Popular Posts

Showing posts with label thriller. Show all posts
Showing posts with label thriller. Show all posts

> Movie Review : Super 8

HOlla Bloggers,

MysterySci-Fi dan Thriller!!! Cukup menarik adunan tiga genre ni, dan filem SUPER 8 ada ketiga-tiganya :

"In the summer of 1979, a group of friends in a small Ohio town witness a catastrophic train crash while making a super 8 movie and soon suspect that it was not an accident. Shortly after, unusual disappearances and inexplicable events begin to take place in town, and the local Deputy tries to uncover the truth - something more terrifying than any of them could have imagined"
 Mula-mula aq tgk triler citer ni, aq da melonjak-lonjak nk tengok crita ni sebab penuh dengan persoalan dalam kepala aq yang masih belum matang ni, sesuai dengan tagline "Next Summer, It Arrives", SUPER 8 adalah crita yang mesti tengok untuk pengemar filem bergenre Sci-Fi dan Misteri...

Sebuah filem arahan J.J. Abrams, dan dilakonkan pelakon-pelakon muda seperti Elle Fanning, Amanda Michalka and Joel Courtney, crita ni membawa aq ke satu demensi yang penuh tanda tanya.. Sebuah filem  keluaran Paramount, yang ber durasi 112 minit..

Storyline : Bermula dengan sedikit perlahan, tetapi mula grab attention aq dengan jenaka budak-budak dan letupan keretapi, cerita ni mempunyai storyline yang ok, tapi gagal menerangkan keseluruhan cerita, sebab ada lagi beberapa persoalan dalam kepala aq, seperti "kenapa lak airforce ad kereta kebal dan tembak tak tentu arah kat town tu?"

Aksi dan Efek : Aksi-aksi dalam filem-filem Hollywood jarang mengecewakan aq, ditambah dengan efek keretapi meletup dan "benda alah" tu yang mengerunkan!!! Apa "benda alah" tu? hehe kena tengok sendiri la kalau nak tau pe tu.. hehe ;)

Humor : Ok, cerita serius yang ada beberapa part lawak (tapi keseluruhan filem ni adalah serius!!!)


Mesej : Ada sedikit mesej yang ingin diselitkan pada crita ni, iaitu apabila ayah Joe masih lagi berdendam dengan ayah kepada Alice dangan menuduh ayah Alice telah bunuh mak kepada Joe, tapi pada klimaks crita, ayah si Joe ni mula memaafkan ayah si Alice ni dan team-up untuk mencari anak diorng. Kiranya dia nk cakap yang dendam tu tak elok la kan.

Pelakon : Filem Hollywood, dan pelakon memainkan peranan penting.. Lakonan pelakon-pelakon muda dan senior seperti Kyle Chandler, merupakan adunan yang menjadi. Tapi ada satu watak ni yang kurang menjadi, ketua operasi kepada airforce, dia cuba menjadi watak tegas dan kejam tapi gagal ditonjolkan, sebab aq tak nampak dia kejam pun..

Lain-lain : Makeup dan Costume takde pe aq nk komen, ok je pada aq.. Tempat pengambaran pun terbaik, kawasan pekan yang pinggir bandar dan ada trek kretapi, kretapi tu aset!!! Dan setting tahun 1979, adalah sesuai sebab time tu teknologi tak canggih sangat huhu ;)


RATING : 7/10 (filem ni kena tengok kat wayang, kenapa? sebab klu nk tengok kat umah, makesure ada bluray player, efek filem ni sangat best!!!)

-zuan- 
p.s dah baca review kl, gangster belum? harini aq nye futsal tournament dibatalakn sebab kurang penyertaan, so main futsal macam biasa dgn homies lain ;)

> Movie Review : X-Men: First Class

Before Charles Xavier and Erik Lensherr took the names Professor X and Magneto, 
they were two young men discovering their powers for the first time. Before they were archenemies, they were closest of friends, working together, with other Mutants (some familiar, some new), to stop the greatest threat the world has ever known. In the process, a rift between them opened, which began the eternal war between Magneto's Brotherhood and Professor X's X-MEN

HOlla Bloggers,

Dah tengok X-Men? Trust, Friendship and Betrayal (also Revenge) adalah konklusi yang aq leh simpulakan dari prequel X-Men kali ni.. Bila sebut je X-Men, mesti ada Aksi, Adventure, Drama, Sci-Fi dan Thriller dalam genre filem nya, dan seperti biasa CGI memang jarang mengecewakan (biasa la keluaran 20th Century Fox).. 

Dengan Tagline "Before he was Professor X, he was Charles. Before he was Magneto, he was Erik", dah cukup menyatakan ini adalah Origin kepada X-Men, dan bagaimana semuanya bermula dengan Persahabatan..

Ok straight to the point, dengan durasi filem 132 Minit, filem ini padat dengan aksi dan informasi berguna untuk mereka yang mungkin tertanya-tanya akan pelbagai persoalan pada filem-filem sebelum ni, pada aq yang bukan pengikut X-Men yang setia, filem ini sedikit sebanyak membantu aq untuk lebih meminati X-Men.. So agak sukar sebenarnya untuk aq tulis review kali ni (so kepada peminat X-Men, jangan marah ek klu review aq membuatkan anda kurang puas hati hehe)..

Alrite, pada awalan cerita, dia bermula Charles Xavier dan Erik Lehnsherr pada umur 12 tahun, menceritakan bagaimana mereka mendapat kuasa mereka (ops sedikit spoiler.. hehe), dan time skip beberapa tahun, dan tertumpu pada mereka di usia 20-an (Charles Xavier lakonan James McAvoy dan Erik Lehnsherr lakonan Michael Fassbender) dan watak-watak mutant lain.. 

Hmm apa lagi aq nk komen pasal movie kali ni? 

Storyline dia tersusun dan menarik pada aq, ye la dia bermula dengan waktu mereka kecil, dah besar, bersahabat dan.. (tengok sendiri kalau nk tau dan apa hehe)..  

Mesej, apa yang ingin disampaikan dalam filem ini? Ok, rajin-rajin la bergotong royong, hehe tade la.. trust la pada sahabat anda sebab kalau anda dah takde siapa lagi kat dalam dunia ni, sahabat la yang paling dekat dengan anda.. hehe

Rating : 8.0/10 (berbaloi tengok kat panggung berdekatan dan dijadikan koleksi)

-zuan-
p.s next week mayb aq kurang blogging.. so aq try post sebanyak mungkin minggu ni.. 


Popular Posts

Search This Blog

Followers

Blog Archive