Danbo try to steal my pass |
Bergegas ke iCity pada pukul 5 petang dari KLCC dan tiba lebih kurang pukul 6.. Dah sampai lambat tu mesti la berasa di barisan belakang tapi tak mematahkan semangat aku dan kawanku untuk rock bersama MTV WORLD STAGE LIVE IN MALAYSIA 2011 dan kalini venue nya iCity Shah Alam. They got our very own Pop Shuvit, The k-pop BEAST, the unique NEON TREES and one of the biggest band on earth 30 Seconds To Mars
"Queue je la" cakap kawan aku yang bersemangat dari tadi.. (tension kerja, rock r!!!)
Tapi queue register tak lama pun, dalam 10 minit dah dapat tag dan leh masuk.. tapi nak masuk tu wa cakap lu, dalam 20 minit gak r.. ngam-ngam la masuk dalam pukul 6.30.. Tapi standard la kan, mana ada event mula betul-betul ikut time.. Dengan celoteh VJ menceriakan crowd, bagi goodies, yang depan untung la..
Disebabkan bateri phone aku lemah, tak banyak gambar aku ambek.. Ni ada beberapa gambar yang aku nak share ngan korang
dari registration sampai tapak concert venue |
Tepat pukul 7.. Pop Shuvit mengegarkan iCity dengan lagu "Old Skool Rocka"~ |
Pop Shuvit Dengan single "oh, Shizuka" |
Band ke 2!! BEAST mengegarkan iCity pada pukul 8 malam dan membuatkan gadis-gadis menjadi gila sepanjang persembahan diorng!!! |
Tak banyak lagu BEAST yang aku tau, tp kalau tak silap aku diorng ada menyanyikan lagu "SHOCK", "On Rainy Days", dan "Bad Girl" ada terdengar orang berteriak "tak minat BEAST!!!" LOL |
Kemunculan band ke3 NEON TREES tepat pukul 9 (Bateri aku dah nak habis dah time ni... Dan disebabkan kamera phone je, teruk kualiti dia) |
1st time aku tengok Neon Trees, sebelum ni pernah dengar lagu "Animals" je.. dan bila dengar lagu-lagu lain, "wow BEST gak NEON TREES ni, leh jadi duta iCity" |
dan sebelum kemunculan main event 30 Seconds To Mars, VJ baling baloon ke crowd.. tapi tak sampai pulak kat aku belon tu. |
"Oh oh
I want some~"
KEMUNCULAN 30 SECONDS TO MARS!!!!! (Poor Camera Quality) |
Walaupun dah 4 jam ROCKIN, semua masih bertenaga!!! "MALAYSIA ROOOOOOCK!!!!" |
"It's a beautiful lie" nyanyian Jared Leto |
"I'll Attack", "Search and Destroy", "This Is War", "The Hurricane" |
Jared cuba cakap melayu.. Hasilnya "Sayo Sayo Pamo" Asalnya "Saya Sayang Kamu" itu lah pentingnya Malay education~ lol |
No comments:
Post a Comment