Popular Posts

> My Story : Pertarungan Antara Gajah Dan Ular



Cuaca yang dingin di petang hari sambil diiringi bunyi burung Hantu dan burung Cak Rumah.. "Ohhh sungguh tenang petang ini" Kata Averil Levis-Gine (Pelakon Sambilan Dari Kedai Basri Jaya) kepada Chuck Tukang-Jahit (Juga Pelakon Sambilan Dari Kedai Basri Jaya) sambil membelai-belai tangan kekasihnya itu tanpa menyedari batas-batas pergaulan di dalam Islam.. Tiba-tiba.... 

JENG JENG JENG!!! 
(Musik Filem P.Ramlee Kedengaran Di Set, dan Setting warna bertukar ke setting filem klasik Grayscale digunakan, owh sungguh klasik setting cerita kali ini)

Cuaca berubah mendung, awan bertukar warna (Seperti Efek Yang Telah Diletakkan Dengan Menggunakan Perisian Canggih - After Effect), Kilat sabung meyabung (Mengalahkan Bunyi Ayam Ketek Sabung), dan awan mula terbelah (Geng Awan Dania terpaksa berehat petang ni).. Semua sudah mendapat tahu, yang sesuatu akan berlaku petang itu. Sesuatu yang bakal ditulis dan dipelajari di dalam buku sejarah Tingkatan 4, dan diceritakan kepada pelancong dari negara luar supaya menjadi daya tarikkan pelancong ke Malaysia.. Sesuatu yang bakal dirakam menggunakan kamera telefon bimbit, dan mungkin kamera filem besar dan akan diupload di Utube dan akan dikomen dan di kongsi pengguna Facebook dan Twitter yang mana mungkin dikomen oleh The Rock dan Bruno Mars di laman Twitter mereka.

Okay, berbalik kepada Situasi yang berlaku sekarang... Ia melibatkan pertarungan Epik dan penuh Kontroversi (Yang Mungkin Menjadi Perbualan Di Surat Khabar, mengatasi Highlight kenaikkan harga Minyak dan Kes Mahkamah Yang Tiada Penyelesaian) antara Dua Jagoan...........................................................................................................

Bermain pimpong dengan muka ketat (seperti getah spenda) merupakan kebiasaan Musalman (Lakonan Mantap Pemuda Dari Senawang Bernama Moh D Adzuad) diketika membalas setiap pukulan lawannya.. Salah satu lawan yang masih sukar untuk ditewaskannya, Merong (Lakonan Pelakon Serba Tak Kena, Muhamma D Saiazuan)... Dan menjadi kebiasaan setiap pertarungan mereka akan disiarkan secara Siaran Ulangan di Kaca Televisyen Tempatan (Yang Lebih Kepada, Bersifat Kerajaan) dan tidak pernah sesekali berjaya keluar ke siaran luar negara (Kurang Swasta Barangkali, dan Kurang Pengaruh Shebby Singh), dan akan menjadi bahan bualan Kumpulan Makcik Sepah di petang hari, tetapi mungkin kali ini menjadi kelainan.... 

Apa yang menghairankan, Merong selalu korek hidung ketika memberi servis kepada Musalman, mungkin itu antara sebab Musalman membalas serangan dengan muka ketat dan senyap sahaja sepanjang perlawanan, dan apa yang keluar dari mulut Musalman hanyalah "uuuh!!", "auuch!!!" dan "aahhhh!!!"..... Beberapa sahabat yang setia berada di untuk menonton perlawanan getir ini (Sambil Menjadi Si Pengutip Bola Tanpa Bayaran) adalah Karim (Dilakonkan Oleh Lakonan Comel Dan Selamba, Moh-D Mimi), Mamat (Dilakonkan Oleh Pelakon Yang Selalu Berlari Ketika Pengambaran Filem, Fiq Sengget), dan Usop (Lakonan Tokoh POLITIK Tempatan Yang Suka Jual Minyak, Ehkesian).
gambaran pelukis mengenai perlawanan yang berlaku

