Popular Posts

Gangguan Jin melalui Telefon!

Assalamualaikum n Aloha!!


Entri untuk kali ni, kite pegi ke alam mistik skit...sebenarnya,ramai orang sering diganggu oleh makhluk yg dilaknat Allah ni, mereka diberi satu keistimewaan,mereka boleh melihat kita,tetapi kita tidak dpt melihat mereka (x hingin lah nak tgk)...naik seram sejuk plak rasa..huhu...Ya Allah..jauhila hamba dari gangguan makhluk terkutuk ini...

Semalam Aliaa dah tonton satu video ni di You Tube, x pasti di negara mana,tapi maybe Australia kot,x sure,seorang perempuan muslim call rancangan tu secara live bertanyakan seorang Sheikh tentang gangguan yang di alaminya...selama beberapa minit,suara perempuan tu ok lagi,normal ja...tapi lepas2 tu,dah mula dah..jin yang mengganggu perempuan tu merasuk perempuan tu semasa sedang cakap telefon dgn Sheikh terbabit..berdasarkan video ni,jin dalam telefon itu ialah Jin Kafir yang telah dihantar oleh seseorang yg mengamalkan ilmu hitam...







Tanda-tanda ketika berjaga

1.Bercakap seorang diri dan ketawa tanpa sebab.·

2.Suara berubah ketika marah.·


3.Mudah hilang akal, kurang memahami sesuatu dan lemah ingatan adakala ia mengigit lidahnya.· 


4.Berjalan terhoyong-hayang.·

5.Cara makannya menjijikkan.·

6.Berpaling daripada membaca Al -Quran,tidak memerhati maksud-maksudnya, tidakberzikir dan tidak bersolat.Apabila ia hendak membaca Al Quran,berzikir ataubersolat seolah-olah ada sesuatu yang menghalang untuk berbuat demikian.·

7.Benci kepada bau-bauan wangi terutamanya kasturi dan za' faran·


8.Pening yang tidak dapat diubati oleh ubat-ubatan (biasa)·

9.Bencikan rumahnya atau isteri atau suami atau ahli keluarganya.·

10.Kelupaan atau sakit kep'ala ketika solat.·

11.Tidak menumpukan fikiran kepada sesuatu.·

12.Malas dan lemah badan (tanpa sebab).·

13.Merasai sesuatu yang ganjil seperti gambar yang seolah-olah bergerak-gerak.·

14.Denyutan jantung bertambah cepat tanpa sebab.

15.Selalu bermimpi.·

16.Bercakap tidak keruan, tidak tersusun, bercakap yang bukan -bukan danbertindak tidak tentu hala. 


17.Apabila syaitan berpaling daripadanya, anda dapati ia akan meminta maaf terhadap percakapannya atau tingkah lakunya.

18.Sedih tanpa sebab atau kerana alasan yang remeh.· Suka memisahkan diri daripada orang ramai kerana ia merasa seolah-olah semuaorang memusuhinya dan anda dapati ia akan hilang kepercayaannya terhadap oranglain.·

19Mengabaikan kerjanya, rumah, suami atau isteri dan sekolah atau universiti.·

20.Sakit tulang belakang ketika bangun dari tidur tanpa sebab-sebab kesihatan seperti influenza atau pusingan darah haid.·

21.Beberapa anggota badannya kebas tanpa sebab dan ia susah digerakkan kecuali dengan kepayahan yang amat sangat.·


22.Perjalanan haid wanita tidak teratur- Ada kalanya darah haidnya terhenti sama sekali sedangkan ia masih muda atau haidnya tidak teratur seperti pada waktu yang tertentu darahnya keluar banyak dan pada masa yang lain pula ia akan keluar sedikit.·


23.Suka berada lama di dalam tandas atau bilik air.·

24.Lekas marah dan mudah melakukan kesilapan.·


25.Didorong oleh suara hasutan syaitan untuk melakukan maksiat seperti membunuhatau berzina.· 


26.Lenguh-lenguh seluruh badan berserta dengan malas yang bersangatan dan tidakberdaya.· Semut-semut badan atau lenguh dengan cara luar biasa.·


27.Merasa seolah-olah ada sesuatu yang mengikutnya·


28.Pening yang berterusan dengan syarat ia bukan berpunca daripada sakit mata,telinga, hidung, gigi, kerongkong atau pun perut.Mengikut Hamdy Ad Damardasy, "Apabila terhimpun 3 tanda pada waktu tidur dan 2 tanda pada waktu jaga maka kita mungkin sahaja dapat mengatakan yang seseorang itu telah di ganggu oleh jin atau syaitan .





