Popular Posts

Part 2: Hari Pertama Bertemu Allah SWT di Hadiratul Quddus

Sambungan dari Part 1 yang sebelum ni...^^

Kenikmatan Melihat Allah SWT

Setelah beberapa lama mengelilingi Hadiratul Quddus,lalu Malaikat Jibrail membawa ke semua ahli Sturga berkenaan berkumpul untuk menghadiri satu upacara perhimpunan agung. Allah SWT memerintahkan Malaikat Jibrail untuk membentangkan satu hamparan permaidani, maka duduklah para tetamu Allah SWT itu berehat dengan penuh gembira dan selesa sekali. Seketika kemudian Allah SWT pun memerintahkan para malaikat,"Berikan makan kepada waliKu." Muncullah para pelayan membawa pelbagai hidangan istimewa. Semakin  banyak dimakan semakin lazat rasanya. Setiap suapan tidak sama rasanya. Mereka terus menikmati hidangan makanan dengan sepuas-puasnya. Setelah makan, Allah SWT memerintahkan,"Berikan minum kepada hamba-hambaKu." Maka para tetamu Allah SWT tersebut diberi minuman yang rasa airnya bertambah lazat pada setiap teguk.

subhanAllah..indahyna ciptaan Allah...

Setelah para tetamu Allah SWT tersebut menikmati jamuan di 'hari pertama' mereka dikumpulkan beramai-ramai, Allah SWT pun memerintah Malaikat Jibrail supaya menghadiahkan kepada mereka pakaian-pakaian Syurga. Tubuh badan mereka disaluti dengan pelbagai perhiasan yang amat baik dan terlalu tinggi nilainya sama ada perhiasan cincin emas yang bertatahkan batu-batu delima atau berlian yang terlalu ajaib dan menakjubkan. Setiap cincin yang dipakai oleh tetamu Allah SWT itu tersurat kalimah-kalimah tertentu yang memuji kebesaran Allah SWT. Mereka juga dihiasi dengan mahkota Syurga yang dihias dengan batu-batu permata yang bergemerlapan.

Allah SWT memerintahkan Malaikat Jibrail menghantar pula bau-bauan harum untuk para tetamu yang tidak terbilang ramainya itu. Maka muncullah seekor burung yang sangat ajaib rupanya dan terlalu cantik warnanya,terbang di dalam taman Syurga yang permai itu sambil mengembangkan sayapnya mengelilingi kepala mereka. Maka terperciklah bau-bauan yang sangat harum hasil dari sayap-sayap burung ajaib tersebut lalu merenjis pada tubuh dan pakaian setiap tetamu Allah SWT yang hadir pada majlis itu. Maka bertambah harum dan bertambah nyamanlah suasana Syurga pada masa itu. Alangkah tercengannya para tetamu Allah SWT melihat dan mengalami kejadian ajaib yang ditunjukkan oleh Allah SWT itu, sebagai janji kesengangan dan kebahagiaan yang bakal dinikmati oelh manusia yang beriman di alam akhirat kelak.



Seketika kemudian, secara tiba-tiba muncullah sebuah mimbar yang diperbuat daripada Nur. Malaikat Jibrail mara di tengah manusia yang ramai itu sambil membimbing tangan Nabi Musa a.s naik ke atas mimbar tersebut untuk membaca kitab Taurat. Nabi Musa a.s pun memperdengarkan bacaan Taurat dengan bacaan yang lembut dan jelas didengar oleh sekalian hadirin. Setelah itu, Malaikat Jibrail menjemput pula Nabi Isa a.s naik ke atas mimbar untuk membaca kitab Injil seperti yang telah diturunkan ke atas baginda oleh Allah SWT. Setelah Nabi Isa a.s memperdengarkan bacaannya,tibalah giliran Nabi Daud a.s pula untuk membaca kitab Zabur dengan suara yang amat merdu hingga terpegunlah sekalian tetamu Allah SWT pada hari itu. Setelah itu, Malaikat Jibrail menjemput Rasulullah SAW naik ke atas mimbar untuk memperdengarkan bacaan Al-Quran. Rasullah SAW pun membaca Al-QUran dengan suara yang paling merdu dan tidak pernah didengar oleh manusia sebelum ini.



Setelah selesia pembacaan kitab-kitab suci yang pernah diturunkan oleh Allah SWT pada umat manusia,maka tiba-tiba terdengarlah satu suara yang paling merdu memenuhi ruang Syurga yang terbentang luas itu. Suara itu merupakan 'kalam' (perkataan) Allah SWT sendiri yang pertama kali didengar oleh sekalian ahli Syurga tersebut.

"Akulah Tuhanmu telah menepati apa yang Aku janjikan kepadamu dan kini kamu boleh meminta nescaya Aku berikan permintaanmu."

Jawab ahli Syurga berulang-ulang, "Kami minta redaMu,kami minta redaMu."

Dijawab oleh Allah SWT, "Aku reda kepadamu bahkan masih ada tambahan lagi penghormatan yang terbesar dari semua yang telah kamu terima."

Maka dibukakan hijab sehingga mereka dapat melihat Zat Allah SWT Yang Maha Mulia sekehendak Allah SWT, maka segera mereka bersujud kepada Allah SWT sehingga Alah SWT menyurh mereka,"Angkatlah kepalamu sebab kini bukan masa beribadat."

Maka di situ mereka lupa pada nikmat-nikmat yang sebelumnya dan terasa benar bahawa tidak ada nikmat lebih besar daripada melihat zat Allah SWT Yang Maha Mulia. Kemmudian mereka kembali semerbak bau harum dari bawah Arasy dari bukit kasturi yang putih dan ditaburkan di atas kepala mereka, di atas ubun-ubun kuda mereka, maka apabila mereka kembali kepada isteri-isterinya terlihat betambah indah sehingga isteri-isteri mereka berkata,"Kamu kini lebih elok dari yang biasa."

.Ok.Tata.Peace.
Wassalam

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Search This Blog

Followers

Blog Archive