Walaupun sudah berada di zaman teknologi dan sains, masih banyak kes2 santau dan sihir berlaku, Aliaa pun naik seram. Alhamdulillah sudah banyak pusat rawatan telah ditubuhkan untuk mengubati mangsa2 santau dan sihir ini.
Meh sini Aliaa nak cite skit,santau ni biasanya digunakan melalui cara meracun ,kalau sihir pula membabitkan bantuan makhluk ghaib, of kos,jin. Sapa2 yg terkena ilmu2 kurafat ni akan mengalami kesakitan secara tiba2. Selalunya xkan dapat dikesan doktor @ ilmu perubatan moden.
Santau n sihir dah digunakan sejak ribuan tahun iaitu dari zaman Nabi sampailah sekarang,ada pelbagai cara yg digunakan. Terdapat sihir dan santau yg berfungsi menerusi bantuan jin iaitu makhluk alam ghaib yg diarahkan utk mendatangkan kecederaan fizikal @ gangguan emosi seseorang yg dijadikan target.
Makhluk ghaib yg diarahkan menerusi ilmu sihir ni boleh mendatangkan kecederaan fizikal kpd manusia. Nabi Ayub a.s contohnya,mengalami penyakit ganjil di seluruh tubuh akibat pengaruh kekuasaan syaitan iaitu jin kafir,dengan izin Allah SWT.
Santau ada mcm2 jenis,ada santau angin,santau melalui makanan,santau melalui pakaian..boleh membawa maut tau,lethal..jangan main2. Sihir pula bahaya jugak,leh cederakan fizikal n ganggu emosi n psikologi seseorang. Ganggun mcm ni membuatkan mangsa x dpt tido malam,x berselera, atau lagi teruk sampai gagal untuk hamil kerana benih suami akan dimusnahkan oleh makhluk ghaib berkenaan.
Sekiranya santau atau sihir terjadi, kita perlu berhati2 dalam memilih orang untuk mengubatinya..bukan senang2 je ye, amik pak cik tepi jalan ka..haha...kena tengok ciri2 nya dulu,sekarang pun dah banyak pusat2 rawatan Islam, bagusla mcm tu, kat sini ada beberapa ciri bomoh yg gunakan jin ( yang pasti mestilah diorang ni bertentangan dgn syariat Islam,jgn pandai2 nak cari nahas) :
1. Mendakwa kononya dapat lihat jin yg ganggu pesakit.
2. Menggunakan bahan bernajis dan x halal dlm proses perubatan.
3. Memberikan tangkal kepada pesakit.
4. Membaca mantera yang tidak dpt difahami sesiapa melainkan dirinya sahaja.
5.Membakar kemenyan atau melakukan persembahan tertentu dlm proses perubatan. Kemenyan adalah makanan jin dan ia mungkin digunakan utk menyeru kehadiran makhluk tersebut.
6.Menyembelih haiwan tanpa ikut syariat Islam kerana haiwan tersebut mungkin dipersembahkan kpd jin sbg hantaran.
7.Menghina Islam atau menjadikan Al-Quran sebagai alas kaki,menggunakan benda bernajis seperti darah utk menulis ayat sudi Al-Quran.
8. Mengagung-agungkan nama makhluk yg diseru termasuk dgn [anggilan "datuk" manakal si bomoh pula merendah diri kpd makhluk yg diseru dgn panggilan "cucu".
9. Mendakwa mengetahui siapa yg menghantar santau tersebut kerana ia dikuatiri angkara syaitan untuk melaga-lagakan manusia.
mOrer of da stOri: Kuatkanlah iman, berhati2, jangan pandai2 nak sakiti hati orang lain dan jauhilah diri dari perasaan hasad dengki dan berdendam. Allah sangat murkai.Jangan biarkan hidup anda diselubungi misssteerii...huhhu
.oK.Tata.Peace.
No comments:
Post a Comment