Popular Posts

Showing posts with label Masaalah Kita. Show all posts
Showing posts with label Masaalah Kita. Show all posts

> "Rajinnya Kau Update Blog"

HOlla Peeps,

Kebelakangan ni aku selalu ditegur kawan-kawan "Rajinnya kau update", "Aku dah baca update kau, ada update baru?" tapi betul ke apa yang diorang cakap? Ok sebenarnya ia suatu teguran dari kawan-kawan non-blogger aku, ia suatu sindiran sebenarnya.

Ia sebenarnya lebih ke bermaksud, "udah-udah la ping kat group tu, penuh wall aku dengan post kau"... Kenapa aku boleh fikir diorang cakap macam ni? Sebenarnya salah seorang kawan baik aku sendiri pernah tegur secara baik yang aku punya  post ke setiap blog ada terpampang dalam news feed diorang di facebook..

"Eh betul ke?" pada mulanya aku agak was-was, betul ke menyemakkan wall diorang? Maknanya jika aku ping 1 artikel di 5 group, akan berderet 5 post yang sama di news feed diorang, pada mula aku tak perasan, ye la, aku ada lebih 1k kawan kat facebook (yang majoritinya adalah membeber main game ketika aku addict main game dulu) mesti la tak nampak update aku sangat sebab kalau member ramai, banyak la update (seperti status update, etc..) dari member kan? Berbeza dengan orang yang ada member 500 je, mesti kurang update dan news feed doirang pun biasa je..

Awal-awal  aku agak geram la dengan teguran tu, ye la facebook aku, #sukati aku la nak update macam mana kan? Tapi, nak jaga hati member punya pasal (bukan hipokrit ya, manusia selalu salah definisi mengenai hipokrit) aku fikir satu solution..


Aku buat la satu akaun facebook baru, diberi nama Gol D Saiazuan (boleh add kalau korang nak, aku approve kalau blogger je), yang melambangkan ketamakkan aku keatas duit (haha tak ada la, sebab aku suka watak Gol D Rodger dalam watak One Piece, jadi aku guna initial D dalam nama aku)

Lepas ni apa pulak orang nak cakap? "Pergh dah ramai member la tu, sebab tu buat fb baru, macam la aku tak tau" maybe??? Hurm, manusia kan, senjata paling hebat adalah lidah (sekarang keyboad la kot)..

Cukup la entry aku untuk sahur puasa hari ke10 ni, moga-moga lepas ni tak ada orang persoalkan "Hipokrit la kau ni, bulan puasa pun bajet nak tahan diri dari type ayat-ayat mencarut, tengok aku ni, aku bkn hipokrit wei.....bahasa kesat2 ni mmg dh kat tangan.....kah3...." masaalah-masaalah *geleng kepala


Ops sebelum terlupa, apa kata korang blogwalking ke blog follower aku ke 900, nuruldiana97


Selamat Beramal


-zuan-
p.s : alhamdulillah, bebapa bulan ni, semakin ramai kawan aku dapat dalam dunia blogging ni, harap kekal la macam ni, dan harap bukan kenal dalam dunia blogging je, thanks sebab support aku, terutama paday yang selalu komen dan visit blog aku.. sebenarnya aku begitu menjaga kualiti entry aku, dan secara jujur dekat draft aku ada dekat 50 entry aku tak publish lagi, sebab apa? Sebab aku risau kualiti entry tu tidak menepati kehendak pembaca aku, takut disebabkan 1 entry, hilang ramai readers, assalamualaikum~

> Mencuri Selipar Budaya Siapa?

HOlla Peeps,

Selepai selesai berdoa, keluar dari pintu masjid, tengok kat rak kasut, "Eh, mana selipar aku? Hmm.. kena rembat lagi la ni, kali ke 26 dah ni" sambil geleng kepala~ Jadi isu hilang selipar lagi la.. #LOL!!! Tapi perlu ke kita menghina dan memaki "si pencuri" selipar? Mungkin perlu, mungkin tidak.. Kenapa tidak pulak? Bukankan dia dah curi selipar kita? Nak balik dengan apa? Kaki ayam? "Bak mai sini selipar quickquack kau" Ok, mungkin 'dia' TERsalah ambek, dia terambik selipar kita, logik? Mungkin jugan selipar kita terlalu cantik tertarik dan da bomb, dan ia membuatkan "si pencuri" selipar berfikir untuk mengambilnya (nak beli tak mampu)?




