Popular Posts

Ideologi Dunia

Salam Warahmatulallah..

Dewasa ini, dunia telah mengharungi pelbagai cabaran daripada gempa bumi, tsunami, taufan dan ribut.
Fenomena alam sebegini banyak dikaitkan dengan amalan-amalan manusia yang telah dirosakkan oleh ideologi2 sendiri. Seperti mana yang telah berlaku pada zaman kaum Lut, kaum Tsamud dan juga kaum Ad, mereka telah dibinasakan oleh Allah SWT oleh kerana mereka ingkar terhadap arahan yang diberikan oleh Allah SWT dan juga nabi yang diutuskan oleh Allah. Mereka juga tidak bersyukur terhadap rezeki dan nikmat yang telah diberikan oleh Allah. Selain itu mereka tidak menyembah tuhan yang satu iaitu Allah, mereka kebanyakkan menyembah patung2 berhala yang membawa kepada syirik.

Contoh kaum yang telah dibinasakan oleh Allah SWT iaitu kaum Tsamud.

"11. Kaum Tsamud telah mendustakan (kepada rasul) dengan kedurhakannya (12) Ketika bangkit seorang paling celaka diantara mereka (Kudar bin Shalif). (13) Kemudian utusan Allah (Nabi Saleh) berkata kepada mereka “ biarkanlah unta dari Allah dan minumannya”. (14) Maka mereka mendustakan rasul itu dan membunuh unta, sehingga Allah menyeksa dan membinasakan sebab dosa-dosa mereka dan meratakan mereka ( dengan tanah). (15) Dan Allah tidak takut (hamba akan membalas) akibat menyiksa mereka."
[Asy-Syamsyi (91) : 11-15]

Dalam Alquran di beberapa ayat dijelaskan tentang kehancuran bangsa-bangsa (kaum) yang tidak mahu beriman kepada Allah SWT. Seperti umat lainnya, umat Nabi Saleh, iaitu kaum Tsamud, juga dihancurkan kerana mereka tidak mahu beriman kepada Allah SWT dan tidak mengakui nabi Saleh sebagai seorang Nabi. Mereka dihancurkan oleh Allah SWT dengan petir yang menggegarkan sehingga meruntuhkan bangunan tempat tinggal mereka.

Mari kita lihat apa yang berlaku di dunia sekarang:
1. Perpecahan umat islam yang kian membimbangkan atas sebab ideologi2 barat dan yahudi untuk menarik mereka dari ajaran islam yang sebenar. Perkara ini telah berlaku di merata tempat terutamanya di Arab Saudi dimana dengan kemewahan yang sedia ada mereka tidak langsung fikirkan tentang ilmu duniawi dan akhirat.

2. Isu peperangan antara palestin dan israel. Tidak mencapai kata sepakat untuk berdamai disebabkan israel masih ingin menawan Baitulmaqdis yang dikatakan kota suci yahudi. Amerika antara sekutu israel yang banyak membantu mereka dalam menjayakan pelbagai projek..

3. Menara tinggi2 sedang dibangunkan seperti yang berlaku di Dubai. Rasulullah pernah menyatakan bahawa  tanda2 kecil kiamat ialah mendirikan bangunan yang tinggi2..

4. Dengan kehangatan WORLD CUP 2010, ramai manusia leka dengan amalan yang diseru. Seperti mana yang terjadi kepada umat Islam sekarang yang terus lena dibuai oleh world cup ini sehingga sanggup mengadai waktu malam yang disahut oleh Allah sebagai waktu untuk merehatkan badan dan minda dengan menonton bola yang dianggap sebagai satu sihir kepada semua manusia.

5.Pemikiran manusia yang telah berubah sehingga mewujudkan yang betul dijadikan yang salah dan yang salah dijadikan yang betul, sama juga dengan halal dan haram. Mereka tidak fikir bahawa Allah yang merupakan pembuat undang2 or lawmaker di dunia ini dan Allah juga telah meletakkan panduan2 yang patut dilaksanakan oleh manusia semua.

6. Zaman sekarang telah banyak berlakunya penderaan, pembunuhan, pembuangan bayi dan pencabulan. Memang tidak dinafikan bahawa benda2 ini telah berlaku sejak dari awal lagi, tetapi statistik menunjukkan bahawa terdapatnya peningkatan dalam gejala2 yang tidak bermoral ini. 

Inilah sebahagian daripada perkara2 yang sedang berlaku didunia sekarang. 

Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata:
"Abu Jahal berkata: Ya Allah, sekiranya Alquran ini benar datang dari sisi-Mu, maka turunkanlah hujan batu dari langit atau timpakan kepada kami siksa yang pedih. Lalu turunlah ayat: "Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidak pula Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun. Kenapa Allah tidak mengazab mereka, padahal mereka menghalangi orang untuk mendatangi Masjidilharam", sampai akhir ayat."

Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ra., ia berkata:
"Rasulullah saw. bersabda: Pada hari kiamat, maut akan didatangkan seperti seekor biri-biri yang berwarna keputih-putihan. (Abu Kuraib dalam periwayatannya menambahkan: Lalu dihentikan di antara surga dan neraka. Kemudian keduanya sepakat tentang isi hadis selanjutnya.) Kemudian diserukan: Wahai ahli surga, apakah kalian mengenal ini? Lalu mereka menjulurkan leher untuk melihat ke arah sang penyeru, kemudian menjawab: Ya, itu adalah maut! Kemudian diserukan lagi: Wahai ahli neraka, apakah kamu sekalian mengenal ini? Lalu mereka menjulurkan leher untuk melihat dan menjawab: Ya, itu adalah maut! Kemudian diperintahkan agar maut (kambing) itu disembelih, lalu diserukan lagi: Wahai ahli surga, keabadian yang tidak akan ada kematian lagi! Wahai ahli neraka, keabadian yang tidak akan ada kematian lagi! Kemudian Rasulullah saw. membacakan ayat: "Dan berilah mereka peringatan tentang hari penyesalan, yaitu ketika segala perkara telah diputus dan mereka dalam kelalaian dan mereka tidak pula beriman." Kemudian beliau menunjuk dunia dengan tangan beliau."

Sesungguhnya azab Allah amat pedih sekali. Maka marilah semua umat manusia menyeru ke jalan kebaikan dan menuju kejayaan dunia dan akhirat.
Kepada umat Islam sedunia tingkatkanlah perpaduan dan jangan berpecah belah oleh kerana Rasulullah SAW tidak menyukai umatnya berpecah belah..


Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Search This Blog

Followers

Blog Archive