Popular Posts

Rasa Redha Menghilangkan Kesedihan..

Assalamualaikum & Aloha !


Pagi tadi baru je Aliaa habis exam kimia organik..huhu..benda yang dh lepas jangan dipikir..I hav tried my best..macam Imam Ghazali kata, benda yang paling jauh dari kite adelah benda yang sudah berlalu...jadi jangan dipikir2 benda yang dah jauh..kita hanya boleh bertawakkal dan berdoa kepada Allah S.W.T..itulah sebaik2 tempat untuk mengadu..Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..

Ada dalam satu hadith ni, Rasulullah S.A.W bersabda:


 "Kami tidak akan mengatakan, kecuali perkataan yang diredhai Tuhan kami."


Sesungguhnya kita mempunyai satu tugas yang suci, iaitu tunduk dan pasrah apabila sesuatu yang telah ditakdirkan untuk kita telah tiba pada masanya. Ada seorang penyair mengatakan...


Ketika kulihat uban
telah mulai menghiasi jambang dan kepalaku aku katakan kepadanya.."Selamat Datang!"
Seandainya ku takut pasti tidak ku ucapkan salam itu kepadanya
Walaupun aku mengusirnya bencana itu tidak mungkin menjauh dariku.
Namun...bila seseorang boleh menerima apa pun kejadian yang tak disenanginya
maka pada suatu hari nanti
bencana itu akan pergi dengan sendirinya....

Sesungguhnya tiada tempat berlari dari takdir yang telah ditentukan. Satu-satunya jalan adalah kita perlu beriman kapada takdir Allah, kerana takdir pasti akan berlaku.

Aliaa nak share ada satu bait syair karya Antarah ketika beliau memberitahu kepada kita bahawa harga dirinya terletak pada watak, perbuatan dan kehormatannya, bukan pada asal-usul dan garis keturunannya...Katanya:

Meskipun aku seorang hamba..
Sesungguhnya aku tuan yang mulia..
Meskipun hitam kulitku..
Sesungguhnya putih akhlakku..
Bila ada kehilangan satu anggota tubuh..
Masih ada anggota tubuh yang lain...



Qadha' Allah pasti akan terjadi, baik kepada yang menolak atau yang menerima. Bezanya orang yang menerimanya akan mendapat pahala dan kebahagiaan, sedangkan yang menolak akan mendapat dosa dan sengsara...


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Search This Blog

Followers

Blog Archive