Dibahagian jari-jemari
Reumatoid artritis adalah sesuatu penyakit yang membawa keradangan di serata tubuh pesakit. Keradangan ini akan menyebabkan rasa sakit, kebengkakan, kekakuan dan juga kehilangan fungsi sendi-sendi.
Biasanya penyakit ini dikenal pasti kerana corak simterinya, iaitu, jika sendi seperti lutut, atau tangan yang terbabit, biasanya, sendi sebelah yang lain turut terlibat. Penyakit ini paling biasanya menjejaskan sendi pergelangan tangan, serta sendi jari yang paling dekat dengan tangan. Ia juga oleh membabitkan sendi-sendi yang lain dan juga seluruh tubuh pesakit. Tambahan pula, pesakit rheumatoid artritis biasanya berasa tersangat letih, mengalami demam tidak tentu pasal dan juga sering terasa tidak sihat.
Setiap pesakit reumatoid artritis mendapati bahawa penyakit ini membawa simtom yang berlainan. Kebanyakan pesakit mengalami penyakit ini dengan simtom yang dianggap sedikit atau sederhana ketaranya, di mana ada kalanya terasa yang simtom-simtom yang diahadapi semakin teruk, dan jangka masa ini dikenali sebagai masa kemarakan (flares) penyakit ini. Pada masa yang lain, pesakit tersebut akan berasa lebih pulih, dan masa seperti ini dikenali sebagai masa keredaan (remission).
Tetapi ada juga pesakit rheumatoid artritis yang mengalami jenis penyakit yang sentiasa ketara, di mana penyakit ini aktif sepenuh masa, dan ia berlanjutan bertahun-tahun lamanya dan akan sampai masanya yang sendi-sendi terlibat akan terjejas dan rosak sepenuhnya, sehingga pesakit mengalami kecacatan.
Walaupun reumatoid artritis adalah satu-satunya penyakit yang boleh menjejaskan kesihatan dan kehidupan seorang pesakit, cara-cara mengubati penyakit ini pada masa kini membolehkan pesakit-pesakit tersebut menjalani hidup yang cukup aktif dan bermakna. Untuk mencapai matlamat ini, cara-cara perubatan yang kini digunakan termasuk kegunaan ubat-ubat penahan sakit serta ubat yang mengurangkan dan melambatkan penjejasan sendi, keseimbangan hidup melalui senaman dan masa rehat yang cukup dan juga program pendidikan pesakit
Di Malaysia, 5 dari setiap 1000 orang akan mengidapi penyakit rheumatoid artritis. Ia melanda setiap kaum, dan penyakit ini dihidapi lebih ramai kaum wanita berbanding dengan kaum lelaki, dan ia bermula pada amnya di pesakit yang berumur di antara 30 dan 50 tahun. Walaubagaimanapun, penyakit it memang boleh bermula dalam lingkungan muda, pasa masa zaman kanak-kanak sehinggalah usia yang tua.
Jika pesakit mendapat perubatan awal, ia akan meningkatkan kemungkinan yang pesakit ini akan dapat menangani ciri-ciri penyakit ini dengan lebih baik. Dan penyelidikan telah membuktikan bahawa pesakit yang paling berpengetahuan perihal penyakit ini, dan yang paling mengambil tahu tentang program pengubatannya sendiri adalah pesakit yang mengalami tahap kesakitan yang paling kurang, dan juga kurang berjumpa doktor, berbanding dengan pesakit artritis yang lain.
Mengenali dan Mengubati penyakit Reumatoid Artritis
Reumatoid artritis sukar dikenalpasti, terutamanya pada peringkat awal disebabkan beberapa perkara. Pertamanya, tiada satu ujian medikal yang boleh mengenalpastikan penyakit tersebut. Tambahan pula, setiap pesakit mengalami simtom-simtom yang berlainan dan juga, simtom akan lebih ketara untuk sesetengah penyakit, tetapi tidak dengan pesakit yang lain.
Simtom-simtom ini juga ada banyak persamaannya dengan jenis penyakit artritis dan penyakit sendi yang lain, dan kadangkala, ia akan mengambil jangka masa yang panjang untuk mempertimbangkan diagnosis, dan untuk mengambil keputusan yang pesakit tersebut tidak mengalami penyakit-penyakit yang lain. Dan simtom-simtom penyakit ini juga berkembang secara perlahan dalam jangka masa yang panjang, dan hanya sedikit simtom sahaja yang akan timbul pada tahap permulaan.
Oleh kerana itu, doktor akan menggunakan beberapa cara untuk mengenalpastickan penyakit ini, sambil memastikan yang pesakit tidak menhidapi penyakit lain, dan bukan rheumatoid artritis.
