Popular Posts

> Movie Star Paling Hebat

HOlla Peeps,

Masih ingatkah anda dengan watak Smeagol atau seekor Gollum di dalam filem The Lord of The Rings (TLOTR)? Watak yang super psyco dan mempunyai dwi personaliti yang sering menyebut "my precious~" apabila ia melihat one ring.. Ia adalah suatu watak CG yang menggunakan pelakon asal (membuat aksi) untuk suatu watak dengan memakai suit yang diselaput dot inframerah yang kemudian ditukar kepada 3D 'puppet' di dalam komputer(komplex bukan?).

Watak Gollum di dalam filem TLOTR
Siapakah disebalik watak Smeagol (belitkan lidah untuk menyebutnya betul-betul~)?

Andy Serkis
Jangan pandang rendah dengan pelakon ni, sebab dia pernah mengondol best supporting role dan banyak dicalonkan dalam pelbagai jenis anugerah.. Ops, tengok King Kong versi 2005? Dia adalaha King Kong dalam cerita tu!!! Tu sume 6 tahun lepas, dan kini dia kembali!!! Sebagai Caesar!!! "Apa tu???" #LOL, Caesar adalah salah watak dalam Rise of the Planet of the Apes (yang akan ditayangkan minggu depan). Aku rasa kalau aku jalan-jalan kat kawasan hollywood (situasi kalau aku tak buat entry pasal ni), dan terserempak dengan Andy ni, mesti aku tak tau yang dia adalah movie star, sebab apa? Pasai dia tak ada depan tv, dia orang disebalik tv (ok aku dah mengarut)!!!

Sebelum dan selepas
Apa helmet yang dia pakai? Dengan kecanggihan teknologi yang semakin gila-gila WETA Digital (Syarikat yang sama mencipta watak Gollum, Kong, dan alien biru Avatar) mencipta suit yang boleh track movements Andy, Andy hanya perlu memakai 'special headgear' (seperti dalam gambar) dengan kamera fokus pada mukanya, register setiap 'subtle twitch' dan 'map' ke dalam 'digital chimp'. Kemudian, Andy digantikan dengan watak Caesar menggunakan komputer (Rasanya KRU pun boleh buat).

Dan pada pengemar filem, fikir masak-masak kalau nak tengok wayang bulan puasa ni sebab takut terbeli pop corn!!! Ops jaga mata sekali noh~

-zuan-
p.s :  ulser oh ulser.. lepas ni ada special entry untuk si pengidap ulser

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Search This Blog

Followers

Blog Archive