Popular Posts

Cinta datang lagi...

Assalamualaikum...

Hmm....sepantas kilat masa berlalu..terasa seperti baru semalam aku mengalirkan air mata kenangkan si dia..yang telah lama kembali ke rahmatullah...sudah hampir setahun lebih pemergiannya...banyak memori yang disisipkan sebaik-sebaiknya di dalam diriku, buat kenangan dalam hidupku yang sudah hampir dua abad bernafas di Bumi ciptaan Allah yang penuh dengan ranjau onak duri,dugaan,cabaran,dan kurniaan nikmat-nikmat terindah dariNya.

Hidupku sekarang hanya berpaksikan impian yang satu, untuk mengecapi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Hari berganti hari, masa berganti saat yang berdetik dengan cepat, sekarang sudah di ambang pengakhiran semester 2  di UPM....hanya tinggal lagi satu paper untuk ku duduki, kejuruteraan makanan..satu subjek yang agak mencabar otakku untuk berfikir,..tetapi aku sentiasa bersyukur ke hadrat Ilahi kerna masih diberi peluang untuk mengejar ilmu..diberi kecerdasan minda untuk berfikir dan bertindak..dan kesihatan badan serta fizikal yang tidak ada cacat celanya,Alhamdulillah....

Mungkin Allah ingin mengurniakan sinar-sinar kebahagiaan di dalam diriku ataupun mungkin satu sinar harapan kepadaku untuk mempunyai seseorang di sisiku yang selalu mengambil berat tentang diriku,seorang yang sangat menyayangiku setelah pemergian si dia.....Tanggal 26 Mac 2011..aku sengaja meng'onchat' di Facebook..hendak melihat siapakah yang sudi untuk bergaul denganku..sebenarnya aku jarang onchat di FB kerna setelah ketiadaan arwah...tiada keinginan langsung untukku berbicara dengan siapa2 di FB,kecuali dengan teman2 seperjuanganku yang aku rapat dan kenali sahaja.

 Dengan tidak semena-mena aku disapa di ruangan chat dengan seseorang, sambil sedang ku tekun menyiapkan report microbe yang akan dihantar keesokannya harinya. Tidak ku kenali insan itu, malah aku sendiri pun tidak sedar bilakah aku telah meng'approve'kan insan tersebut...kami hanya berbicara tentang benda2 biasa...setelah beberapa lama bersembang aku terasa tertarik dengan insan tersebut, cara penulisannya dan adab2 yang wujud ketika aku dan dia berbicara...sejak daripada saat itu, aku terasa lain,terasa macam sesuatu yang sangat lain..mengapakah tiba2 aku asyik memikirkan tentang insan tersebuat walaupun baru saja berkenal2 secara tidak sengaja di FB?...apakah yang sedang berlaku kepada diriku ini?..Ya Allah..aku mohon petunjuk dariMu...

Sejak dari hari perkenalan kami di FB..aku dan dia saling bermesej2 di FB..kami hanya menghantar mesej secara inbox...selama seminggu kami saling menghantar mesej di inbox..jikalau dilihat mesej itu umpama satu esei yang dikarang..masyaAllah..pabila ditaip2 mesej...rupan2nya sangat panjang mesej kami berdua..banyak benda yang di kongsi bersama...aku tidak pernah menghantar mesej yang sebegitu panjang dan tidak ku jangka insan tersebut juga menghantar mesej yang sebegitu panjang kepadaku..jika dikira2 hampir beratus2 patah perkataan yang telah ditaip agaknya..haha (^_^)

Setelah hampir seminggu berbalas2 mesej di inbox FB..aku dan dia mencapai kata putus untuk bersemuka...jadi kami bertemu,dia datang menemuiku di food court buat pertama kalinya..agak kekok perbualan kami yang tidak pernah berjumpa dan hanya sekadar berkenalan di alam maya iaitu di FB sahaja sebelum ini...di akhir pertemuaan kami pada hari itu, dia meluahkan perasaannya sebenar kepadaku..dia mengaku dia menyayangiku setelah hampir seminggu lebih kami berkongsi2 cerita dan pengalaman hidup...

Jika diselak2 kembali, banyak persamaan yang kami miliki...bukan dari segi paras rupa, tetapi dari segi benda kegemaran dan kisah hidup kami..terasa seperti ada 'chemistry' sewaktu berbicara bersama. Hubungan kami menjadi semakin serius..kami sering kali saling bertanya kabar dan lain-lain lagi. Kami selalu mempunyai persefahaman yang sama. Perasaan rindu dan sayang itu memang kerap kali wujud dalam diri kami masing2. Apabila melibatkan isu2 sebegini, aku pasti akan memaklumkan dahulu kepada ibu bapaku kerna mereka adalah orang yang paling penting untuk tahu tentang keadaan diriku,merekalah yang telah membawaku melihat dan merasai dunia ini.

Walaupun kami menuntut ilmu di institut yang berbeza tetapi dengan bantuan teknologi yang canggih zaman sekarang,kami sering berhubung. Lama kelamaan rasa sedihku semakin pudar dan berkurang..aku sudah tidak menangis seperti sebelum2 ini sewaktu sebekum tidur terkenangkan arwah seperti dahulu....aku terasa seperti ada satu semangat baru yang membantu ku untuk terus bergerak menelusuri bait-bait kehidupan ini lagi...aku berharap suatu masa nanti  kami dapat sama2 berkongsi kehidupan ini...Kini, sudah lebih sebulan kami saling mengenali antara satu sama lain..sudah semestinya, teman2 rapat ku tahu tentang status ku sekarang, malah mereka berasa gembira melihat ku nampak happy saja sekarang berbanding sebelum2 ni yang diriku sering diulit dengan kemurungan dan kesunyian.



Aku sentiasa berdoa kepada Allah supaya dikurniakan teman hidup yang baik dan sangat menyayangi diriku yang tidak seberapa ini...aku perlukan seseorang untuk membantuku lebih dekat dengan Allah, seseorang yang sentiasa memberi sokongan kepadaku selain dari keluarga dan teman2 rapatku. Apakah hikmah yang ingin Allah tunjukkan disebalik apa yang sedang berlaku kepada diriku ini? Aku menganggap apa yang berlaku kepadaku adalah satu sinar kebahagiaan yang ingin ditunjukkan Allah..Semestinya banyak dugaan dan hasutan yang akan ku tempuhi setelah mempunyai seseorang teman pengganti kepada arwah dalam hidupku ini. Pelajaran, akademik ku tidak akan sekali2 ku abaikan, aku ingin benar membantu keluargaku, meringakan beban yang ditanggung oleh ibu bapaku sebelum ini...

Pelajaran dan hal peribadi ku tidak boleh dicampur adukkan..itu adalah dua benda yang sangat2 berbeza dan bertentangan ...Aku harap suatu hari nanti kami dapat bersama..insyaAllah..memandangkan usia kami yang masih muda,banyak dugaan lagi yang bakal diharungi....Aku ingin berjaya di dunia dan akhirat dan memiliki seorang teman hidup yang soleh dan dapat membimbingku sehingga ke akhirat..hidup di dunia ini hanyalah singkat semata-mata..banyak lagi bekalan yang harus dikumpul..aku ingin menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan husnul khatimah..insyaAllah..Amin...Ayat ini akan selalu ku ingati dan ku simpan dalam sanubari ku "Jangan pernah tinggalkan cinta Allah demi cinta manusia kerna cinta Allah adalah Cinta Yang Teragung sekali..".Sekian. 

::Faliaa::

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Search This Blog

Followers

Blog Archive