Sejarah perubatan: Ini adalah gambaran simtom yang diberi oleh pesakit, termasuk bagaimana dan bila simtom-simtom tersebut bermula. Pesakit perlu memberitahu doktor tentang kesakitan, kekakuan dan penjejasan sendi yang dialami, bagaimana setiap aspek ini telah berubah dari permulaan sehingga takat kini. Maklumat ini akan menolong Doktor untuk membuat pengenalan awal penyakit ini, dan membuat penilaian mengenai cara penyakit ini mengembang dalam masa yang diberi.
Pemeriksaan tubuh: Doktor menatapi sendi-sendi, kulit, refleks serta kekuatan otot pesakit.
Ujian makmal: Ujian darah yang paling banyak dilakukan adalah ujian factor reumatoid (rheumatoid factor RF), yang mencari antibody yang biasanya akan berada di dalam darah kebanyakan pesakit rheumatoid artritis. Tetapi, bukan setiap pesakit rheumatoid artritis yang akan mendapat keputusan positif untuk RF, terutama sekali pada takat awal penyakit tersebut. Tambahan pula, ada kalanya orang yang mendapat keputusan positif untuk RF tidak mendapat penyakit tersebut sama sekali. Apabila seseorang pesakit mengalami beberapa, tetapi tidak kesemua simtom reumatoid artritis, dan untuk pesakit yang mendapat keputusan negatif untuk RF, doktor-doktor mungkin melanjutkan ujian dengan satu ujian yang lebih peka, iaitu, ujian anti-CCP yang mencari antibodi anti-cyclic citrullinated peptide. Ujian anti-CCP ini sangat berguna untuk mengenalpasti penyakit ini pada tahap awal, kerana ia boleh mengenali pesakit yang belum lagi mengalami apa-apa simtom rheumatoid artritis. Dan penyelidikan dari Kolej Reumatologi Amerika (the American College of Rheumatology) ada membuktikan bahawa sampai 95% pesakit yang mendapat keputusan positif dalam ujian anti-CCP akhirnya akan mengalami penyakit reumatoid artritis. Akan tetapi, oleh kerana ujian anti-CCP ini adalah mahal, para doktor di Malaysia hanya akan menggunakannya apabila seseorang pesakit menunjukkan simtom yang merupakan artritis, di mana pengenalpastian pada peringkat awal boleh memberi doktor kesempatan untuk mengurangkan kesan dan kemaraan penyakit tersebut.
Mengubati Reumatoid Artritis
Tiada satu ubat atau cara untuk mengubati penyakit rheumatoid artrtitis, malah, pakar reumatologi menggunakan ubat dan cara perubatan yang berlainan untuk setiap satu pesakit. Ubat dan cara pengubatan bertukar pada takat yang berlainan penyakit itu, dan ia dipilih berasaskan keadaan pesakit yang diubati, Walaapapun cara pengubatan yang dipilih, akhirnya matlamat yang diingini adalah untuk mengurangkan rasa sakit, mengurangkan keradangan, dan melambatakan atau memberhentikan sama sekali penjejasan sendi, serta meningkatkan rasa kesihatan dan kesempurnaan seseorang pesakit.
Gaya Hidup :
Pesakit reumatoid artritis harus ada keseimbangan di antara masa rehat dan senaman. Mereka sepatutnya berehat secukupnya apabila penyakit itu mengalami kemarakan dan bersenam apabila penyakit itu reda. Senaman membina otot yang kuat, dan ini akan menolong pergerakan sendi, mengekalkan fleksibiliti serta mengurangkan tekanan perasaan yang dialami seseorang pesakit.
Seseorang pesakit juga harus mengamalkan pemakanan yang sihat dengan mendapat sat dan vitamin yang mencukupi, dan ada pesakit yang harus berhati-hati dengan minuman arak, bergantung pada ubat yang mereka ambil. Ini adalah kerana pesakit yang mengambil ubat methotrexate boleh mengalami kerosakan hati sebagai satu daripada akibat mengambil ubat tersebut untuk jangka masa panjang yang agak serius.
Jenis-jenis ubat :
Kebanyakan pesakit reumatoid artritis mengambil ubat. Ada ubat yang digunakan untuk menahan rasa sakit, yang lain pula digunakan untuk mengurangkan keradangan. Ada juga ubat lain, yang dinamakan ubat anti-reumatic yang mengubah penyakit tersebut (disease-modifying antirheumatic drugs DMARDs). Ubat ini digunakan untuk melambatkan kemaraan penyakit tersebut. Jenis ubat yang digunakan, dan jangka masa ia digunakan bergantung kepada keadaan setiap pesakit, tahap penyakit tersebut pada masa kini dan jangkaan kemaraan penyakit tersebut, dan juga berapa lama pesakit tersebut akan mengambil ubat itu, dan juga keberkesanan dan kesan sampingan ubat tersebut.