Perlawanan berterusan selama 3 hari 3 malam, lebih lama dari perlawanan Tuah dan Jebat kerana mereka banyak berehat sambil menikmati Coolblog dan berbual mengenai Blog milik masing-masing dengan bangganya. Dan pada hari ke-4, masing-masing memutuskan untuk mengakhiri perlawanan mereka dengan satu bola dan satu mata sahaja.. Syaratnya, mereka perlu memukul bola pimpong tanpa menggunakan Bet pimpong, dan hanya menggunakan tapak tangan mereka sendiri... Jika dilihat dengan mata kasar, Musalman mempunyai kelebihan berbanding Merong kerana Musalman mempunyai tapak tangan yang besar (Kerana Banyak Membuat Kerja Memasak, dan Banyak ke Gym Untuk Teman Adiknya Membina Badan) berbanding Merong yang hanya mempunyai tapak tangan lembut (Kerana Kanyak Menaip di Papan Kekunci)...

Bola dilepaskan dari atas udara dengan ketinggian 7 kaki 5 cm, bola jatuh ke kawasan Merong selepas terkena Net, dan merupakan satu kelebihan untuk Merong membuat pukulan Ace untuk mendapatkan mata penyudah, Merong memberi tamparan kuat keatas bola tersebut sehingga merah tangan Merong dengan penuh bangga dan yakin yang Musalman akan gagal untuk membalas pukulannya, terapi Musalman dengan muka selamba, membalas pukulan Merong dengan penuh style, Merong pula kini dalam situasi berpeluh-peluh seperti duduk di Kawasan Paling Panas Di Malaysia untuk mebalas pukulan balas Musalman kerana tangan Merong masih merah (Memberi tanda yang Merong akan kecundang) tetapi dengan sesuatu yang tidak disangka-sangka (Magik dan Tiada Logika biasa berlaku di dalam filem Tempatan dan Luar Negara) suatu aura Haki (Tiada kaitan dengan kuasa Haki Dalam One Piece) dilepaskan Merong menyebabkan bola terpantul balik ke kawasan Musalman... 

Berang dengan kuasa yang digunakan Merong, Musalman mengambil keputusan untuk mengeluarkan Chakra Kyubi miliknya (Juga tiada kaitan dengan Uzumaki Naruto), ekor 9 dikeluarkan untuk membalas aura Haki milik Merong... Sekarang Bola berpantul-pantul dari kawasan Musalman ke kawasan Merong, dan dari kawasan Merong ke kawasan Musalman, dan pantul kembali dari Musalman ke kawasan Merong, dan dari kawasan Merong ke kawasan Musalman, dan pantul kembali dari Musalman ke kawasan Merong, dan dari kawasan Merong ke kawasan Musalman, dan pantul kembali dari Musalman ke kawasan Merong, dan dari kawasan Merong ke kawasan Musalman selama 7 minit 59 saat dan bola masih belum jatuh!!! 


Penonton-penonton mula tidak senang duduk.. Helikopter mula mencari stesen minyak.. Ais Krim Malaysia mula kehabisan stok.. Ikan sudah habis untuk dibakar.. Musik tiada lagi rentaknya disaat Justin Beiber menyanyikan Never Say Never.. Telefon kehabisan bateri dan iPad mula meragam.. Sotong Paul mula berenang-renang liar di dalam akuarium kerana sudah tiada upaya untuk meramal pemenang.. Si pengguna deodorant Rexona mula berpeluh-peluh busuk.. Signal WiFi sudah tidak kesampaian.. Jalan tar sudah bertukar warna ke cokelat.. Rumah-rumah sudah menampakkan batanya.. Pokok tiada lagi irama sonata musim panas.. Kumbang mula melupakan Bunganya..

gambaran pelukis mengenai situasi pertarungan

dan disaat itu... 

disaat itu...........

Muncul penyelamat....

Penyelamat yang mungkin akan menamatkan pertarungan ini....

Penyelamat yang akan mencipta sejarah, juga boleh menyebab kan penonton mengata "aaaaaaaaah~"

Di sebalik jelebu yang mula melanda kawasan pertarungan (akibat pembakaran terbuka manusia akhir zaman) muncul bayang yang masih samar-samar figura nya.. langkah demi langkah diambil.. Kelihatan dua orang sedang menuju ke kawasan pertarungan.. Figura kedua-dua mereka masih samar-samar, dan apa yang dengar adalah bunyi tapak kasut mereka... Penonton kaku, pokok tidak lagi bergoyang, Paul juga sudah terdiam... Siapakan figura 2 manusia ini??? Apakah kaitan mereka dengan 2 Jagoan sehinggakan semua kaku???? Akan adakah perkataan "bersambung..."?????

