berapa gemar dengan make-up pontianak dalam cerita ni, kenapa bila pontianak je kena muka hodoh?!! Cerita Pontianak Harum Sundal Malam boleh je buat pontianak cun.. (walaubagaimanapun kredit to makeup artist untuk makeup watak Avatar dalam cerita ni, smart wo costume diorang) Biasanya orang akan kutuk CGI cerita tempatan, jangan risau, tak ada kesan-kesan khas dalam cerita ni, cuma ada la pontianak meletup lepas final fight.. Cerita ni tak banyak kurang sebab cerita melayu dah ada standard tersendiri, dah tak bosan.. 
  

RATING : 7.5/10 (sebuah cerita lawak dan santai dengan storyline yang bagus (p.s : tak ada seram dan terkejut-terkejut jadi ibu mengandung dan orang yang berpenyakit jantung boleh tengok))

-zuan-
p.s :  mungkin sebab impact cerita Transformers dan Harry Potter tak ramai yang tengok cerita ni tadi, tak sampai separuh pun hall.. sampai aku tengok ada sowang budak ni (tadika lagi kot) berdiri atas kerusi tengok cerita ni, nasib dia tak duduk kat depan aku..hehe


aku dengar kutipan cerita ni tak banyak (mungkin sebab kurang promosi), so hope korang tengok la cerita ni, bantu cikit kutipan diorang, enjoy it.. 



> Movie Review : Sekali Lagi

HOlla Peeps,


mengisahkan tentang Arman (lakonan Shaheizy Sam) yang percaya dirinya pengidap "autisme" kerana ibunya selalu berkata sedemikian. Namun realiti sebenarnya bakal berubah dalam sekelip mata, ketika dirinya semakin menghampiri hari perkahwinannya. Suatu hari, Arman bertemu dengan Amy (lakonan Mia Sara Nasuha) yang berusia lima tahun dan mereka mula bersahabat serta berkongsi masalah. Dalam masa yang sama, ibu Amy iaitu Shiela (lakonan Lisa Surihani), merasai perubahan yang berlaku pada Amy.  (sumber : murai) 

Penerbit : David Teo (Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.(MIG))
Pengarah : Hashim Rejab
Pelakon : Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Mia Sara Nasuha, Bront Palarae
Genre : Drama, Romance, Comedy
Durasi : 90 Minit
Tarikh Mula Tayangan : 30 June 2011

Storyline : Plot cerita yang mudah dan ringan (bermula dengan tidak perlahan), dan tidak membebakan untuk memahami cerita ni, dengan beberapa flashback yang tidak membuatkan penonton tertanya-tanya "kenapa terjadi sedemikian". Aku suka konsep storyline yang ada flashback dan flashback yang digunakan dalam filem tidak memeningkan dan berjaya membuatkan aku tersenyum pada pengakhiran cerita (rasa macam pengkiritik hebat lak, hehe~)

Humor : Watak kebudak-budakkan yang dilakonkan Sam sangat berkesan (setiap kali dia cakap, aku gelak), aku bagi full credit pada dia, bukan senang nak melakonkan watak budak-budak tambahan pula dengan usia dewasa. Cerita ni banyak bermula dengan humor dan family life (membezakan gaya hidup elite dan sederhana). kadang-kadang aku tergelak (tapi lebih respect) dengan watak "Bro" yang dilakonkan Bront Palarae, dia memang seorang pelakon yang sempoi, berjaya melakonkan watak yang tenang je walaupun dalam keadaan yang mana dia mungkin kehilangan Sheila.

Romance : Cerita ni memang fokus dengan romance, dan keromantikkan Sam teserlah ketika mereka (Sam dan Lisa) mula bercinta ketika diorang di alam peserkolahan. Sam sangat versatile, kerana dia boleh bawak 2 watak berbeza dalam cerita ni (sekali lagi kerdit diberikan kepada sam).

Apa Yang Kurang : Tak ada yang kurang pada aku dalam cerita ini kerana ia sangat mudah difahami, cuma cerita ini terlalu tipical iaitu mudah meramal apa yang akan berlaku selepas ni, dan lakonan Lisa sangat biasa, dia tidak begitu menjiwai watak Sheila.

RATING : 7/10 (berbaloi tengok di panggung, dalam review kali ni aku perlu puji filem Malaysia yang semakin berkualiti! Lineup pelakon cerita ni pun antara yang HOT di pasaran sekarang~) 

-zuan-
p.s : dua movie aku tengok semalam, salah satu darinya adalah Lada Land 

> Movie Review : Lada Land

HOlla Peeps,


Keluarga bergerak ke rumah baru di mana mereka secara beransur-ansur mula menghadapi peristiwa paranormal dan seram.

Pada penggemar cerita seram, filem Lada Land dari Thailand ini adalah cerita seram yang mesti ditonton.. Cerita ni aku kena ke GSC Alamanda Putrajaya baru boleh tengok sebab tak ada tayangannya kat Seremban (walaupun ada TGV, GSC, dan MBO)..


