Dah tengok KL Gangster? Pada aq, ni salah satu filem Malaysia arahan Syamsul Yusuf yang perlu anda tonton tahun ini!!! Kenapa aq ckp macam tu? OK layan sinopsis ni dlu :
"Menceritakan kisah dari adik beradik yang terlibat dalam dunia gangsterism.Malek (Aaron Aziz) dipenjara selama lima tahun selepas dikhianati oleh geng sendiri yang dimulakan oleh Shark (Syamsul),saudara langkah dari gangster yang paling berpengaruh di Kuala Lumpur,King (Ridzuan Hashim). Malek yang menginginkan hidup normal selepas dibebaskan, ditarik kembali ke dunia yang ditinggalkannya setelah bertahun-tahun. Terutama kerana adiknya Jai (Adyputra) dipengaruhi oleh gangster dan memutuskan untuk bekerja untuk Shark membawa semuanya jadi dalam kekacauan."
Dengan durasi filem selama 1 jam dan 21 minit, bergenre Aksi, dan salah satu lagi filem produksi berjaya dari SKOP PRODUCTIONS, filem ini mampu meraih kejayaan besar dari segi kutipan dan anugerah (barangkali)! Kenapa aq cakap macam tu?
Storyline : Aq suka jalan cerita filem ni, dia tidak terlalu melalut panjang. Ia tersusun dan mudah difahami.
Humor : Komedi dah tak boleh diabaikan dalam sesebuah filem, sebab pada aq crita tu akan jd kosong tanpa komedi, dan dengan adanya Zizan, memang komedi menjadi walaupn keadaan tengah tegang.
Aksi : Aq bukanlah peminat filem aksi, tapi pada aq aksi gaduh dalam filem ni setanding dengan filem-filem aksi dari Hong Kong (Jackie Chan dan sebagainya).
Mesej : Sesuatu cerita perlu ada mesej yang ingin disampaikan kepada penonton, antaranya adalah tanggungjawab terhadap keluarga (walaupun Malik ni jahat pada awalnya, tp dia masih tak lupa akan mak dan adik-adiknya), Setia kawan, 'justice win at the end', dan banyak lagi.
Pelakon : Pilihan pelakon untuk cerita ni bagus pada aq, setiap karaktor berjaya dihidupkan, cuma pada aq, Syamsul tu patut fokus dengan directing je la, it would be better. Cuma lain kali kalau nk buat crita gangster2 macm ni, banyakkan lagi la pelakon tambahan sebab part fight tu terlalu fokus dekat main charactor dan mengabaikan pelakon tambahan (gangster kan besar? bukan patut ahli pun banyak ke?)
Lain-lain : Music untuk setiap aksi dan drama untuk crita ni sangat sesuai dan tersusun. Latar tempat shooting filem ini juga sangat baik, KL!!! Costume dan mekap pun ok, stiap karaktor nampak garang dan sepadan dengan pakain dan gaya rambut masing-masing
RATING : 8/10 (filem ni antara filem Malaysia paling best pernah aq tengok dan berbaloi tengok dua kali)
-zuan-
p.s aq slalu perbagaikan cara aq tulis movie review untuk memastikan setiap movie review aq menepati apa yang diinginkan pembaca.. next review > Super 8
No comments:
Post a Comment