antara jenama selipar yang 'popular'

Mengikut pengalaman aku kena "curik" selipar (kena curik, bukan curik ya) di masjid dan surau, masaalah ini boleh diatasi.. Ya, boleh diATASI (fuhhh~)!!! 11 Cara Mengelakkan Selipar Hilang:




sumber seliparJEPUN
  1. Gunakan selipar yang tiada brand (cap ayam digalakkan~) jangan gunakan selipar berjenama (seperti niki, adikenadas, pulamak, dan sebagainya), dan jangan gunakan selipar berjenama facebook..

  2. Gunakan terompah (Biasa diamalkan atuk-atuk)!! Ya, kemungkinan dicuri adalah 0.0000001% (kalau kena rembat gak, ada something wrong la dengan wayar "si pencuri")

  3. Pakai 2 selepar berbeza.. Macam mana? Sebelah kanan selipar lain, sebelah kiri selipar lain.. Si pencuri akan confuse dengan trick ini..

  4. Sila manga atau rantaikan selipar anda (menggunakan sekurang-kurangnya 5 jenis manga).

  5. Mencadangkan kepada pihak surau atau masjid menampal tanda "Dilarang Mencuri Selipar, Dosa tau mencuri selipar ni". Letakkan juga tanda hak milik anda di selipar anda.

  6. Kadang-kadang orang tersalah ambek, dia ingat selipar dia.. Jadi pakai selipar buatan sendiri (Macam gambar selipar botol kat atas).. 

  7. Gunakan selipar berwarna pink!

  8. Jangan risaukan keadaan selipar anda, kalau anda risau, ia mungkin dalam keadaan tidak selamat.

  9. Sorokkan selipar anda di dalam tong sampah!

  10. Salah satu yang aku sarankan, gunakan selipar bersaiz besar (paling besar digalakkan), si pencuri menginginkan selipar yang berjenama dan bersaiz fit dengan kaki mereka, jadi kalau saiz besar, kebarangkalian fit tu dah berkurangan.

  11. JANGAN pakai selipar pergi surau atau masjid, konfirm tak kena curik..





sumber google
Dan akhir sekali, janganlah amalkan budaya membenci 'pencuri selipar', tak elok benci membenci ni (setiap yang baik dibalas baik, dan sebaliknya), tengok aku ni (bajet gilerrrr), dah 26 kali selipar kena rembat (tu tipu, baru 3 kali), geleng kepala je, tak de pun maki diorang.. Ops, jika ada ada komen dan cadangan bernas, sila tinggalknnya di bawah, arigatou~


-zuan-
p.s : kering pulak tekak membebel kat entry kali ni..
ops ramai salah paham ingat selipar aku kena rambat.. #LOL :D
 

> Konspirasi Panas Duit Syiling Siri Ke-3 Malaysia?

HOlla Peeps,



SILA BACA SAMPAI HABIS UNTUK ELAK LOST DARI TREK SEBENAR~
SATU KONSPIRASI ATAU KEBETULAN?  




Rasanya ramai yang dah sedar dan tahu tentang Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga yang akan diedarkan awal tahun hadapan (berita lanjut di sini) mengantikan syiling yang kita telah gunakan sekarang (lebih kurang 20 tahun dengan design yang sama) Dikatakan keunikkan yang mencorak budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk duit syiling Malaysia siri ketiga ini. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', reka bentuk baharu duit syiling ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali.





SUMBER BNM
  • Sekarang, kita fokus kepada ciri-ciri syiling 10 sen sahaja (untuk maklumat dan ciri-ciri syiling lain di sini)





10 sen
Motif Orang Asli
Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.