Musik mula dengan sendirinya, unsur saspen mula dirasai, tegang bulu roma manusia yang masih belum mencukurnya, disaat maknyah mula kehilangan nyah mereka, penggemar KPOP mula beralih ke MPOP.. begitu kuat lagi aura dua individu yang masih belum kelihatan wajah mereka, kalau dibanding dengan aura Musalman dan Merong sebentar tadi... Berpelu-peluh para reporter menuggu kemunculan figura itu disaat dakwat pen mereka mula kering...

"MERONG!!!"
"MUSALMAN!!!"

Jeritan yang kuat seperti singa mengaum dikeluarkan, dan ia adalah suara dua orang wanita yang semakin kelihatan wajah mereka...kedua-dua mereka menunjukkan muka bengis, dan mula menyebabkan berapa kanak-kanak kecil menangis... 

"BALIK RUMAH!!!"

kedua-dua mereka serentak menjerit kepada dua-dua Jagoan menyebabkan kedua-dua mereka terpelanting jauh sejauh 5 meter ke arah padang..

"Ibu Mertua~!!!" 

Jeritan gadis-gadis comel yang muka seakan-akan Natalie Portman, Kristen Stewart, Angelina Jolie, Rachel McAdams, Kirsten Dunst, Taylor Swift, Katy Perry dan Ana Raffali (setiap sorang memiliki empat) tertuju kepada dua orang wanita pertengahan umur yang baru sahaja menumbangkan dua Jagoan dengan Jerita Batin Mereka... Ia seperti kisah dongeng dimana dua Jagoan menjadi idaman gadis-gadis dan ditakuti musuh yang hanya takut dan tumbang kepada Ibu mereka (tidak seperti kisah Tanggang yang begitu ego dan lupa daratan setelah hidup senang).

Kedua Jagoan dalam keadaan separa sedar dan terpaksa akur dengan kekuatan ibu mereka... Semua penonton terpaksa meninggalkan kawasan pertarungan bagi mengelakkan Tragedi Oktober berlaku, dan riak muka mereka nampak hampa kerana tidak dapat melihat penghabisan perlawanan kedua jagoan. Jagoan diheret pulang ke rumah dan telinga mereka kelihatan berdarah mendengar ceramah yang diberikan ibu mereka...

Keadaan kembali tenang, orang ramai mula sibuk bergotong royong membersihkan kawasan pertarunngan yang begitu sesak dengan sampah sarap.. Anak-anak muda mula merempit kegembiraan tanpa menghirau nyawa mereka dan orang sekitar.. Si peminat teknologi mula mengupload video dan gambar yang di rakam ke internet untuk disebarkan ke seluruh dunia dan galaksi... Kisah pertarungan mereka sudah banyak ditulis di blog dan disebarkan di berita.. Ada juga penulis-penulis lagu mula membuat lagu bagi mengingati peristiwa tersebut... Pengarah filem berlumba-lumba untuk mendapatkan bajet bagi mengarahkan filem dan dokumentari mengenai perlawanan ini.. Sekolah dan Universiti serta penjawat Am serta Swasta mendapat cuti 1 hari bagi mengingati perlawanan ini.. Disaat sang pengemis tidak lagi mengemis di tepi jalan, si kaya tidak lagi digelar kaya. Semuanya berakhir dengan senyuman....

antara pernagaan yang laris hari itu

p.s Hikayat ini tiada kena mengena dengan siapa-siapa sahaja di dunia ini, tetapi mempunyai mesej yang mungkin boleh dikatikkan dengan dunia kini.. Hanya cereka pendek di petang hari yang terkeluar akibat permintaan rakan
membuat poster selepas hasil karangan merupakan hobi aq.. tetapi aq tidak pernah berpuas hari atas setiap kerja yang aq laksanakan, seperti hilang kesempurnaan yang dicari..

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Search This Blog

Followers

Blog Archive