Popular Posts

> Mencuri Selipar Budaya Siapa?

HOlla Peeps,

Selepai selesai berdoa, keluar dari pintu masjid, tengok kat rak kasut, "Eh, mana selipar aku? Hmm.. kena rembat lagi la ni, kali ke 26 dah ni" sambil geleng kepala~ Jadi isu hilang selipar lagi la.. #LOL!!! Tapi perlu ke kita menghina dan memaki "si pencuri" selipar? Mungkin perlu, mungkin tidak.. Kenapa tidak pulak? Bukankan dia dah curi selipar kita? Nak balik dengan apa? Kaki ayam? "Bak mai sini selipar quickquack kau" Ok, mungkin 'dia' TERsalah ambek, dia terambik selipar kita, logik? Mungkin jugan selipar kita terlalu cantik tertarik dan da bomb, dan ia membuatkan "si pencuri" selipar berfikir untuk mengambilnya (nak beli tak mampu)?




antara jenama selipar yang 'popular'

Mengikut pengalaman aku kena "curik" selipar (kena curik, bukan curik ya) di masjid dan surau, masaalah ini boleh diatasi.. Ya, boleh diATASI (fuhhh~)!!! 11 Cara Mengelakkan Selipar Hilang:




sumber seliparJEPUN
  1. Gunakan selipar yang tiada brand (cap ayam digalakkan~) jangan gunakan selipar berjenama (seperti niki, adikenadas, pulamak, dan sebagainya), dan jangan gunakan selipar berjenama facebook..

  2. Gunakan terompah (Biasa diamalkan atuk-atuk)!! Ya, kemungkinan dicuri adalah 0.0000001% (kalau kena rembat gak, ada something wrong la dengan wayar "si pencuri")

  3. Pakai 2 selepar berbeza.. Macam mana? Sebelah kanan selipar lain, sebelah kiri selipar lain.. Si pencuri akan confuse dengan trick ini..

  4. Sila manga atau rantaikan selipar anda (menggunakan sekurang-kurangnya 5 jenis manga).

  5. Mencadangkan kepada pihak surau atau masjid menampal tanda "Dilarang Mencuri Selipar, Dosa tau mencuri selipar ni". Letakkan juga tanda hak milik anda di selipar anda.

  6. Kadang-kadang orang tersalah ambek, dia ingat selipar dia.. Jadi pakai selipar buatan sendiri (Macam gambar selipar botol kat atas).. 

  7. Gunakan selipar berwarna pink!

  8. Jangan risaukan keadaan selipar anda, kalau anda risau, ia mungkin dalam keadaan tidak selamat.

  9. Sorokkan selipar anda di dalam tong sampah!

  10. Salah satu yang aku sarankan, gunakan selipar bersaiz besar (paling besar digalakkan), si pencuri menginginkan selipar yang berjenama dan bersaiz fit dengan kaki mereka, jadi kalau saiz besar, kebarangkalian fit tu dah berkurangan.

  11. JANGAN pakai selipar pergi surau atau masjid, konfirm tak kena curik..





sumber google
Dan akhir sekali, janganlah amalkan budaya membenci 'pencuri selipar', tak elok benci membenci ni (setiap yang baik dibalas baik, dan sebaliknya), tengok aku ni (bajet gilerrrr), dah 26 kali selipar kena rembat (tu tipu, baru 3 kali), geleng kepala je, tak de pun maki diorang.. Ops, jika ada ada komen dan cadangan bernas, sila tinggalknnya di bawah, arigatou~


-zuan-
p.s : kering pulak tekak membebel kat entry kali ni..
ops ramai salah paham ingat selipar aku kena rambat.. #LOL :D
 

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Search This Blog

Followers

Blog Archive