  • Ok, clear dengan penerangan yang diberikan? Jom berkenalan dengan Puak Mah Meri pulak :






Kenal puak Mah Meri? (sumber)

Mah Meri adalah suku orang asli yang tinggal di Semenanjung Malaysia di kawasan Pulau Carey.Mah Meri bermaksud "Orang Hutan", dan puak ini dikenali sebagai "Orang Laut" kerana diorng tinggal di tepi laut dan menjadi nelayan.. Tapi menjadi nelayan bukan seni mereka, kerana kehebatan mereka adalah pada seni ukiran, ukiran mereka berbentuk dewa-dewi, manusia, alam flora fauna. Dan percya atau tidak patung-patung rekaan diorang mendapat pengiktirafan UNESCO! 
  • Clear dengan pengenalan ke kaum Mah Meri? (Klik mana-mana link untuk maklumat lajut)





(sumber google)




 Sumber ilham yang diabadikan dalam ciri-ciri dan reka bentuk syiling 10 sen (sumber)


Ready untuk CLIMAX??? 

Ini bukan kisah mengenai kedatangan Dajjal di Malaysia, dan sudah pasti ramai yang sedar dan dah tengok video The Arrival dan sebagainya yang berkaitan ngan konspirasi Dajjal.. Tapi ini mungkin menjadi satu konspirasi panas dalam Malaysia yang mana kita diami sekarang..




sumber
Menjadi persoalan di dalam minda semua rakyat Malaysia yang baru perasan akan tanda bendera Israel (termasuk aku yang baru perasan petang tadi) pada Duit Syiling Siri Ke-3 dan ini dikonsider ISU SENSITIVE pada rakyat Malaysia yang beragama Islam!!! 
Kenapa ada ciri-ciri bendera ISRAEL?
Ok, JIKA di SENGET kan sedikit memang betul ada lambang bendera Israel (Berkonsepkan Bintang Daud / Star of David, memang melambangkan Israel),
Bagi orang seni, kebebasan berseni sudah hilang jika isu bendera di persoalkn sebegitu rupa bukan? (Rujuk balik seni orang asli Mah Meri)
Tapi walaupun itu adalah seni, agama come 1st right??? Kita semua perlu setuju dan hormat yang agama (Agama Islam terutamaya) adalah priority dalam diri kita..
 

Ada juga satu komen panas mengenai entry dari noktahhitam berbunyi :
"praise yahweh
as a malaysian jew i love this new design. i have long waited for the Boatech and Yim.Bukkar to show their influence in malaysia
many of us work in malaysia and none of you know we control how malaysia work
long live the torah
and day now the cleansing power of elohim will rid malaysia of the fallacies of mohammed the liar
bret el yim.. yahweh bir neil
hail israel. we are the chosen people"
Menunjukkan si pengomen merupakan Jews yang tinggal dalam Malaysia (Yang aku tahu orng Israel memang tak dibenarkan masuk Malaysia, melainkan kes Benayoun pemain Chelsea dulu, Tapi bagaimana kes Jews???) dan menjadi antara tunggang kuat dalam perkembangan ekonomi kita (Mengawal kita).. Dia juga menyatakan Muhammad seorang penipu!!! dan Mereka adalah umat yang terpilih.. (Tolong jangan sentuh isu POLITIK)




Ada beberapa pendapat aku tentang isu ini :
  • Mungkin design itu tidak disengajakan (daya imaginasi yang tinggi barangkali) kerana dah diterangkan kat atas yang ia (ciri-ciri syiling 10 sen Siri Ke Tiga Malaysia) adalah sumber ispirasi dari hasil seni orang asli.

  • Kalau betul disengajakan, apa kata korang jangan terima langsung syiling tu? Kalau orang bagi, mintak 5 sen dua keping, boleh? 

  • Mungkin juga satu konspirasi Israel dalam negara kita, jadi tak heran la sebab banyak je barangan diorang kita dah guna hari-hari. 

  • Dah banyak sangat konspirasi mengenai ini dalam negara kita, lebih baik tutup mulut atau sebarkan? Kalau kita sebarkan, ada orang ikut tak apa yang kita cakap kalau kita sendiri pun tak boleh lari dari apa yang kita jalani seharian (Terjerebak dengan konspirasi mereka secara tak sengaja seperti FACEBOOK?)?

  • Bila ditengok balik betul-betul pada syiling 10sen, ada sedikit senget pada angle bentuk seperti bendera Israel tu. Perhatikan bendera Israel pula, senget macam tu tak? Lurus je sisi dia (hasil zoom in aku)..Perhatikan balik pada gambar nenek dekat atas (Puak Mah Meri) betul-betul dekat dengan baju dia ada simbol (kraft daun berwarna kuning) sama dengan simbol pada syiling, bukan pada bendera Israel (terdapat perbezaan pada bucu dan bentuk kalau diteliti).. 


