Popular Posts

> Movie Review : Lada Land

HOlla Peeps,


Keluarga bergerak ke rumah baru di mana mereka secara beransur-ansur mula menghadapi peristiwa paranormal dan seram.

Pada penggemar cerita seram, filem Lada Land dari Thailand ini adalah cerita seram yang mesti ditonton.. Cerita ni aku kena ke GSC Alamanda Putrajaya baru boleh tengok sebab tak ada tayangannya kat Seremban (walaupun ada TGV, GSC, dan MBO)..


Arahan : Sophon Sakdapisit
Penulis : Sophon Sakdapisit
Pelakon : Piyathida Woramuksik, Saharat Sangkapreecha
Genre : HorrorMystery
Durasi : 90 minutes
Tarikh Tayangan : April 282011 (Thailand) / July (Malaysia)

Storyline : Sebuah filem yang agak slow moving pada awalan, tetapi teratur dan sangat mudah difahami, kerana sebuah cerita seram tidak perlukan penceritaan yang melalut-lalut. Jangan bangun dari tempat duduk anda kalau permulaannya agak bersifat kekeluargaan.

Horror : Dalam filem ini banyak setting horror dilakukan di kawasan perumahan (taman) dan dalam rumah keluarga Mangsa ni (bermula dengan setting rumah jiran).. Pada aku, cerita seram yang berSettingkan rumah, sangat seram!!! Sebab kehidupan aku (dan kita semua) banyak di rumah, jadi impak cerita ni sangat dalam sampai aku nak ke tandas pun rasa takut (walaupun dah pasang semua lampu).. Banyak unsur suspen dengan sound effect yang selalu buatkan aku dan penonton-penonton terkejut. Pada ibu mengandung dan budak berumur 18 tahun ke bawah, disarankan JANGAN TENGOK sebab banyak efek-efek darah, terkejut, dan lain-lain yang tidak elok untuk ditonton yang ada dalam filem ini.

Moral : Ia lebih menekankan kekeluargaan sebenarnya dalam cerita ni (horror tu macam letaknya di tempat ke2), yang mana si suami yang tidak tahan dengan tekanan membesarkan anak dan pekerjaan membuatkan dia bertindak diluar jangkaan. Harapan si suami dalam cerita ni adalah untuk membesarkan anak dia bersama isterinya dengan baik dengan berpindah keluar dari Bangkok, tetapi gagal menyesuaikan diri di tempat baru akibat keadaan pekerjaan, dan sekitarnya. Pada awalan menunjukkan kawasan residen rumah mereka begitu harmoni (dimana ramai bersembang-sembang dan beriadah di kawasan taman) tetapi semuanya mula berubah dengan kematian seorang pembantu rumah.

Apa Yang Kurang : Thailand memang hebat dengan cerita horror, jadi tiada kekurangan dalam elemen horror dan misteri dalam cerita ni, apa yang kurang adalah cerita ini terlalu panjang dan perkembangan cerita terlalu lambat, bermaksud ia lambat ke klimaks.. Dan jangan terpengaruh dengan poster filem ni, kerana kurang berunsur horror padanya.

RATING : 7/10 (berbaloi tengok pada tengah malam dan make sure itu adalah last tayangan. Kalau anda duduk di kawasan taman yang ramai penduduk yang ramah-ramah pun kena tengok cerita ni)
sumber : 

-zuan-
p.s : melepas nak tengok monte carlo dan transformers 3D (walaupun aku dah tengok

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Search This Blog

Followers

Blog Archive