Arahan : Sophon Sakdapisit
Penulis : Sophon Sakdapisit
Pelakon : Piyathida Woramuksik, Saharat Sangkapreecha
Genre : Horror, Mystery
Durasi : 90 minutes
Tarikh Tayangan : April 28, 2011 (Thailand) / July (Malaysia)

Storyline : Sebuah filem yang agak slow moving pada awalan, tetapi teratur dan sangat mudah difahami, kerana sebuah cerita seram tidak perlukan penceritaan yang melalut-lalut. Jangan bangun dari tempat duduk anda kalau permulaannya agak bersifat kekeluargaan.

Horror : Dalam filem ini banyak setting horror dilakukan di kawasan perumahan (taman) dan dalam rumah keluarga Mangsa ni (bermula dengan setting rumah jiran).. Pada aku, cerita seram yang berSettingkan rumah, sangat seram!!! Sebab kehidupan aku (dan kita semua) banyak di rumah, jadi impak cerita ni sangat dalam sampai aku nak ke tandas pun rasa takut (walaupun dah pasang semua lampu).. Banyak unsur suspen dengan sound effect yang selalu buatkan aku dan penonton-penonton terkejut. Pada ibu mengandung dan budak berumur 18 tahun ke bawah, disarankan JANGAN TENGOK sebab banyak efek-efek darah, terkejut, dan lain-lain yang tidak elok untuk ditonton yang ada dalam filem ini.

Moral : Ia lebih menekankan kekeluargaan sebenarnya dalam cerita ni (horror tu macam letaknya di tempat ke2), yang mana si suami yang tidak tahan dengan tekanan membesarkan anak dan pekerjaan membuatkan dia bertindak diluar jangkaan. Harapan si suami dalam cerita ni adalah untuk membesarkan anak dia bersama isterinya dengan baik dengan berpindah keluar dari Bangkok, tetapi gagal menyesuaikan diri di tempat baru akibat keadaan pekerjaan, dan sekitarnya. Pada awalan menunjukkan kawasan residen rumah mereka begitu harmoni (dimana ramai bersembang-sembang dan beriadah di kawasan taman) tetapi semuanya mula berubah dengan kematian seorang pembantu rumah.

Apa Yang Kurang : Thailand memang hebat dengan cerita horror, jadi tiada kekurangan dalam elemen horror dan misteri dalam cerita ni, apa yang kurang adalah cerita ini terlalu panjang dan perkembangan cerita terlalu lambat, bermaksud ia lambat ke klimaks.. Dan jangan terpengaruh dengan poster filem ni, kerana kurang berunsur horror padanya.

RATING : 7/10 (berbaloi tengok pada tengah malam dan make sure itu adalah last tayangan. Kalau anda duduk di kawasan taman yang ramai penduduk yang ramah-ramah pun kena tengok cerita ni)
sumber : 

-zuan-
p.s : melepas nak tengok monte carlo dan transformers 3D (walaupun aku dah tengok) 

> Movie Review : Transformers : Dark of the Moon

HOlla Peeps,

When the war on Cybertron between the Autobots and Decepticons appears lost to the Autobots, their leader, Sentinel Prime, attempts to launch the Ark from their planet, containing technology that could have saved his kind. Attacked by Starscream, it crashes on Earth's moon in 1961. President John F. Kennedy makes his famous promise to the nation to put a man on the moon. The 1969 NASA moon landing is actually an investigation of the wrecked spacecraft.

Dijanjikan Premiere Screening in 3D (reff here) oleh Nuffnang, tapi yang aku dapat hanya premiere screening biasa.. Takpe la, janji jadi antara orang terawal tengok 3rd installment of Transformers!!! Seperti yang dijanjiikan Transformers 3 : Dark of the Moon Movie Review

Okay, bergenrekan Aksi, Adventure dan Sci-Fi, filem ni memang aku boleh kata one of the best action movie yang aku tengok tahun ni.. Sebab apa? Michael Bay adalah seorang director filem aksi yang hebat dari segi letupan dan kamera angle yang jarang mengecewakan, dan salah satu filem favourite aku yang menjadi arahan Bay adalah Bad Boys II!!!

Dibintangi Shia LaBeouf sebagai Sam Witwicky dan model hot Rosie Huntington-Whiteley sebagai awek baru Sam,Carly!!! Aku suka tengok filem yang panjang dan durasi filem ni adalah 155 Minit!!!


Storyline : Jalan cerita yang tak melalut dan senang difahami, jadi sangat sesuai dengan filem aksi, tak perlu tengok #1 dan #2 untuk faham yang ke #3 ni

Aksi : Nama pun filem aksi, jadi filem ni mesti la padat dengan aksi!!! Berbanding #1 dan #2, yang kali ni adalah terbaik dari segi aksi, final battle yang epic dan lebih realisitik, dengan efek letupan dan pertempuran antara robot!!! Bay berjaya buat aku WOW beberapa kali!!!