  • Apa kata kita tunggu maklum balas dari Bank Negara Malaysia sendiri berkenaan isu ini..




B
O
I
K
O
T



BOIKOT!!!
(tak pasti ini produk Israel, sumber google)




Dah menjadi barang kegunaan harian kita, nak harap anak tempatan invent sendiri, bila???Sebagai contoh KFC, fast food kegemaran majoriti rakyat Malaysia, terutama sekali yang bekeluarga.. Aku sebagai salah seorang fans Arsenal pun terkejut bila nampak badge Arsenal ada dalam gambar ni (Padahal dalam Arsenal ramai player beragama Islam)..
Pakai dengan niat yang baik, iaitu untuk keperluan.. 
Mungkin betul ia menyalurkan kepada Israel, mungkin tidak... :)


-zuan-
p.s :  total credit kepada semua link yang aku nyatakan.. Jika tiada harap maaf, dan mungkin secara tak sengaja sama dengan pihak lain.. Semua huraian aku berdasarkan sumber yang aku jumpa, thanks to google.. Tiada tokok tambah melainkan huraian dan pandangan aku sendiri
segala kritikkan dan pandangan tambahan diterima secara positive... Ini bukan satu bentuk fitnah terhadap BNM, just share information.. Dan pada aku Syiling 10 Sen Siri ke Tiga Malaysia tidak sama dengan bendera Israel sama sekali..

> Aku Hampir Sesat

HOlla Peeps,




Melihat salah satu papercraft ciptaan aku..
Membuatkan aku teringat sesuat yang hampir membuatkan aku menitis air mata..
Bukan kisah sedih atau simpati si hati lembut ku inginkkan..
Bukan publisiti si gedik mengadu nasib badan..
Bukan juga kisah dongeng si prejudis dengan si naif..
Buka juga kisah cendawan baru mendapat payung si pecinta kecantikkan dunia..

Kalau bukan apa dia?
Mungkin cebisan silang kata yang masih tergantung soalnya...
Mungkin juga kisah robot yang hanya menjalankn tugas yang diberikan tuannya tanpa mengenal erti penat, tanpa mengenal erti kehidupan sebenar..
Si robot ini tidak mendapat ganjaran atas apa yang dikerjakannya..
Tapi adakah dia merungut?


Adakah dia menangis kepenatan menjalankn kerjanya?
Sepanjang kerjanya tiada silap..
Tetapi akibat sedikit silap dia dipinggirkan..
Sedikit silap dia dibenci..
Mungkin kerana rupanya yang semakin hodoh dimamah usia..
Robot cendawan baru semakin mendapat tempat di hati tuannya..


Menjadi kebiasaan manusia mencintai yang cantik luaran, bukan dalaman..
Menjadi kebiasaan manusia akhir zaman mencintai yang baru dan yang merosakkan mata hati..
 Menjadi suatu kebingungan juga apabila yang kualiti disisihkan..
yang sampah dimahkotakan akibat cebisan kasihan kepada mereka..
mungkin akibat kecomelan juga mereka di hipnotasi oleh mata hati si busuk hati..



Keseronokkan dan hiburan membawa kelalaian,
Berfesyen membawa kepada pembaziran,
Keseksian si gadis melemahkan nafsu si lelaki,
dan disini mereka bertapak mempengaruh minda kita yang rapuh...





-zuan-
p.s : manusia kini begitu leka dengan maya tanpa endahkan sesuatu yang selamanya akan kita diami, ingatan untuk diriku dan dirimu.. mungkin suatu hari nanti ketika ku hembuskan nafas terakhir, baru mereka ingati apa yang aku karangi.. Selamat menyambut bulan ramadhan

> Aku Seperti Di Atas Jambatan Gantung Menanti Roboh

HOlla Peeps,


-zuan-
p.s : bayangkan cendawan baru tumbuh lalui jambatan yang semakin usang.. dengan ke mentahan mereka, dengan kata-kata kurang matang mereka, mereka hanya dapat ikhsan dari mereka yang berhati lembut, mereka semakin ego dengan setiap langkah mereka tanpa sedar siapa di belakang mereka, dan apabila mereka di tengah, tanpa memandang ke bawah , mereka tidak sedar yang langkah mereka sampai disitu sahaja




