Sahabat adalah teman sehidup semati. Sanggup bersusah payah dan menempuh segala onak dan duri dalam hidup ini. Sahabat keseorang yang sangat memahami, tidak hanya muncul di saat sahabatnya gembira...tetapi tetap ada di sisi walau apa yang terjadi pada sahabatnya. Sahabat juga bagi aku seorang yang akan memberi pendapat dan pandangan yang terbaik untuk sahabatnya dan tidak sanggup melihat sahabatnya sedih. Bagi aku nilai seorang sahabat susah untuk dicari. Sahabat umpama 1000 orang kawan.
Kawan pula adalah seorang yang akan datang dan pergi dalam hidup seseorang. Bila kita gembira atau ketawa kegembiraan.. kawan akan muncul disisi untuk sama-sama meraikan kegembiraan...tapi bila kita sedih dan terluka... kawan datang bertanya khabar sahaja lepas tu berlari meninggalkan kita keseorangan....
bukan semua kawan boleh jadi teman,
bukan semua teman boleh jadi rakan,
bukan semua rakan boleh jadi SAHABAT,
jadi kalau anda punya SAHABAT,
hargailah mereka...
Apa yang penting bila kita berkawan atau bersahabat kita perlu ikhlas dan jujur dalam perhubungan...jangan hanya mengharap kawan atau sahabat sahaja yang jujur dan ikhlas tapi kita pun kena ikhlas dan jangan ada simpan cemburu pada kawan atau sahabat kita. setiap orang punya kelebihan dan kekurangan..
Sayangi sahabat dan kawan kita...
(tiba2 aku rindukan dua SAHABAT baik aku nie,Mista Aizoul & Mista El,sahabat yg sentiasa ada dgn aku dikala suka & duka biarpun kami berjauhan...Hp yg menghubungkan kami...)
Nota kaki-Tq to someone yg emailkan ini pada aku...Aku faham maksud yg tersirat kenapa dia emailkan ini kepada aku...Ketahuilah bahawa aku masih sayangkan persahabatan kita cuma aku x sanggup utk berdepan dgn dirimu utk saat ini...Harap kau mengerti....
No comments:
Post a Comment