Popular Posts

> My Story : Kumbang dan Bunga

Kesorangan di atas dahan yang makin mereput disaat tiada lagi air yang mampu disedutnya
Menunggu ketibaan kumbang yang akan menyanyikan nyanyian merdu untuknya
Menanti sesuatu yang sudah ia buang sejauh-jauh sebelum ini
Menanti sesuatu  yang mungkin sudah tinggi harga dirinya, sudah tahu bagaimana rentak dunia


Itu lah puisi yang sering bermain di dalam kepala Sinah (Sekuntum Bunga Ros Berwarna Merah) disaat menanti Nawzays, seekor kumbang yang pernah dibuangnya suatu ketika dahulu. Mungkin silapnya membuang jauh si Kumbang kerana keEgoan yang melanda dirinya.. Keinginannya terhadap kebendaan membutakan dirinya.. Memang tidak masuk akal apabila si bunga menginginkan minyak, padahal bunga perlukan air.. Kini, dia hanya kesepian, kesorangan, menanti saat embun mengugurkannya...dan mungkin ia hanya ujian dari si kumbang..


p.s hanya kisah pendek yang ingin disampaikan kepada pembaca-pembaca.. ia tidaklah sepanjang kisah gajah dan ular... kerana kisah ini dikarang dalam 30 minit sahaja...hehe

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Search This Blog

Followers

Blog Archive