> Saiz Bukan Masaalah

HOlla Peeps,

Ramai yang merungut mempunyai saiz badan yang besar dan kurang yakin dengan keterampilan mereka.. Anda bagai mana? Saya ada penyelesaian, (dengan gaya rambut cendawan), anda akan dapat 'Baik Punya~' rawatan (sambil tunjuk tanda 'good')


INI BUKAN IKLAN MENGURUSKAN BADAN!!! (Tak ada payment pun kalau buat)



Kenal Adele? Pada yang kenal dia mesti tau kehebatan suara dan lagu-lagu gadis cantik molek ini.. Beliau membuktikan size doesn't matter!!! Membuktikan walaupun  badan bersaiz besar tidak mustahil untuk berjaya dengan bakat yang ada pada dirinya..
Rolling in the deep~


Tak semestinya luaran besar, isi nya pun besar..
Tak semestinya luarannya nampak sedap, isinya nampak sedap..

Jadi kepada pemakai baju ni, boleh simpan dalam almari ye.. #lol


Anikin juga membuktikan saiz besar tak semestinya tak  boleh bergaya


Jadi saiz bukan masaalah :)
Semua orang boleh berjaya



-zuan-
p.s :  no more wordless for today 

> Prejudge in My Mind

HOlla Peeps,

Prejudge atau Prejudis dalam bahasa Melayu bermaksud menyatakan sesuatu tanpa usul periksa atau menghukum tanpa bukti kukuh.. Ia adalah sesuatu yang agak 'normal' dalam kehidupan manusia sekarang..


"Pergh layan lagu Sofea Jane siot, giler jiwang mamat ni.."


Ok dialog kat atas merupakan contoh prejudge, tapi pada asalnya adakah kawan (Assume dia adalah Seth Tan) dia ni jiwang? Macam mana perasaan Seth Tan ni bila kawan (Assume dia ni Adam) dia cakap macam tu? Mungkin Seth Tan dengar lagu tu sebab dia suka suara Black, dan mungkin juga dia minat Sofea Jane. Ada banyak kemungkinan disitu, tapi Seth Tan akan terus membuat statement yang Seth Tan adalah Jiwang..

Aku pernah membuat public speaking pasal Dangerous of Ethnocentrism. Ok apa pula ethnocentrism? Ia adalah sifat kebangaan dalam diri sendiri dengan menyatakan etnik atau culture dia adalah yang terbaik sekali, atau terlalu taksub dengan budaya sendiri.. Sebagai contoh :


"Makan pakai tangan? Kotor la kau ni!!! Pakai la sudu macam kitorang ni, kan bersih"


Ok dialog atas pula adalah kata-kata Paul (watak rekaan) kepada Wan (watak rekaan juga) apabila Wan makan nasi pakai tangan tapi adakah betul makan pakai tangan itu kotor? Dalam dialog ni ada elemen prejudge dalam ethnocentrism, dimana Paul membuat kenyataan yang makan pakai tangan (budaya melayu kita) itu kotor dan makan pakai sudu (yang mana adalah budaya mereka) adalah bersih, anda sokong statement Paul?

Ok tengok macam mana Wan dengan cool nye membalas kata-kata Paul:


"Ada sebab kenapa aku makan pakai tangan ni Paul, pertama sekali, aku rasa tangan aku ni dah cukup bersih kerana aku dah basuh tangan aku ni sendiri. Yang keduanya, aku pasti tangan aku ni bersih sebab hanya aku sorang je pakai tangan ni, dan tak ada siapa yang pernah pakai tangan aku sebelum ni. Yang ketiganya, aku pasti tangan aku ni bersih sebab tangan aku tak jatuh ke dalam longkang.."


Tengok macam mana Wan membalas kata-kata Paul dengan mengunakan logik. Dan selepas tu, Paul pun makan menggunakan tangan.. hehe..

