Popular Posts

Petai OoOo Petai....

Bila ckp pasal petai,mesti ramai yg x suka mkn petai kan....Salah satu sebabnya mesti sebab "BUSUK" kan....Especially bila time buang air kecil & buang air besar kan...Dan ia juga akn menyebabkan mulut kita akn berbau kan....


Kalau ikutkan dulu aku bukanlah penggemar petai tau...Aku paling benci ngn petai + cukup marah kalau mama & Ecah beli petai n bawak blk umah....Sbb kalau mkn petai,akn buat satu bilik air berbau ok....
Tapi entah mcm mana,ada sekali tue,si Ecah pujuk aku suruh try mkn petai,dan masa tue plak mood aku baik sgt2....Korang nak tahu sekali try,mak ai dgn rasanya yg lemak,huh meletop.....Sejak dr itu aku dah jadi "HANTU PETAI"....
Setiap kali kluar lunch ngn mama,pasti akn cari "petai" sebagai ulam okeh....Selain dr petai,aku jugak suka mkn Ulam raja cecah ngn sambal belacan,mak ai meletopsssssss....Mama plak bila dah ada gang,barulah dia pun mkn,kalau tidak takut2 nak mkn sbb dulu pun aku x suka kan...
HaHaHa
Ptg nie,aku ngn mama nak pi try carik petai kat Simpang Kuala punya pasar petang sbb tekak nie terasa nak makan mcm nie:

|

|

|

|

|

V


Sambal udang dgn petai
(meletopsssssss)

Korang nak tahu apa khasiat petai:

Pokok petai merupakan spesis pokok asli yang tingginya sekitar 30 meter, dan banyak tumbuh di kawasan hutan Malaysia, Indonesia dan Thailand. Buah petai mempunyai kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding buah-buah hutan yang lain. Selain itu buah petai mengandungi kalsium, fosforus, zat besi serta kaya dengan vitamin A, B1, B2 dan C (vitamin C boleh jadikan anda awet muda!). Yang paling berkhasiat ialah petai yang segar dan besar buahnya. Jadi jika memilih petai di pasar tu, pilihlah yang bijinya nampak besar dan segar, itulah yang terbaik.

KHASIAT PERUBATAN PETAI

Biji Petai

* Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes). Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis.

Daun

* Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum.

Akar (kulit akar)

* Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu.

Khusus bagi mereka yang nak merawat masalah buah pinggang, caranya ialah dengan mengeringkan sejumlah petai belalang. Setelah itu masukkanlah petai-petai yang telah dijemur kering itu ke dalam air panas. Minumlah ia setelah membiarkan seketika. Sangat mujarab. Bagi sesiapa yang ada masalah buah pinggang tu, bolehlah cuba. Setelah beberapa kali meminumnya, boleh jumpa doktor untuk diperiksa. Insya-Allah ada perubahan.

Kalau korang rasa lps mkn petai,mulut tue berbau,bawak2lah gosok gigi @ amiklah ini:

|

|

|

|

|

V


Gula-gula getah:)





No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Search This Blog

Followers

Blog Archive