Popular Posts

Showing posts with label jozan. Show all posts
Showing posts with label jozan. Show all posts

> Bukan Rezeki

HOlla Bloggers,

Menang kalah adat pertandingan.. Pada JOZAN, bukan rezeki korang la kali ni, kalah lagi ek, hehe jauh lagi perjalanan.. Pada NABIL, #3 OK what? 150k, sape nak bagi lu wo? Tak yah kongsi dengan sapa-sapa.. JAMBU, korang belum cukup jambu la untuk final ni, pada aku, dari minggu 1 sampai minggu 8, korang memang calon juara aku, tapi persembahan SEPAH dan JOZANyang konsisten dan semakin best, aku mula tertumpu pada dua-dua team ni, tapi SEPAH lagi champion!!! Congratulations!!!! :D

gaya JUARA!!!


-zuan- 
p.s : lepas ni apa pulak program menarik yang akan warna tayangkan? kita tunggu...

> Lupaka Nora Elena, Fokus ke Maharaja Lawak

HOlla Bloggers,

Semakin lama semakin best persembahan duo tu dalam MAHARAJA LAWAK ASTRO.. Duo mana? Ala yang tu la, yang gitu-gitu, eh yg gini-gini tu.. Dapat tak..? Ish awan nano nano nano~ haaaa JOZAN la, sapa lagi!!! Kreativiti diorng semakin memuncak dan semakin mengatasi pesaing-pesaing lain...


Aq semakin kecewa dengan persembahan JAMBU, diorng semakin merundum beberapa minggu ni, mungkin rasa selesa dengan kedudukkan diorng? Mungkin sudah kering idea? Atau simpan untuk final??? Takpe la, hope diorng perasan yang persembahan diorng makin mengecewakan aq (aq je la rasa macam tu)..

SEPAH macam biasa la, lawak kasar dan kampung!!! hehe aq, suka!!!! Memang sesuai untuk banyak lapisan masyarakat Malaysia... And for NABIL, welcome back to ML!!! Selepas beberapa persembahan yang mengecewakan (sejak Detektif Conan), Nabil akhirnya berjaya impress aq, and congrats (Macam la aq ni juri ML..hahahah)!!!

Oh lupa, R2.. Hmm.. Korang kna pecahkan tepurung kelapa!!! Jauh lagi perjalanan korang, Gudluck!!!
Hope persembahan terbaik dari semua peserta malam ni!!! ;D


Markah undian termasuk markah juri (reff here):

1. Jozan - 62
2. Sepah - 55
3. Nabil - 54
4. Jambu - 51
5. R2 - 33

-zuan-
p.s kalau aq masuk Raja Lawak nanti, vote aq ek..hahahaha


> Movie Review : KL Gangster

HOlla Bloggers,

Dah tengok KL Gangster? Pada aq, ni salah satu filem Malaysia arahan Syamsul Yusuf yang perlu anda tonton tahun ini!!! Kenapa aq ckp macam tu? OK layan sinopsis ni dlu :


"Menceritakan kisah dari adik beradik yang terlibat dalam dunia gangsterism.Malek (Aaron Aziz) dipenjara selama lima tahun selepas dikhianati oleh geng sendiri yang dimulakan oleh Shark (Syamsul),saudara langkah dari gangster yang paling berpengaruh di Kuala Lumpur,King (Ridzuan Hashim). Malek yang menginginkan hidup normal selepas dibebaskan, ditarik kembali ke dunia yang ditinggalkannya setelah bertahun-tahun. Terutama kerana adiknya Jai (Adyputra) dipengaruhi oleh gangster dan memutuskan untuk bekerja untuk Shark membawa semuanya jadi dalam kekacauan."

Dengan durasi filem ‎selama 1 jam dan 21 minit, bergenre‎‎ Aksi, dan salah satu lagi filem produksi berjaya dari SKOP PRODUCTIONS, filem ini mampu meraih kejayaan besar dari segi kutipan dan anugerah (barangkali)! Kenapa aq cakap macam tu?

Storyline : Aq suka jalan cerita filem ni, dia tidak terlalu melalut panjang. Ia tersusun dan mudah difahami.

Humor : Komedi dah tak boleh diabaikan dalam sesebuah filem, sebab pada aq crita tu akan jd kosong tanpa komedi, dan dengan adanya Zizan, memang komedi menjadi walaupn keadaan tengah tegang.

Aksi : Aq bukanlah peminat filem aksi, tapi pada aq aksi gaduh dalam filem ni setanding dengan filem-filem aksi dari Hong Kong (Jackie Chan dan sebagainya).

Mesej : Sesuatu cerita perlu ada mesej yang ingin disampaikan kepada penonton, antaranya adalah tanggungjawab terhadap keluarga (walaupun Malik ni jahat pada awalnya, tp dia masih tak lupa akan mak dan adik-adiknya), Setia kawan, 'justice win at the end', dan banyak lagi.

Pelakon : Pilihan pelakon untuk cerita ni bagus pada aq, setiap karaktor berjaya dihidupkan, cuma pada aq, Syamsul tu patut fokus dengan directing je la, it would be better. Cuma lain kali kalau nk buat crita gangster2 macm ni, banyakkan lagi la pelakon tambahan sebab part fight tu terlalu fokus dekat main charactor dan mengabaikan pelakon tambahan (gangster kan besar? bukan patut ahli pun banyak ke?)

Lain-lain : Music untuk setiap aksi dan drama untuk crita ni sangat sesuai dan tersusun. Latar tempat shooting filem ini juga sangat baik, KL!!! Costume dan mekap pun ok, stiap karaktor nampak garang dan sepadan dengan pakain dan gaya rambut masing-masing


RATING : 8/10 (filem ni antara filem Malaysia paling best pernah aq tengok dan berbaloi tengok dua kali)


-zuan-
p.s aq slalu perbagaikan cara aq tulis movie review untuk memastikan setiap movie review aq menepati apa yang diinginkan pembaca.. next review > Super 8


Popular Posts

Search This Blog

Followers

Blog Archive