Pengubah gerak balas biologic (Biologic response modifiers) adalah ubat yang terkini yang digunakan untuk mengubati penyakit reumatoid artritis. Ubat ini mengurangkan keradangan dan juga penjejasan sendi melalui penahanan tindakan cytokines, iaitu protin dari system imunisasi tubuh yang menyebabkan keradangan, iaitu gerakbalas imunisasi yang biasa dalam setiap tubuh yang sihat.
Ada tiga jenis ubat ini, iaitu etanercept (Enbrel*), infliximab (Remicade), and adalimumab (Humira), ayng mengurangkan keradangan dan penjejasan sendi melalui penahanan perbuatan molekul TNF-α (TNF-α molecules blocker).
Satu lagi jenis ubat ini adalah ubat biologic anti-CD20 (anti-CD20 biologic) ritumixab (Mabthera).
Pesakit juga harus tahu yang ada lagi ubat biologik yang kini dalam peringkat persediaan untuk digunakan dalam pengubatan penyakit reumatoid artritis.
Untuk pesakit yang mengalami reumatoid artritis yang ketara dan yang mara dengan cepat, penyelidikan telah membuktikan bahawa pengubatan dengan ubat yang kuat, dan ubat yang digunakan dalam kombinasi berbanding dengan hanya satu ubat pada satu masa, adalah lebih berkesan untuk mengurangkan atau mengelakkan penjejasan otot. Sesudah penyakit itu masuk ke tahap keredaan, doktor mungkin mengurangkan dosej ubat tersebut, ataupun dia akan menggunakan ubat yang tidak begitu kuat.
* Jenama ubat yang digunakan di sini adalah diberi sebagai contoh sahaja dan penggunaan jenama tersebut bukan sama sekali kerana mereka diiktirafkan oleh mana-mana pihak Kerajaan. Tambahan pula, jika ada jenama yang tidak dinamakan, ini bukanlah kerana keberkesanan ubat itu kurang memuaskan..
Pembedahan:
Pesakit yang telah mengalami kerosakan sendi yang ketara kadangkala akan memilih pembedahan unutk memulihkan keadaannya. Dua pembedahan yang sering dijalankan adalah pembedahan penggantian sendi ataupaun pembinaan semula tendon. Harus difahamkan bahawa pembedahan adalah pemilihan terakhir pesakit yang tidak dapat menahan kerosakan sendi yang ketara walaupuan telah memakan dan mengambil ubat. Dengan adanya program pengubatan yang kini dimulakan pada peringkat awal penyakit ini, lebih jaranglah pembedahan menjadi pilihan pesakit.
Penggantian Sendi : ini adalah pembedahan yang paling kerap dijalankan untuk mengatasi masaalah reumatoid artritis. Ia dijalankan terutamanya untuk mengurangkan rasa sakit, dan memperbaiki dan menjaga perjalanan sendi. Sendi palsu tidak semestinya kekal dan ada kalanya yang ia perlu diganti semula.
Pembinaan semula Tendon : ini seringkali dijalankan ke atas bahagian tangan, untuk membina semula tendon yang telah dirosakkan dengan menggantinya dengan bahagian tendon yang sihat. Dengan itu, daya pergerakan tangan akan pulih.
Pesakit reumatoid artritis harus mendapat perubatan yang tetap untuk mengikut kemaraan penyakit tersebut, memastikan keberkesanan atau kesan negative ubat yang diberi dan menukarkan terapi apabila perlu.
Pesakit reumatoid artritis juga harus tahu cara mengelakkan osteoporosis – iaitu penyakit yang melemahkan tulang dan meningkatkan risiko patahan – sebagai program penjagaan jangka panjan mereka. Risiko penyakit ini ditambah untuk pesakit reumatoid artritis lelaki mahupun wanita, terutama jika pesakit mengambil ubat corticosteroid. Pesakit dan doktornya harus membincang tentang pilihan yang ada, dan tentang faedah pengambilan makanan tambahan kalsium dan vitamin D, ataupun terapi hormone atau lain-lain perubatan untuk mengubati dan mengelakkan osteoporosis.
Perubatan Alternatif dan Saling Melengkapi:
Diet yang istimewa, pemakanan vitamin tambahan dan perubatan saling melengkapi dada juga dikemukakan sebagai cara-cara mengubati reumatoid artritis. Walaupun kebanyakan dari cara perubatan ini tidak mendatangkan bahaya, penyelidikan saintifik yang teliti belum pernah dilakukan, ataupun yang telah dilakukan kesemuanya mendapati yang tiada faedah yang berkesan boleh didapati dari cara-cara perubatan ini. Ada juga perubatan alternatif dan saling melengkapi yang boleh menolong seseorang pesakit itu menahan sakit yang menjadi aspek penyakit kronik seperti ini. Pesakit seharusnya merujuk kepada doktor mereka sebelum memulakan mana-mana terapi alternatif atau saling melengkapi.
No comments:
Post a Comment