Lain-lain : Filem aksi yang padat dengan aksi dan humor!!! Banyak kali aku terdengar penonton-penonton lain di panggung tergelak dengan telatah dan gelagat Sam.. Dia memang pelakon yang boleh berlakon watak serius dan watak pelawak serius..  Sound effek cerita ni memang dalam tahap SUPERB, dengan bunyi letupan, OST juga sangat best!!! Kalau dulu Bumblebee ni just robot-robot underdog, tapi kali ni dia semakin power, dengan skill menembak dan fighting dia, semakin ditonjolkan.. Optimus Prime dah ada muatan tambahan kat belakang, yang digunakan untuk simpan senjata-senjata dia.. Kalau dulu (#1 dan #2) manusia ni lemah je, tapi kali ni, manusia dah boleh team up dengan Autobots lawan dengan Decepticon.

Apa Yang Kurang? Disebabkan filem ini adalah filem aksi, dan ini adalah filem, character robot yang terlalu banyak membuatkan perkembangan character robot-robot kurang menyerlah terutamanya tiga watak villain Sentinel Prime, Megatron dan Shockwave!!! Pada aku, perkembangan watak Shockwave perlu diberi keutamaan, kerana dia nampak lebih villain dari Megatron dan Sentinel. Aku lebih gembira jika durasi filem ini adalah 180 minit!!!

RATING : 9/10 (Aku nak tengok skali lagi Transformers ni, kali ni dalam 3D!!! Best dan Tak Bosan sebab ia lebih baik dari Revenge of the Fallen!!!)  


reference :
  1. http://www.imdb.com/title/tt1399103/
  2. http://en.wikipedia.org/wiki/Transformers:_Dark_of_the_Moon


-zuan-
p.s : Semuanya bermula dengan our-world-their-war, beberapa minggu kemudian aku-wow-di-tengah-malam!!! Apa benda tu? Baca la kalau nak tau..









> Movie Review : List

  1. Captain America First Avenger
  2. Fast 5
  3. Green Lantern
  4. Harry Potter and The Deathly Hallows: Part 1
  5. Harry Potter and the Deathly Hallows : Part 2
  6. Hikayat Merong Mahawangsa
  7. Karak
  8. KL Gangster
  9. Kung Fu Panda 2
  10. Lada Land
  11. Megamind
  12. Pirates of Caribbean : On Stranger Tides
  13. Sekali Lagi
  14. Shaolin
  15. Super 8
  16. The Green Hornet
  17. The Shawshank Redemption
  18. Thor
  19. Tolong! Awek Aku Pontianak
  20. Transformers : Dark of the Moon
  21. X-Men : First Class

-zuan-
p.s link to my personal movie review, sort alphabetically..
you can also see TOP RATED movie

> Movie Review : Green Lantern

HOlla Bloggers,


A test pilot is granted a mystical green ring that bestows him with otherworldly powers, 
as well as membership into an intergalactic squadron 
tasked with keeping peace within the universe.

Sebuah filem Superhero yang diinspirasi dari komik popular Green Lantern keluaran DC Comics. Dibintangi  Ryan Reynolds (Muka pelakon ni macam pelakon Bollywood, Hrithik Roshan) sebagai Hal Jordan, Blake Lively sebagai Carol Ferris dan Peter Sarsgaard sebagai Dr. Hector Hammond. Filem ini berdurasi 105 minit, dan keluaran Warner Bros. Pictures.

Storyline : Aq suka jalan cerita filem ni, bermula dengan konflik dekat angkasa, dia tidak terlalu melalut panjang. Ia tersusun dan mudah difahami pada aku.

Humor : Crita ni crita superhero, jadi kurang humor dalam cerita ni, kerana ia lebih bergenre Action, Crime, Sci-Fi dan Thriller.

Aksi : Cerita superhero tanpa aksi, bukan certia superhero namanya kan? Penuh dengan beberapa aksi mendebarkan, just ada beberapa fight scene yang kurang best, atau pada aku kurang menarik sebab biasa sangat, mungkin sebab hero crita ni baru dapat kuasa, jadi skill aksi lawan dia biasa sahaja.

Mesej : Hmm, apa mesej aku dapat dalam crita ni? Hmm, superhero comes save the day??? Jangan abaikan awek? Mungkin dengan color hijau kostume superhero tu dia nk bagitau kita suruh save the environment? OK, mungkin ada kot, aku tak perasan sebab aku agak mengantuk tengok crita ni.

Pelakon : Banyak pelakon-pelakon biasa dalam crita ni, Ryan Rerynolds pernah blakon sebagai supporting role dalam X-MEN ORIGINS : Wolverine.

Lain-lain : Dari segi sound, ok dan kena pada tempat dan masa.. CGI trbaik la kan, tapi pada permulaan cerita, aku rasa macam aku tengah main game, crita tu totally on grafik, tapi buka grafik PS2 la kan..