Ada banyak cara nak atasi mentaliti Prejudis ni, salah satunya mengukana logik yang digunakan Wan tadi.. Tak perlu berdebat untuk menang, hanya main dengan logik je dah cukup.. Slalunya orang pejudis sebab dari kecik dah tertanam mentaliti negative macam tu (semuanya bermula waktu kecik, "Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya"). Why not buang sikap "Ala, gurau je la..hehe", "Memang betul pun semua tu" sebab kita tak tau pe dalam hati orang yang kira judge tu, kalau betul pun jangan la "judge book by its cover" coz the content maybe different.. Kita sebagai pelapis generasi, perlu buang sikat prejudis ni kalau tak nak berlaku permusuhan.


Open Minded salah satu solution yang aku boleh utarakan, means terima positif apa yang ada disekeliling as long as ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam kita..

So, macam mana pula jawapan Seth Tan kepada Adam? 


-zuan-
p.s : tertiba terlintas nak share ni dengan korang.. My personal writing, takde copy paste ok..hehe.. Ak ada buat public speaking pasal topik ethnocentrism dulu, dan prejudge ni salah satu yang terselit dalam tu..


bila fikir balik, agak bersifat kebeliaan topik kali ni, tapi tak pe la as long as it benefits others..





> Kutuk Mengutuk Budaya Siapa?

HOlla Peeps,

ni header 1st aku (Jun 2009)

Di suatu petang yang langitnya berwarna kebiruan dan terdengar bunyi burung-burung mengorat antara satu sama lain, terengar pula celoteh empat sahabat : 


Manu : Wei tah apa-apa la team kau ni, harap ada meriam je bukan power pun!!! Tengok team aku ni ada orang bertanduk merah lagi baru power!!!

Ahsengal : Ala setakat orang bertanduk merah tu apa la sangat, sekali aku letupkan meriam aku bukan je orang bertanduk merah, singa biru pun meletup tau hahahaha

Silaut : Wah wah wah.. ingat senang-senang je meriam buruk tu punya peluru nak kena singa biru aku? Wei sekali libas dengan togkat la, terus melayang kena burung merah yang terbang tak tinggi mana tu

Lipul : Eh aku yang dok diam diam ni pun kena? Korang ni tak de kerja lain ke? Dok kutuk-kutuk sama sendiri je kerja.. Cuba la buat kerja berfaedah sikit.. Ni idak, dok mengutuk je kerja.. Ce korang dok bincang-bincang pasal wawasan, korang tak ada wawasan? Ala wawasan 2020 la.. Ish~


Manu, Ahsengal dan Silaut terdiam terfikirkan kembali kata-kata Lipul...




-zuan-
p.s : kutuk mengutuk dah lama tertanam dalam mentaliti kita semua termasuk aku sendiri..Best tak kena kutuk? Mesti bengang kan? xpe cool down :D
So kalau kena puji pulak? Mesti Syok kan? kembang abis la~  

> ZDialog : Budi Bahasa Budaya Siapa?

HOlla Peeps,


JPJ Rookie : "WOI yang kat belakang tu, apasal KAU tak pakai seatbelt?"
Mangsa 2 : "Saya ingat nak kena keluar tadi bang"
JPJ Rookie : "KAU nak keluar pergi mana? Kencing?" menengking driver pulak "Ni pasang bumbung ni ada surat? Mana surat????"
Mangsa 1 : "Takkan la saya nak keluar jalan-jalan pun nak kena bawak surat?" cakap dengan baik-baik
JPJ Rookie : "Bangang la kau ni, photostat la, tak leh? Tu pun nak kena ajar?"
Mangsa 1 : "Ha, ok-ok, nanti saya photostat"
JPJ Rookie : "Banyak duit kau, pasang bumper semua, mesti abis duit bapak kau kau sebat kan?"
Mangsa 1 : "Ni kereta second hand bang, saya beli dah semua macam ni, Selama saya bawak tak ada sapa-sapa pun tengking saya cakap tak boleh pasang bumper, tak leh buat bumbung.."
JPJ Rookie : "Dah kau blah r, sok aku nak kau pergi JPJ tempat kau buat inspection!!!"

-zuan-
p.s :  siapa yang kurang ajar? Dia pergi sekolah tak agak-agak? Berlaku 4 hari lepas dalam perjalanan pulang dari putrajaya..
tak ada niat nak burukkan sesiapa, just share pengalaman dengan semua~

Popular Posts

Search This Blog

Followers

Blog Archive