Popular Posts

Halalkah "Couple" itu? Kenapa x ramai org. ambil kisah pOn??

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah!

First and foremost, semenjak aliaa dh mula berjinak2 dlm dunia blogging nie kan,hmm...bila bukak or visit je blog orang lain, mOstly mesti ade pic ber'couple' ,pic of my herO, my saYang n macam2 lagi, Aliaa tertanya2,adekah org di dlm pic2 ni mmg akan menjadi teman sehidup semati hingga ke akhir hayat nnt?.. So, aliaa pun terdetik di fikiran " adekah mmg sudah menjadi trend di dunia blog utk mengetengahkan benda2 mcm nie?" yelah,sbb kita pun newcomer je kat cni. Aliaa pun sebenarnye, sebelum2 nie pernah ade teman istimewa tapi x penah langsung keluar sesama, maksud Aliaa,berdua2an (bukan nk tnjuk budget bdk baik ke ape).

Bila dh fikir balik,last2 klau ber'couple'2ni benda2 tu suma hanyalah membuang masa dan satu hari akan merosakkan diri sendiri balik n plus hanya menempah nahas lagi utk ke Neraka adela,maksud Aliaa,berdosa, tapi tu cuma pendapat Aliaa sahaja tau, melalui pengalaman sendiri la. 

Tapi bila dh tgk kat blog,dkt sekeliling Aliaa,dkt kwsan kampus universiti,semua tu benda biase je. Aliaa bab2 nak menasihat tentang isu2 ni x mahir sgt,sbb yelah kite ni sape, bukannya perfect pun dlm hal2 ni sgt, hanye nak berkongsi pendapat di ruangan blog kesayangan je :)






Jari jemari Aliaa rase nak tekan Google search tentang hal2 isu couple nie, ape yg dikatakan, so kat cni,Aliaa ade amik sumber dari mcm2 tempat tentang isu couple di kalangan umat Islam Akhir Zaman ni, jOm kita bace tgk ! 


"Saya tidak menggunakan pendekatan terus menghukum kerana saya sedar, dalam suasana masyarakat semakin tidak takut kepada ALLAH, hukum hakam yang jelas itu tidaklah begitu diberi perhatian. Lalu saya tegaskan, kesan-kesan dosa bergaul bebas kepada perkahwinan itu sendiri, sebelum kesan MAHA PEDIHNYA di AKHIRAT nanti. Jika bahasa Akhirat susah untuk difahami, bahasa Dunia juga sepatutnya sudah cukup untuk memahamkan kita tentang bahaya zina.
Justeru di manakah ruang keharusan berpelesaran dan bercintan cintundi luar perkahwinan yang mahu kamu pertahankan? Sesungguhnya semua itu adalah perbuatan yang setiap sendinya mendekatkan kamu kepada ZINA. Tetapi golongan ini tidak mengerti. Disangkanya ruang berfikir yang diberi itu adalah ruang pengecualian."~http://saifulislam.com/


"perkara pertama yang perlu kita fahami ialah,CINTA itu fitrah...mana mungkin seseorang itu mampu hidup di dunia ini tanpa cinta...kerana kita telah diciptakan ALLAH dengan berpasang-pasangan lelaki dan wanita tidak lain tidak bukan ialah kerana CINTA....manusia itu hidupnya tidak pernah lengkap tidak kira dia itu lelaki atau perempuan....maka,ALLAH menjadikan untuk Hawa untuk Adam sebagai pelengkap kepada kekurangan yang ada pada dirinya....
maka perlu kita fahami ialah CINTA itu tidak SALAH dan ianya fitrah sebagai manusia....
namun,INGAT!!!
CINTA itu ada salurannya yang telah ditetapkan oleh Pencipta kita....menggunakan saluran yang salah,maka salah lah cinta kita itu....jika betul jalan nya,maka suburlah CINTA itu dengan RAHMAT dan REDHA dari Pemberi Rasa Cinta dalam hati kita...
biarkanlah CINTA itu mengembara dengan jalan yang betul,maka kita akan lebih dicintai oleh Pencipta kita....
habis,tidak salahkah CINTA sebelum nikah??
bagaimana mahu menjadikan CINTA sebelum  nikah itu HALAL dan dipandang SUCI??

aku cuba memperluaskan skop berCINTA itu....skop berCOUPLE kepada sahabat-sahabat....
kerana bagi aku kita cuma melihat COUPLE itu dengan satu perspektif sahaja....seperti pertanyaaan aku diatas,


  • tidak berCINTAkah kita kalau kita menundukkan pandangan kita daripada perkara yang haram atau menundukkan pandangan daripada si dia??
  • tidak dinamakan CINTA kah jika kalian menutup aurat kalian dengan sempurna??
  • tidak dinamakan COUPLE kah jika tidak bertemu dan berbual??
  • tidak berCINTAkah kita jika kita tidak berDATING??
  • tidak rasa CINTA kah jika kita tidak merengek dan bermanja??
  • tidak berCINTAkah jika kita tidak bersentuhan??
  • apakah CINTA itu mesti dizahirkan seperti alasan di atas baru dinamakan COUPLE??
so,jika kita berCINTA dengan menjaga batas pergaulan yang telah ditetapkan oleh Maha pencipta kita,masih salahkah CINTA itu??
aku rasa,itulah COUPLE TERCINTA di abad ini kerana tidak ramai mereka yang sanggup berCINTA seperti itu...."~http://ata-timetochange.blogspot.com/2010/10/couplehalal-atau-haram.html


Konklusinya, semua persoalan ini timbul tidak lain kerana ALLAH amat menyayangi kita...Dia tidak mahu kita tersesat arah dalam nikmat bercinta....Dia tidak mahu kita terjerumus dalam perangkap syaitan laknatullah....Dia tidak mahu kita lupa kepada-Nya jika kita asyik dengan CINTA kita itu....Dia tidak mahu kita mengotori nilai CINTA itu dengan nafsu dan keinginan kita....Dia mahu kita menemui redha-Nya dan rahmat-Nya dalam perCINTAan kita....Aliaa terasa nak buat entry ni kerana diri ini pernah berCINTA dan diCINTAI suatu masa dahulu dan Aliaa mahu memperbaiki diri yg lemah ini n tidak mahu lagi bersedih (la tahzan), sesungguhnya, Allah Maha Pengasih dan Penyayang kpd setiap hamba-Nya yg sentiasa berdoa memohon pertolongan dari-Nya, Allah akan ingat kita jika kita sentiasa mengingati-Nya :)






No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Search This Blog

Followers

Blog Archive