RATING : 5/10 (aku agak mengantuk tengok crita ni sebenarnya, jadi ia memberi kesan kepada review dan rating aku kali ni)

"In Brightest Day,
In Blackest Night,
No Evil Shall,
Escape My Sight.
In Our Darkest Hour, 
There Will Be Light"

-zuan-
p.s pada aku, ini filem superhero paling boring tahun ni..
harap Captain America bulan depan tak mengecewakan..


more movie review > movie-review-list






> Movie Review : Super 8

HOlla Bloggers,

Mystery, Sci-Fi dan Thriller!!! Cukup menarik adunan tiga genre ni, dan filem SUPER 8 ada ketiga-tiganya :

"In the summer of 1979, a group of friends in a small Ohio town witness a catastrophic train crash while making a super 8 movie and soon suspect that it was not an accident. Shortly after, unusual disappearances and inexplicable events begin to take place in town, and the local Deputy tries to uncover the truth - something more terrifying than any of them could have imagined"
 Mula-mula aq tgk triler citer ni, aq da melonjak-lonjak nk tengok crita ni sebab penuh dengan persoalan dalam kepala aq yang masih belum matang ni, sesuai dengan tagline "Next Summer, It Arrives", SUPER 8 adalah crita yang mesti tengok untuk pengemar filem bergenre Sci-Fi dan Misteri...

Sebuah filem arahan J.J. Abrams, dan dilakonkan pelakon-pelakon muda seperti Elle Fanning, Amanda Michalka and Joel Courtney, crita ni membawa aq ke satu demensi yang penuh tanda tanya.. Sebuah filem  keluaran Paramount, yang ber durasi 112 minit..

Storyline : Bermula dengan sedikit perlahan, tetapi mula grab attention aq dengan jenaka budak-budak dan letupan keretapi, cerita ni mempunyai storyline yang ok, tapi gagal menerangkan keseluruhan cerita, sebab ada lagi beberapa persoalan dalam kepala aq, seperti "kenapa lak airforce ad kereta kebal dan tembak tak tentu arah kat town tu?"

Aksi dan Efek : Aksi-aksi dalam filem-filem Hollywood jarang mengecewakan aq, ditambah dengan efek keretapi meletup dan "benda alah" tu yang mengerunkan!!! Apa "benda alah" tu? hehe kena tengok sendiri la kalau nak tau pe tu.. hehe ;)

Humor : Ok, cerita serius yang ada beberapa part lawak (tapi keseluruhan filem ni adalah serius!!!)


Mesej : Ada sedikit mesej yang ingin diselitkan pada crita ni, iaitu apabila ayah Joe masih lagi berdendam dengan ayah kepada Alice dangan menuduh ayah Alice telah bunuh mak kepada Joe, tapi pada klimaks crita, ayah si Joe ni mula memaafkan ayah si Alice ni dan team-up untuk mencari anak diorng. Kiranya dia nk cakap yang dendam tu tak elok la kan.

Pelakon : Filem Hollywood, dan pelakon memainkan peranan penting.. Lakonan pelakon-pelakon muda dan senior seperti Kyle Chandler, merupakan adunan yang menjadi. Tapi ada satu watak ni yang kurang menjadi, ketua operasi kepada airforce, dia cuba menjadi watak tegas dan kejam tapi gagal ditonjolkan, sebab aq tak nampak dia kejam pun..

Lain-lain : Makeup dan Costume takde pe aq nk komen, ok je pada aq.. Tempat pengambaran pun terbaik, kawasan pekan yang pinggir bandar dan ada trek kretapi, kretapi tu aset!!! Dan setting tahun 1979, adalah sesuai sebab time tu teknologi tak canggih sangat huhu ;)


RATING : 7/10 (filem ni kena tengok kat wayang, kenapa? sebab klu nk tengok kat umah, makesure ada bluray player, efek filem ni sangat best!!!)

-zuan- 
p.s dah baca review kl, gangster belum? harini aq nye futsal tournament dibatalakn sebab kurang penyertaan, so main futsal macam biasa dgn homies lain ;)

> Movie Review : KL Gangster

HOlla Bloggers,

Dah tengok KL Gangster? Pada aq, ni salah satu filem Malaysia arahan Syamsul Yusuf yang perlu anda tonton tahun ini!!! Kenapa aq ckp macam tu? OK layan sinopsis ni dlu :


"Menceritakan kisah dari adik beradik yang terlibat dalam dunia gangsterism.Malek (Aaron Aziz) dipenjara selama lima tahun selepas dikhianati oleh geng sendiri yang dimulakan oleh Shark (Syamsul),saudara langkah dari gangster yang paling berpengaruh di Kuala Lumpur,King (Ridzuan Hashim). Malek yang menginginkan hidup normal selepas dibebaskan, ditarik kembali ke dunia yang ditinggalkannya setelah bertahun-tahun. Terutama kerana adiknya Jai (Adyputra) dipengaruhi oleh gangster dan memutuskan untuk bekerja untuk Shark membawa semuanya jadi dalam kekacauan."

Dengan durasi filem ‎selama 1 jam dan 21 minit, bergenre‎‎ Aksi, dan salah satu lagi filem produksi berjaya dari SKOP PRODUCTIONS, filem ini mampu meraih kejayaan besar dari segi kutipan dan anugerah (barangkali)! Kenapa aq cakap macam tu?

Storyline : Aq suka jalan cerita filem ni, dia tidak terlalu melalut panjang. Ia tersusun dan mudah difahami.

