Popular Posts

Belog anda banyak "LEMAK" tak??

Assalamualaikum n Aloha!!

Hmm...tiba-tiba Aliaa rasa terpanggil dan tergerak hati nak taip tentang masalah load belog ni, terutamanya kepada newbies..walaupun dah banyak blogger buat entri pasal berat belog ni,Aliaa nak buat jgk..tapi mengikut cara tersendiri dan pendapat Aliaa...lepas2 Aliaa bukak satu belog ni yang ya amat punyalah lambat, berat sampai 500+kb tu.


Aliaa pun newbies jgk..baru lagi..tapi..setelah hampir setengah tahun menjadi blogger Aliaa explore mcm2 jugak dlm dunia blogging ni, yelah..buat blog ni kena ade readers jugak dan kita pun perlu menyelami hati readers tu sendiri..ni tak ade ,sesetengah blogger suka mengamalkan sikap paksa2 follow tak semena2 ,ni mcm tak profesional je..We are not worth to follow if our blog does not worth anything to others...

Macam ada kawan Aliaa dia buat blog utk diri sendiri,juz dia ja boleh bukak,mcm diari online..OK what..tapi apabila kita buat belog utk tatapan org ramai kita mesti ambil berat jgk tentang entri2 yang di hasilkan..Berdasarkan observation Aliaa, Aliaa tgk blogger yang otai2 n popular ni selalunya mengetengahkan entri2 tentang tips2, dan cerita2 yang memberi manfaat kpd orang lain, or in other words..win-win situation, di mana readers pun mendapat manfaat sama. Aliaa pun mengingatkan diri sendiri..blog Aliaa pun xdela gempak sgt..biasa2 ja..belajar nk improve kan slow2...


Selain dari entri2 yg menarik,mcm tajuk entri atas ni,kita jugak kena amik berat tentang berat belog kita sendiri, sebab untuk memudahkan org nak masuk n bace entri kite...load belog memainkan peranan penting juga..sbb kalau lama nak load, org pun malas tunggu n tak pasal2 org x jadi buka belog kita.

Ada sesetengah org suka letak muzik dlm belog,ada yang tak suka...hmm...bagi Aliaa lah kan...Aliaa suka..tapi..kalau nak letak pun agak2 la jugak..lagu yang slow2 dan menenangkan hati okla..sebab..Aliaa ada sorang kawan,dia selalu suke bace belog orang..n die cakap,salah satu yg membuatkan dia suka buka sesuatu belog tu sbb dia suka dgr lagu dkt belog tu juga....tu bagi dia...terserah,bergantung kepada diri sendiri...

Bagi Aliaa tak salah nak letak lagu di belog asalkan:

1. Lagu tu slow2 dan menenangkan hati untuk didengar.

2.Lagu tu ada playlist yang membolehkan kita tekan butang pause,jika rasa terganggu nak baca entri.

Bab berat belog ni,satu hal jugak, utk belog Aliaa tiap2 hari,jika ada sebarang perubahan dkt belog Aliaa akan pergi timbang, sbb takut2 berat sgt..nnt susah orang nak bukak.

Antara tips PENTING untuk meringankan belog bagi Aliaa ialah:

1. Elakkan guna pic layout belog yg terlalu berat (bersaiz besar)

2. Tukarkan bilangan post di blog kepada 1, 2, atau 3 post (max) sahaja.
    SETTING>POST AND COMMENTS

3.Kurangkan widget yang tidak penting (contohnya: clock,calendar)

4. Kalau guna linkwithin,jadikan hanya 3 link (min)

5. Kurangkan penggunaan gambar yang bersaiz terlalu besar.

6. Kalau boleh x perlu shoutbox pun xpe, bagi Aliaa..shoutbox tu dahla berat.
Aliaa x guna sebab Aliaa rasa, kalau seseorang tu nak komen dgn ikhlas, dia sepatutnya komen dkt entri pun dah cukup. Aliaa tak kisah brape org nak komen dkt entri, walaupun sorang komen tetap bermakna n Aliaa akan balas dan itu bermaksud org tu mmg betul2 bace entri Aliaa.

7. dan lain-lain yang sewaktu dengannya...yang penting belog anda di antara 100 kb...terserahla kpd diri sendiri

Mengikut apa yang Aliaa baca, belog yang bersaiz hampir dan tepat2 100kb adalah berat yang paling ideal untuk sesebuah blog...hihi..jadi jom lah sama2 kurang2kan "LEMAK" di belog di samping sape2 yang nak kurangkan berat badan di bulan Ramadhan ni ^_^

Timbang Berat Belog?? (timbangan secara kasar) 
Kelik sini je
|
|
\/


Ni berat belog Aliaa yg terkini


p/s: Entri ni berdasarkan pendapat Aliaa sahaja, tak berniat nak kutuk sape2 pun~Happy Blogging suma! dan Selamat Berbuka Puasa nnt. Sama2 kita memburu malam Lailatu Qadar! Jom2 ^^...adush..terpanjang sangat plak entri kali ni..huhu


.Ok.Tata.Peace.
Wassalam

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Search This Blog

Followers

Blog Archive