Dah pertengahan bulan July baru aku mengada nak masuk contest SEO ni, "Memang tengah tak ada kerja la ni"
"Contest apa ni?" contest SEO..
"Contest apa?" contest SEO..
"Contest apa?" contest SEO yang dianjurkan 2dayblogger la..
"Apa itu?" Klik sini, atau mau kena sengat? hehe xD
Ada 3 kategori yang dipertandingkan iaitu :
- Buat Duit Dengan Blog
- Tip Blogging Terbaik
- Aku Seorang Blogger
dan kontest SEO Jun 2011 bermula |
Ok yang 1 dan 2 memang aku tak tau nak tulis apa.. Nak bagi tips? Jauh sesat semua bloggers nanti.. Buat duit? Ermm... tak banyak nak share (tak ada pun sebenarnya). Thanks to 2DayBlogger dan rakan-rakan sponsor yang lain kerana sudi bagi peluang kat blogger-blogger join contest ni dalam masa yang sama menambah semangat untuk bertanding, semangat berusaha untuk sesuati dan yang penting pengalaman.. Apa contest SEO ni? Ia adalaha kontest dimana mencari top 3 bagi setiap keyword yang dipertandingkan di search carian google akan dikira sebagai pemenang. Syara-syarat kontest SEO 2DayBlogger Jun 2011 ada di sini..
“Contest SEO ini telah dianjurkan oleh Blog 2DayBlogger.Com dengan kerjasama blog upprofits, lepak dan broframestone. Manakala hadiah telah disponsor oleh 2DayBlogger,upprofits,broframestone , MJ,MySuperKids,Muje , Puan Bee, Ellen, DenaiHati, k-worlds, hairulazni, ummihanie, dnsblog“.
AKU SEORANG BLOGGER
Bila dicedok kembali detik permulaan aku blogging, aku mula terfikir(adakah aku seorang blogger?), waktu tu "kenapa aku blogging?" sebab tak pernah ada sebab pun kenapa aku blogging time tu, sampai la aku sedar yang blog ni Boleh Buat Duit.. Ok, aku tak tau pun boleh buat duit sebelum ni, sampai la Desember tahun lepas, waktu tu kawan aku kenalkan aku dengan Nuffnang.. "Pe tu?" memang banyak tanda soalan kat atas kepala aku, tu belum dalam kepala lagi.. Ok, niat asal aku blogging SEBELUM kenal nuff ni, dan SELEPAS aku dapat idea mengenai apa konsep blog yang aku nak buat, iaitu, KOMIK, HIBURAN, TEKNOLOGI, dan PERSONAL.. Dan setakat ni, aku rasa aku dapat capai semua ni (Teknologi je belum kuat lagi) Tapi tak apa la kan "pelan-pelan kayuh" bak kata Umi aku..
Selepas 2 tahun blogging (Sejak Jun 2009), Alhamdulillah aku dah ada 670 kawan-kawan blogging (Aku suka panggil kawan-kawan daripada follower), dan lebih kurang 269 entry aku dah tulis.. Satu pencapaian yang membanggakan pada aku, Seorang Blogger (Maaf, aku tak ada tips blogging terbaik)..Ops, lupa nak cerita pasal nama blog, Saiazuan Blog nama diberi.. Hmm.. tak banyak yang istimewa sebab url blog ni lain sebenarnya http://eleventx.blogspot.com/ lain kan? Saiazuan tu nama aku (Aku tuka ejaan nama tu supaya ia unik.. ejaan nama aku yang sebenar, Syazwan).. Eleventx pulak?? Ok, aku suka nombor 11, jadi aku letak eleven, tapi eleven tu simple dan tak unik, aku suka unik, aku letak tx kat belakang... Kenapa tx? Entah la, nampak cool je.. hehe
Sepanjang blogging ni, aku pernah dapa Tiket Premiere Screening Transformers 3, awal bulan lepas pula aku dapat Bloggers Sports Gathering di City Golf anjuran Nuffnang.. Dan semalam aku dapat pass untuk ke MTV World Stage pada ahad ni di iCity.. Lets Rock, dan di situ aku semakin kuat mengatakan yang aku seorang blogger.
Sepanjang blogging ni, aku pernah dapa Tiket Premiere Screening Transformers 3, awal bulan lepas pula aku dapat Bloggers Sports Gathering di City Golf anjuran Nuffnang.. Dan semalam aku dapat pass untuk ke MTV World Stage pada ahad ni di iCity.. Lets Rock, dan di situ aku semakin kuat mengatakan yang aku seorang blogger.
Seronok bila ada ramai yang baca blog aku, komen blog aku, dan sokong blog aku dari semasa ke semasa, jadi dari situ aku mula hargai semua kawan-kawan blogging... Aku adalah aku, jadi dalam dunia blog dan dunia sebenar, ini lah aku.. Tak ada sikap hipokrit, talam dua muka atau sebagainya (Puji diri sendiri pulak) Tapi ini la hakikat diri aku yang sebenar.. Aku selalu luahkan pendapat aku tentang dunia sekarang di blog aku dan cuba mendapat respon dari pembaca-pembaca dikalangan kawan-kawan aku.. Walaupun aku kenal di dunya nyata sahaja, aku percaya mereka.. Sebab Aku Seorang Blogger..
-zuan-
p.s : join contest ni untuk pengalaman dan tambah kenalan, kalau menang pun, itu adalah rezeki dari Allah S.W.T. :)
No comments:
Post a Comment