Popular Posts

> "Rajinnya Kau Update Blog"

HOlla Peeps,

Kebelakangan ni aku selalu ditegur kawan-kawan "Rajinnya kau update", "Aku dah baca update kau, ada update baru?" tapi betul ke apa yang diorang cakap? Ok sebenarnya ia suatu teguran dari kawan-kawan non-blogger aku, ia suatu sindiran sebenarnya.

Ia sebenarnya lebih ke bermaksud, "udah-udah la ping kat group tu, penuh wall aku dengan post kau"... Kenapa aku boleh fikir diorang cakap macam ni? Sebenarnya salah seorang kawan baik aku sendiri pernah tegur secara baik yang aku punya  post ke setiap blog ada terpampang dalam news feed diorang di facebook..

"Eh betul ke?" pada mulanya aku agak was-was, betul ke menyemakkan wall diorang? Maknanya jika aku ping 1 artikel di 5 group, akan berderet 5 post yang sama di news feed diorang, pada mula aku tak perasan, ye la, aku ada lebih 1k kawan kat facebook (yang majoritinya adalah membeber main game ketika aku addict main game dulu) mesti la tak nampak update aku sangat sebab kalau member ramai, banyak la update (seperti status update, etc..) dari member kan? Berbeza dengan orang yang ada member 500 je, mesti kurang update dan news feed doirang pun biasa je..

Awal-awal  aku agak geram la dengan teguran tu, ye la facebook aku, #sukati aku la nak update macam mana kan? Tapi, nak jaga hati member punya pasal (bukan hipokrit ya, manusia selalu salah definisi mengenai hipokrit) aku fikir satu solution..


Aku buat la satu akaun facebook baru, diberi nama Gol D Saiazuan (boleh add kalau korang nak, aku approve kalau blogger je), yang melambangkan ketamakkan aku keatas duit (haha tak ada la, sebab aku suka watak Gol D Rodger dalam watak One Piece, jadi aku guna initial D dalam nama aku)

Lepas ni apa pulak orang nak cakap? "Pergh dah ramai member la tu, sebab tu buat fb baru, macam la aku tak tau" maybe??? Hurm, manusia kan, senjata paling hebat adalah lidah (sekarang keyboad la kot)..

Cukup la entry aku untuk sahur puasa hari ke10 ni, moga-moga lepas ni tak ada orang persoalkan "Hipokrit la kau ni, bulan puasa pun bajet nak tahan diri dari type ayat-ayat mencarut, tengok aku ni, aku bkn hipokrit wei.....bahasa kesat2 ni mmg dh kat tangan.....kah3...." masaalah-masaalah *geleng kepala


Ops sebelum terlupa, apa kata korang blogwalking ke blog follower aku ke 900, nuruldiana97


Selamat Beramal


-zuan-
p.s : alhamdulillah, bebapa bulan ni, semakin ramai kawan aku dapat dalam dunia blogging ni, harap kekal la macam ni, dan harap bukan kenal dalam dunia blogging je, thanks sebab support aku, terutama paday yang selalu komen dan visit blog aku.. sebenarnya aku begitu menjaga kualiti entry aku, dan secara jujur dekat draft aku ada dekat 50 entry aku tak publish lagi, sebab apa? Sebab aku risau kualiti entry tu tidak menepati kehendak pembaca aku, takut disebabkan 1 entry, hilang ramai readers, assalamualaikum~

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Search This Blog

Followers

Blog Archive