Humor : Komedi dah tak boleh diabaikan dalam sesebuah filem, sebab pada aq crita tu akan jd kosong tanpa komedi, dan dengan adanya Zizan, memang komedi menjadi walaupn keadaan tengah tegang.

Aksi : Aq bukanlah peminat filem aksi, tapi pada aq aksi gaduh dalam filem ni setanding dengan filem-filem aksi dari Hong Kong (Jackie Chan dan sebagainya).

Mesej : Sesuatu cerita perlu ada mesej yang ingin disampaikan kepada penonton, antaranya adalah tanggungjawab terhadap keluarga (walaupun Malik ni jahat pada awalnya, tp dia masih tak lupa akan mak dan adik-adiknya), Setia kawan, 'justice win at the end', dan banyak lagi.

Pelakon : Pilihan pelakon untuk cerita ni bagus pada aq, setiap karaktor berjaya dihidupkan, cuma pada aq, Syamsul tu patut fokus dengan directing je la, it would be better. Cuma lain kali kalau nk buat crita gangster2 macm ni, banyakkan lagi la pelakon tambahan sebab part fight tu terlalu fokus dekat main charactor dan mengabaikan pelakon tambahan (gangster kan besar? bukan patut ahli pun banyak ke?)

Lain-lain : Music untuk setiap aksi dan drama untuk crita ni sangat sesuai dan tersusun. Latar tempat shooting filem ini juga sangat baik, KL!!! Costume dan mekap pun ok, stiap karaktor nampak garang dan sepadan dengan pakain dan gaya rambut masing-masing


RATING : 8/10 (filem ni antara filem Malaysia paling best pernah aq tengok dan berbaloi tengok dua kali)


-zuan-
p.s aq slalu perbagaikan cara aq tulis movie review untuk memastikan setiap movie review aq menepati apa yang diinginkan pembaca.. next review > Super 8


> Movie Review : X-Men: First Class

Before Charles Xavier and Erik Lensherr took the names Professor X and Magneto, 
they were two young men discovering their powers for the first time. Before they were archenemies, they were closest of friends, working together, with other Mutants (some familiar, some new), to stop the greatest threat the world has ever known. In the process, a rift between them opened, which began the eternal war between Magneto's Brotherhood and Professor X's X-MEN

HOlla Bloggers,

Dah tengok X-Men? Trust, Friendship and Betrayal (also Revenge) adalah konklusi yang aq leh simpulakan dari prequel X-Men kali ni.. Bila sebut je X-Men, mesti ada Aksi, Adventure, Drama, Sci-Fi dan Thriller dalam genre filem nya, dan seperti biasa CGI memang jarang mengecewakan (biasa la keluaran 20th Century Fox).. 

Dengan Tagline "Before he was Professor X, he was Charles. Before he was Magneto, he was Erik", dah cukup menyatakan ini adalah Origin kepada X-Men, dan bagaimana semuanya bermula dengan Persahabatan..

Ok straight to the point, dengan durasi filem 132 Minit, filem ini padat dengan aksi dan informasi berguna untuk mereka yang mungkin tertanya-tanya akan pelbagai persoalan pada filem-filem sebelum ni, pada aq yang bukan pengikut X-Men yang setia, filem ini sedikit sebanyak membantu aq untuk lebih meminati X-Men.. So agak sukar sebenarnya untuk aq tulis review kali ni (so kepada peminat X-Men, jangan marah ek klu review aq membuatkan anda kurang puas hati hehe)..

Alrite, pada awalan cerita, dia bermula Charles Xavier dan Erik Lehnsherr pada umur 12 tahun, menceritakan bagaimana mereka mendapat kuasa mereka (ops sedikit spoiler.. hehe), dan time skip beberapa tahun, dan tertumpu pada mereka di usia 20-an (Charles Xavier lakonan James McAvoy dan Erik Lehnsherr lakonan Michael Fassbender) dan watak-watak mutant lain.. 

Hmm apa lagi aq nk komen pasal movie kali ni? 

Storyline dia tersusun dan menarik pada aq, ye la dia bermula dengan waktu mereka kecil, dah besar, bersahabat dan.. (tengok sendiri kalau nk tau dan apa hehe)..  

Mesej, apa yang ingin disampaikan dalam filem ini? Ok, rajin-rajin la bergotong royong, hehe tade la.. trust la pada sahabat anda sebab kalau anda dah takde siapa lagi kat dalam dunia ni, sahabat la yang paling dekat dengan anda.. hehe

Rating : 8.0/10 (berbaloi tengok kat panggung berdekatan dan dijadikan koleksi)

-zuan-
p.s next week mayb aq kurang blogging.. so aq try post sebanyak mungkin minggu ni.. 


> Movie Review : Kung Fu Panda 2

HOlla Bloggers

Jack Black, Angelina Jolie dan Jackie Chan cerita apa lagi yang boleh menggabungkan ketiga-tiga mereka?


Po joins forces with a group of new kung-fu masters 
to take on an old enemy 
with a deadly new weapon.