Tanda-Tanda Sewaktu Sedang Tidur

1.Mimpi yang menakutkan dalam pelbagai rupa atau mimpi yang menyedihkan .·



2.Bercakap-cakap ketika tidur atau keluar suara yang tertentu seperti suara yang tidak jelas misalnya yang sedang marah-marah atau suara mengeluh· la bermimpi berjalan di atas air atau darah.·

3.Mimpi yang berulang-ulang sehingga ia merasakan kesempitan jiwa atau seram atau takut atau ia bermimpi dengan mimpi yang kemudiannya benar -benar berlaku dan ini memberi kesan negatif terhaadap jiwanya. seperti ia bermimpi suatu kejadian, kemudian ia benar -benar berlaku atau ia bermimpi seseorang itu sakit atau mati dan kemudiannya benar- benar berlaku· Susah hendak tidur malam kecuali setelah lama berbaring.·

4.Kerap terjaga tidur di waktu malam.·


5.Mimpi berjumpa haiwan -haiwan seperti kucing, anjing, unta, ular, singa,serigala dan tikus· Berdiri dan berjalan ketika tidur tanpa sedar.·


6.Bermimpi seolah-olahnya ia jatuh dari tempat yang tinggi.·
Bermimpi ia berada di kawasan perkuburan atau kawasan sampah atau jalan yang sunyi ( lagi menakutkan).·



7.Mimpi melihat manusia yang bersifat pelik seperti terlalu tinggi atau tinggi atau terlalu rendah atau melihat manusia hitam

Dipetik dari: Petunjuk Gangguan Jin



Amalan-amalan yang perlu dilakukan untuk elak dari perkara sebegini


1. Solat berjemaah di masjid atau surau (tempat di mana azan dilaungkan).


2. Sentiasa berwudhuk.


3. Baca بـِسـْــم ِ اللهِ الرَّحـْــمـَـٰــن ِ الرَّحِــيم ِ dalam semua perbuatan dan pekerjaan.


4. Amalkan selepas solat subuh 100 kali.

لاَ إ ِلـَـٰــهَ إ ِلاَّ اللـَّـهُ وَحـْــدَهُ لاَ شـَــر ِيــكَ لـَـهُ، لـَـهُ الـْـمُـلـْـكُ وَلـَـهُ الـْحـَمـْــدُ يُحـْــيـِي وَيُـمـِــيتُ وَهُــوَ عـَــلـَى كـُلّ ِشـَــيْءٍ قـَــدِيـرٌ








Nota: Perkataan يُحـْــيـِي وَيُـمـِــيتُ boleh disebut atau tidak, terpulang kepada anda.

5. Amalkan membaca al-Quran
- PAGI Surah as-Soffat atau Yassin
- PETANG Surah ad-Dhukan atau al-Jin



6. Dengar CD Ruqyah Syariah sehari 3 kali (Wajib dengar dengan khusyuk).


7. Bergaul dengan orang-orang yang soleh.
8. Jangan sesekali mendengar muzik yang diharamkan syariat.


9. Sentiasa menutup aurat dengan sempurna.


10. Perbanyakkan ucapan istighfar 100 kali sehari atau lebih.


11. Jangan berburuk sangka dengan Allah سبحانه وتعالى dan sesama manusia.


12. Baca ayat-ayat berikut ketika hendak tidur.
- Surah al-Fatihah
- Ayat al-Kursi
- Subhanallah 33 kali.
- Alhamdulillah 33 kali.
- Allahu Akbar 33 kali.
- Baca khawatim (penutup) surah al-Baqarah iaitu ayat 285-286 seperti di bawah: 
13. Baca surah-surah berikut ketika hendak tidur dan ulangi sebanyak tiga kali:- al-Ikhlas sekali.
- al-Falaq sekali.
- an-Nas sekali.
- KEMUDIAN DOA: “Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kejahatan JIN dan Manusia”. Hembus atau isyarat meludah ke tapak tangan dan sapukan ke seluruh tubuh yang tercapai oleh tangan tanpa pengecualian.


14. Amalkan bacaan surah al-Baqarah (seluruhnya) setiap 3 hari sekali.


15. Perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah صلى الله عليه وسلم sekurang-kurangnya 100 kali sehari.


Sama2lah kita sentiasa berserah segala2nya dan sentiasa memohon perlindungan dari Yang Maha Esa, darjat manusia adalah lebih tinggi dari makhluk2 lain, janganlah sekali2 tunduk kepada makhluk laknatullah ini.
Sama2lah kita beringat2 ^^

.Ok.Tata.Peace.

Wassalam

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Search This Blog

Followers

Blog Archive