Popular Posts

14.Februari.2011

~Valentine's Day~


Ops so so sorry,aku mmg x pernah sambut sejak 2006 lagi,kerana tarikh itu adalah tarikh yg paling menyedihkan dlm hidup aku....Sudah 5 tahun aku melaluinya...Bila tiba tarikh itu,aku akn jadi sedih + sugul .....Kerana tarikh ini adalah tarikh perginya seseorang yg pernah bertakhta didalam hati aku,kami bersama selama 4 tahun dan "hampir2" nak bertunang sudah,tapi apakan daya,ALLAH S.W.T lebih menyayangi dirinya dan pisahkan kami dgn dua dunia yg berbeza....Org yg aku maksudkan ialah "Mohd Razman Arfan",dia ialah Cinta Pertama aku.....Dia telah tinggalkan aku buat selama-lamanya.....
Dan setiap tahun,pada tarikh ini,aku & mama akn sedekahkan surah yassin kepada arwah dan automatik aku akn teringatkan kenangan2 manis sepanjang bersama dgnnya....Apa yg aku harapkan dia tenang di sana...Dan aku juga mengharapkan tahun ini aku akn lebih tabah dan boleh terima pemergiannya dgn hati yg tenang...Dan aku juga mengharapkan yg tahun ini aku tidak akn menangis kerana terlalu "merindukan" dirinya.....
Aku akhiri entri ini,dgn lirik lagu pemberian arwah 2 bulan sebelum dia menghembuskan nafas yg terakhir:

~Salam Terakhir~

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

( korus 1 )
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

( korus 2 )
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

( ulang korus1, korus2 )

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir

Al-Fatihah



Nota kaki~ Andai aku ke Kuala Terengganu,ingin aku ke Kg Laut iaitu dimana arwah disemadikan bersama ayahandanya yg tercinta.....

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Search This Blog

Followers

Blog Archive