Kepada penggemar panda, anda perlu menonton sekuel kali ini, kerana ia lebih bagus, dan lebih terburai perut anda menahan gelak kalau dibanding Kung Fu Panda 1.. Filem animasi bergenre aksi, adventure, komedi dan famili ini amat sesuai ditonton semua lapisan masyarakat dengan tagline Ska2oosh!.. 

Filem animasi, jarang mempunyai durasi yang panjang kerana durasi filem ini hanya 90 minit, tapi cukup untuk membuatkan anda tidak kering gusi menontonya, ia anda mungkin fikir, "kenapa filem karak si ZUAN ni kritik, tetapi filem Panda ni dia puji buka main lagi", ok bukan nk memihak kepada filem luar, tetapi filem tempatan perlu lebih berani dan terbuka untuk mengatasi filem luar.. Ya, berani dari segi bajet, dan terbuka dengan idea-idea gila dan unik, sebab unik itu adalah entertainment (bak kata Mamat Khalid).

Tak banyak aq nk kritik filem ini, kerana ia adalah filem ringan dan santai, jadi senang diterima semua lapisan masyarakat.. Tambahan rata-rata, masyarakat lebih terhibur dengan filem berunsur komedi, jadi berjayalah filem ini pada aq...

Storyline crita ni simple dan senang untuk difahami, flashback juga tidak mengelirukan

CGI, memang terbaik, disaat aq rasa panda itu sudah seperti panda yang hidup, dan real sehingga membuatkan aq ingin peluk panda itu... Memang mengagumkan CGI dari DreamWorks Animation!!! 

Mesej yang ingin disampaikan juga penuh dengan unsur kekeluargaan (Janganlah abaikan orang tua kita), dan ia memberitahu kita supaya, "janganlah bermusuh-musuh dan berdendam dengan keluarga dan orang ramai".. Hmm apa lagi mesej yang aq tinggal ek?

7.5/10 (Berbaloi tengok di panggung dan untuk dijadikan koleksi)


p.s banyak sangat filem yang aq tak dapat nk tengok sebab kekurangan bajet kewangan

> Movie Review : Karak

HOlla Bloggers..

Skali lagi KRU Studio mengegarkan peminat-peminat filem tanah air, tetapi untuk pertama kali mempertaruhkan filem horror berdasarkan urban legend (berdasarkan cerita-cerita popular dan benar yang biasa diceritakan dari mulut ke mulut dan ke internet dan buku mengenai laluan puaka, karak).. Ia diarahkan oleh Yusri Kru, dan dibintangi Shahir AF8, Shera Aiyob, Along Eyzendy, Kilafairy dan Sidek Hussin.


"KaraK" mengisahkan 4 pelajar kolej yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuantan. Mereka mengalami kesesakan luarbiasa di lebuhraya Karak dan bernekad mencari jalan alternatif iaitu melalui jalan lama tanpa menyedari keputusan ini bakal merubah kehidupan mereka selama-lamanya.

Pada permulaan cerita, aq tengok penonton di sebelah kiri dan kanan aq tidak senang duduk dikala adaya babak-babak suspen dan sedikit unsur jenaka diletakkan, tetapi berjaya membuatkan mereka menjerit... Sementara aq hanya meletakkan tangan di dalam kocek untuk mengawal ketakukan (Dengan harapan awek disebelah melabelkan aq ni MACHO) dalam diri aq.. dan ya, permulaan cerita memang bagus dan tidak mengecewakan langsung...Jadi storyline dia, sangat menarik bagi aq, walaupun ada rakan-rakan yang kurang mengemarinya (Mungkin kerana mereka berminat dengan filem genre humor).

Antara hantu dari kisah benar (berdasarkan pengalaman individu dan tragedi kemalangan maut) ialah hantu Budak Kecik mencari ibunya, Perempuan Cantik mencari anaknya. Kereta VW Kuning yang mencucuk di belakang kenderaan dan memotong kenderaan anda, dan tiba-tiba ada di belakang lagi dan memotong kenderaan anda, dan banyak lagi..

Apa yang bagus dalam cerita ini dan perlu di beri pujian ialah, kosmetik atau makeup yang dikenakan kepada pelakon dan hantu sangat baik, mereka begitu teliti mengenakannya. Dan aq paling suka bila ada cacing bergerak-gerak di muka, sangat realistik... CGI seperti biasa la, sangat OK, means bagus dan semakin bagus (walaupun masih jauh kalau nk compare ngan CGI filem-filem luar).. Sangat realistik dan memuaskan hati, kiranya, Yusri berjaya membawa hantu itu masuk ke dalam jiwa penonton dengan makeup dan CGI mereka.

Ada pelakon yang berjaya memainkan peranan mereka dengan baik, tetapi ada yang gagal memasuki watak itu dengan baik.. Mungkin kerana kurang pengalaman berlakon, dan kekurangan bakat, kerana bakat sangat penting kalau ingin berjaya dalam bidang seni terutama seni lakonan.. Bagi aq, sekeras mana anda berusaha pun, kalau tidak ada bakat dalam seni lakonan, sukar untuk berjaya. Satu-satunya pelakon yang cemerlang dan sepatutnya menjadi hero filem ini adalah pelakon senior, Sidek Hussin dan biasalah, pengalaman mengajar kita menjadi champion.. 



