Popular Posts

Filem Seram 2011



Mesti ramai yg dah pegi menonton filem "Khurafat" nie kan...Begitu juga ngn aku...Pecaya atau tidak,aku juga sudah pergi menontonnya di pawagam bersama mama & Ecah...Mmg aku seorang yg sgt2 PENAKUT,tapi aku memberanikan diri juga utk pergi menontonnya..hahahaha...
Kalau tanya aku tentang citer nie,mmg aku "TABIK SPRING" lah pada Syamsul Yusof..Nak tahu kenapa,wpun filem nie SERAMMMMM tapi ia memberi byk pengajaran dlm filem nie...
Yang paling menakutkan aku masa babak dlm bilik mayat ngn masa babak dlm van jenazah,nasib baiklah aku ada "shawl",asal rasa takut jer,aku tutup muka aku ngn shawl..hahahaha...

Pelakon2:
Syamsul Yusof
Liyana Jasmay
Fauziah Nawi
Sabrina Ali
dan lain2

Sipnosis:
Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat .. membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan.
Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi
Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersikap pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini.

Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya… perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi.

Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. KepadaNya seluruh makhluk bergantung.

------------------------------------------


Aku bagi 4 1/2 bintanglah utk filem ini...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Search This Blog

Followers

Blog Archive