cantiknya bunga matahari..subhanaAllah :) |
Ada sebuah hadis yang bersumber daripada Ummul Mukminin Saidatina Aisyah R.A., isteri kesayangan Nabi Muhammad SAW katanya:
Rasulullah SAW bersabda kepadanya: Sesungguhnya Jibril mengirim salam kepadamu.
Saidatina Aisyah pun berkata: Selamat ke atasnya dan semoga dia mendapat rahmat dari Allah.
(Hadis Riwayat Muslim)
Secara tak langsung hadis di atas menunjukkan kebesaran dan kemuliaan peribadi Saidatina Aisyah sehinggakan malaikat pun memberi salam kepada beliau. Jadi, wajarlah bahawa Rasulullah SAW melebihkan kasih sayangnya kepada Aisyah berbanding para isteri baginda yang lain...
Namun ada perkara lain yang menyebabkan Saidatina Aisyah begitu istimewa di hati Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam sehingga membuatkan isteri-isteri baginda yang lain merasa cemburu melihat layanan istimewa baginda serta orang ramai terhadap Saidatina Aisyah yang pintar itu. Rasulullah lantas berterus terang,
Tersentuh perasaan hati para ummahatul mukminin dek mendengarkan penjelasan Rasulullah. Sesalan menyelubungi hati mereka. Jika begitu sekali istimewanya Aisyah di sisi Allah Subhanahu wa Taala, mengapa pula mereka mempertikaikannya. Lantas perkara itu tidak lagi ditimbulkan setelah itu.
Betapa muliannya Saidatina Aisyah kan? Korang nak tau lagi tak lagi tentang Saidatina Aisyah?
Beliau merupakan penyeri hidup Rasulullah selepas kewafatan Saidatina Khadijah radiallahu anha. Gaya lincahnya membuatkan Rasulullah sering terhibur. Kehidupan rumah tangga mereka dipenuhi suasana ceria, bahagia dan tenteram. Beliau amat bersungguh-sungguh dalam memupuk kasih sayang dan menarik perhatian Rasulullah. Perkara-perkara yang digemari Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam sangat diutamakannya. Beliau sering mencari-cari kesempatan merapatkan hubungan dengan keluarga baginda. Penampilan dirinya sentiasa dijaga agar kemas, cantik, harum dengan wangi-wangian yang disukai suaminya, Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam.
Beliau turut dikenali sebagai seorang perawi hadis yang handal dan tergolong di antara orang yang paling banyak meriwayatkan hadis dari Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam selain Saidina Umar Al Khattab, Saidina Ali, Abdullah Ibn Mas’ud, Abdullah Ibn Umar dan Zaid bin Thabit. Beliau juga memiliki kelebihan dalam menukil sunnah nubuwwah yang berupa perbuatan, lalu diajarkan kepada kaum Muslimat yang lain.
Jom kita mencontohi sifat-sifat peribadi isteri-isteri Rasulullah SAW! Itulah sebaik-baik cermin kepada para muslimah hari ini..insyaAllah :)
p/s: subhanaAllah....malaikat pun kirim salam dekat Saidatina Aisyah..kalau Aliaa berada di tempat isteri2 Rasulullah yang lain pun...memang akan rase jeles jugak cikit2..huhu..tapi semestinya perkara sebegini sama sekali tidak boleh dipertikaikan itu kehendak Allah..Dia Maha Adil dan Dia Maha Mengetahui ^_^
.Ok.Tata. Peace.
Wassalam
No comments:
Post a Comment