Apa yang kurangnya bagi aq adalah Sound Effect dia.. Bagi aq, filem seram tak perlu sangat bunyi-bunyi, cukuplah dengan bunyi cengkerik dan sunyi malam, jadi dengan itu, penonton akan lebih tertanya-tanya apa yang akan berlaku, dengan soundefek yang melampau-lampau dan sangat kuat menganggu konsentrasi aq untuk masuk ke dalam filem ini. 

Didalam filem seram, pada aq teknik pergerakkan kamera mestilah memainkan peranan penting. Tetapi di dalam filem ini, aq hanya mampu bagi ok je, sebab ia kurang membuat aq terkejut. Pergerakkan kamera yang berjaya pada aq ialah kamera yang sentiasa membuatkan orang terkejut dan Dup Dap Dup Dap, tetapi ternyata hanya beberapa babak sahaja berjaya.

Setiap filem yang berjaya pada aq, adalah filem yang berjaya memberi mesej kepada penonton, dan berjaya grab semua tahap umur (dari budak-budak ke atuk-nenek) dan filem ini terkandung mesej yang mungkin menyedarkan ramai orang yang tidak sedar-sedar dan leka dengan duniawi. Anda mungkin tertanya-tanya apakah mesej yang ingin disampaikan? Jadi jangan lupa saksikan karak di pawagam-pawagam tempatan.. Supportlah filem tempatan, kerana mereka tidak akan ke mana-mana tanpa sokongan anda semua.

Hmm sukar nk bagi rating tuk filem kali ni..

6/10 (Tidak rugi tengok di panggung bersama rakan-rakan)

p.s nantikan review kungfu panda malam ni

> The Movie Reviewer

HOlla Bloggers...

Hobi menjadi sesuatu yang selalu kita buat.. dan buat sebab kita suka.. one of my hobby is watching movie.. owh, i love to watch movie... macam-macam genre movie aq suka tengok.. antaranya genre romance, adventure, fantasy, thriller, seram, dan tak ketinggalan comedy... Bila kita tengok movie, dan merasakan movie tu best (ad message, lineup pelakon yang bagus, dan jalan cerita menarik) kita mesti nk share movie tu dengan kawan-kawan so that kita boleh share something, dan talk about something.. dan dengan review, aq leh tolong save duit korang (means berbaloi ke tak tengok crita ni yang aq review, dan biasanya aq akan tulis review tentang filem yang memang patut ada dalam koleksi anda..)

Aq baru lagi dalam movie reviewing ni, hmm lebih kurang 9 movie review aq dah buat kat blog ni.. dan aq ternyata terhibur melakukannya, walaupun tak banyak pun aq dapat feedback dari pembaca (mungkin sebab kualiti movie reviewing aq masih kurang) dan aq cuba untuk memantapkan review aq iaitu dengan cuba memampatkan isi dalam text yang seringkas mungkin.. Maaf kalau gaya penulisan aq agak rojak, sebab aq taknak pembaca bosan dengan bahasa formal yang mungkin akan membuatkan mereka tak nak baca dah review aq..

But still, aq akan tulis review untuk setiap movie yang aq tengok berpandukan Wikipedia dan IMDb sebab its fun to share something and talk about something.. and that something is Movie, the actor, the actress, the director, the producer and everyone or anything that involved in the movie.. BTW thanks kepada beberapa pembaca review aq sebelum ni kerana meninggalkan komen mengenai review yang aq tulis, bermakna ad juga orang nk baca apa yang aq tulis.. dan aq menanti kritikan daripada anda untuk memantapkan lagi gaya penulisan aq.. 

  1. Pirates of Caribbean : On Stranger Tides
  2. The Shawshank Redemption
  3. Fast 5
  4. Thor
  5. Hikayat Merong Mahawangsa
  6. Shaolin
  7. The Green Hornet
  8. Harry Potter and The Deathly Hallows: Part 1
  9. Megamind


p.s nantikan review-review aq yang akan datang.. dan sila tinggalkan jejak dan komen anda disini mengenai review yang aq tulis..

> Movie Review : Pirates of The Caribbean - On Stranger Tides

Captain Jack Sparrow crosses paths with a woman from his past, and he's not sure if it's love -- or if she's a ruthless con artist who's using him to find the fabled Fountain of Youth. 
When she forces him aboard the Queen Anne's Revenge, the ship of the formidable pirate Blackbeard, Jack finds himself on an unexpected adventure in which he doesn't know who to 
fear more: Blackbeard or the woman from his past.


HOlla Bloggers,

Selepas 3 pengembaraan menakjubkan di dalam dunia Pirates of The Caribbean (POTC), Johnny Depp kembali dengan watak Jack Sparrow di dalam POTC : On Stranger Tides bergandingan dengan Penélope Cruz dalam filem terakhir POTC barangkali (hope tak berakhir di sini, "i want more pirates life, GIVE ME MORE!!!" Dengan mengekalkan Barbosa lakonan Geoffrey Rush, jackie masih ada teman lawaknya (musuh utama di POTC1).. Watak Blackbeard lakonan Ian McShane diperkenalkan dalam filem ni.. 

