Popular Posts

Happy 1st Anniversary to Gomo FM


Bermula detik 12 malam ini, tup tup tup Gomo FM akan meraikan ulangtahunnya yg pertama. rasa kejap jer tapi itu la yg benar2 berlaku hehehe. Terima kasih kepada semua termasuk dj2, chaters2, listener2 dan tak lupa org2 yg berada dibelakang tabir yg begitu banyak membantu Gomo FM supaya terus berada diarena internet ini.

Sepanjang setahun Gomo FM bersiaran dipersada internet ini, berbagai peristiwa yg telah berlaku. Ada kenangan yg masam, pahit, manis dan hamis hahahaha!!. Tetapi Gomo FM terus bertahan dan terus bertahan dengan selamberlandnye.walopon pada ketika2nya terpaksa merangkak2 serta menonggeng2!! Huhuhuhu!!

Selain memberi siaran percuma 24jam utk pendengar2 yg terdiri dari mereka yg sedang melayari internet, Gomo FM gak sudah menjadik pusat cari jodoh dah. Tak caya ker? Percaya lah kerana sambil mendengar lagu2 serta membuat permintaan lagu2, Gomo FM turut menyediakan laman sembang. Disitu lah mereka dapat berkenal kenalan dan seterusnya ada yg terus berkapel kapel an!!

Gomo FM walopon hanya sebuah radio internet picisan yang masih terlalu muda, itu tak bererti hanya golongan marhaen2 jer yg mengunjungi kami. Ada gak dikalangan chaters2 dan listerner2 yg terdiri dari org2 yg berkerjaya dan mereka yg dah ada nama dan glemer dalam bidang masing2. Ini menunjukkan betapa Gomo FM adalah sumber terbaik untuk anda berhibur sambil mereliskan tension!!

Dah panjang lebar dah Kubi membebel, jadi dengan ini Kubi mengumomkan bahawa 20/7/2011 adalah hari ulangtahun Gomo FM yg pertama yehaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Search This Blog

Followers

Blog Archive