Popular Posts

Part 1:Hari Pertama Bertemu Allah SWT di Hadiratul Quddus

Assalamualaikum n Aloha!!

Aliaa sangat suka baca cite ni,jadi Aliaa rase nak share dengan korang n korang pun perlu tau,especially bagi orang Islam ...Sama2lah kita mencari bekalan yang secukupnya di dunia yang sementara ini...menuju ke alam yang kekal,alam akhirat...sape yang tak nak masuk Syurga kan? Dalam kehidupan untuk menuju ke Syurga kita perlulah memantapkan iman,penuhkan ilmu di dada, serta hikmah dalam diri...sama2lah kita memperbaiki diri kita..InsyaAllah...kita hanyalah hamba Allah...Aliaa pun tak sempurna,banyak lagi ilmu yang perlu belajar dan dicari...

Malaikat Jibrail Membuka Pintu Syurga Khuldi

Diriwayatkan setelah semua manusia yg layak memasuki syurga sudah memasuki syurga, pada suatu hari yg sudah ditentukan, Allah SWT memerintahkan Malaikat Jibrail membawa ahli syurga ke satu perkampungan yang bernama Hadiratul Quddus. Hadiratul Quddus terletak di dalam syurga yang bernama Syurga Khuldi, iaitu suatu alam dan tempat yang cuma diketahui kedudukannya oleh Allah SWT sahaja.

Apabila malaikat Jibrail dan rombongan ahli syurga yang ramai itu sampai di pintu masuk Syurga Khuldi,maka muncullah malaikat yang menjadi pengawal syurga itu,lalu bertanya,"Apakah bicara dan kehendak tuan bersama rombongan manusia yang ramai ini ke perkampungan Syurga yang tidak pernah dijejaki oleh seorang manusia pun."

Sekadar gambar hiasan,cantik kan bunga sakura..subhanaAllah..indahnya ciptaan Allah SWT

Lalu Jibrail menjawab,"Aku diperintahkan oleh Allah SWT,Pentadbir Seluruh Alam untuk menghantar tetamu-tetamuNya dari orang-orang yang bernasib baik,bagi menduduki Hadiratul Quddus."

Setelah mendengar kata-kata perintah dari Jibrail,maka malaikat yg mengawal pintu Syurga Khuldi itu dengan segera membuka pintunya dan membenarkan Jibrail dan kesemua tetamu Allah SWT tersebut menuju ke perkampungan syurga Hadiratul Quddus. Malaikat Jibrail pun masuk ke dalam syurga itu lalu menaiki ke satu puncak mahligai yang tinggi seraya berkata,"Wahai Muhammad,masuklah tuan hamba bersama para nabi,para sahabat dan sekalian manusia yang menjadi calon penghuni syurga ke taman Hadiratul Quddus ini untuk menikmati segala kemewahan yang telah dijanjikan Allah SWT dahulu." Maka masuklah Rasulullah SAW dan sekalian tetamu Allah SWT yang lain ke dalam itu lalu menaiki kenderaan khas yang disediakan.

Apabila mereka melalui jalan di dalam taman syurga itu, tiba-tiba berundurlah ke belakang dengan sendirinya segala pohon kayu kecil dan besar yang menghiasi taman itu untuk memberi hormat kepada rombongan tersebut. Sepanjang perjalanan mereka diperlihatkan pemandangan taman yang indah lagi mengagumkan,melalui bangunan serta mahligai  yang diperbuat daripada emas,perak,batu delima serta lain-lain. Pendek kata, Hadiratul Quddus memiliki mahligai yang bertaburan dalam suasana yang terlalu permai dan amat menyenangkan. Pada pintu setiap mahligai tersebut sudah pun tertulis nama penghuni yang bakal memilikinya,manakal di dalamnya menunggu dgn wajah kerinduan akan para bidadari yang amat jelita,menunggu dengan penuh sabar akan saat pertemuan yang sudah terlalu hampir akan kedatangan suami mereka yang bakal menjadi penghuni dan raja di mahligai tersebut.....







No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Search This Blog

Followers

Blog Archive