Bagi aq CGI filem Hollywood seperti ini tidak pernah mengecewakan, dan semakin menarik.. cuma ad kurang sesuatu pada filem ni yang aq nampak pada pengakiran filem ni.. Jack jumpa kembali ex lama nya, Angelica, so di situ elemen ROMANCE banyak diterapkan, tetapi tidak sehebat kisah cinta 3 segi dalam filem sebelum ni (POTC 1-3).. ADVENTURE kali ni pn tak sepanjang dan sehebat sebelum ni, jadi aq amat kecewa kerana panjang filem ini cuma 137 minit (sangat kecewa, spatutnya sampai 3 jam..bru layan~) 

Yang menariknya REVENGE, dimana rivalry antara Barbosa dan Blackbeard, kerana apa? hehe kena la tengok sendiri cerita ni kalau nak tau kenapa diorng bermusuh dan Barbosa nak sangat balas dendam dengan Blackbeard.. Skill berlawan dan trick menipu Jack juga sangat bagus dalam filem ni dimana banyak trick LAWAK dalam ni, tetapi bila kita dah banyak sangat tengok filem lawak, semakin jemu untuk gelak...

Aq sangat kecewa dengan perkembangan watak Blackbeard, sebab watak dia tak sekejam yang disangka, dan dia tak la menakutkan seperti Davy Jones (POTC 2-3).. Kalau tak silap aq, Blackbeard merupakan salah satu pirates paling digeruni pada zaman dia (betul-betul wujud, dan bukan watak ciptaan) tapi ia gagal ditunjukkan dalam filem ni..Blackbeard adalah selfish dalam movie ni, dimana dia sanggup mengorbankan nyawa anaknya, Angelica untuk hidup kekal abadi, tetapi ditipu Jack, macam mana dia ditipu? Tengok la sendiri.. hehe

Owh ya, selama ni kita ingat mermaid ni lawa, baik n innocent berdasarkan cerita-cerita urban kan? hehe tengok macam mana mermaid ni dalam imaginasi cerita ni.. Zombies, hehe ad gak dalam crita ni, tapi bukan version zombie kampung pisang la, sebab ni zombie versi ganas punya~

OPS sebelum trlupa, jangan keluar dari panggung pas abis ctira tu, tgu kredit abis.. sebab ad Post-Credit Scene.. :D

~> Overal Rating bagi filem ni 7/10 (Berbaloi tengok wayang tapi jangan tgk 3D la, macam rugi je.. Filem kali ni tak sehebat yang sebelum ni..)

p.s banyakk filem-filem menarik bulan ni.. banyak aq tak sempat nak tengok.. 

> Movie Review : The Shawshank Redenption (1994)

Two imprisoned men bond over a number of years, 
finding solace and eventual redemption 
through acts of common decency.


HOlla Bloggers..

First time aq dapat crita ni dari member aq, aq ragu-ragu bila dia ckp crita ni dpt highest rating of all time!!! Crita ni agak lama sebab dia ditayangkan pada 1994, dan berjaya menjadi one of the best movie of all time.. plus crita ni dapat highest rating kt IMDb Top 250 movie!!!! so disebabkan rating dia da almost 5 STAR (9.2/10 rate) aq takkan buat rating tuk movie ni.. Just nak highlight apa yang best sangat pasal movie ni.. Dengan lineup Tim Robbins, Morgan Freeman, movie ni memang lengkap.. superb dan brilliant.. aq sure most of all da pernah tengok crita ni sebab dia dah banyak kali ditayangkan kat TV2..

"Fear can hold you prisoner. Hope can set you free.."

Adalah tagline bagi cerita ni, dah cukup menerangkan salah satu message yang ingin disampaikan, HOPE atau harapan... memberitahu kita bahawa jangan putus harapan.. FRIENDSHIP juga sangan mendalam dalam cerita ni... Dan tak lupa, cerita ni memupuk minat MEMBACA dalam diri aq.. aq tak pernah terpikir yang orang banduan akan ad minat untuk membaca.. Selain tu ia juga memberi message CORRUPTION di dalam penjara itu dimana isu rasuah, membunuh, membelasah, melepaskan hukuman tanpa bukti atau usul kukuh..

Pergerakkan cerita yang sangat lancar dan setiap pelakon berjaya memberi impak dalam lakonan mereka.. Bagi aq, pemilihan pelakon juga memain peranan penting dalam filem ni... Sangat berjaya filem ni.. Aq rasa banyak lagi message-message yang ingin disampaikan dalam filem ini, dan anda sebagai viewer mesti mampu perasankan nya..

~ Rasa macam nak bagi gak rating tuk movie ni, 5/5 (mesti ada dalam koleksi-koleksi movie terbaik)


p.s next review is Pirates Of Carribean 4.. wait for it.. 

Popular Posts

Search This Blog

Followers

Blog Archive