Popular Posts

Penangan daripada Penasihat Blog 2D Blogger :)

Assalamualaikum n Aloha!

Beberapa hari yg lepas, saya menerima bermacam2 nasihat n teguran drpd 2D blogger brkenaan blog saya, segala teguran itulah yg saya nak dengar sebenarnya,sbb yelah,bru bt blog akhir taun lepas,xde ilmu sgt tentang menda2 nie,hmm...terasa tu xlah sgt,lagi suke adela,sbb saya tau kelemahan saya kat mana n leh improvekn lagi,saya sentiasa open minded,x kisah pun lah...hehe..n lepas bace komen dari Faisal,rasa terdetik "alang2, nak buat blog barulah,blog yg menunjukkan a fresh new look sempena tahun baru nie :)"...lagipun,utk pengetahuan Faisal sebenarnye,aliaa terdelete satu code dkt template blog lame,so blog lame dh jadi mcm ape dh,kucar kacir gitu..huhu,sbb kan blog lama aliaa guna classic punya theme,susah skit.

Owkeyh,kat sini aliaa sesaja nk letak balik segala komen yg diberikan oleh penasihat 2D blogger kpd aliaa, smbil tu kawan2 yg lain bleh amik n cedok2 sama tips n teguran yg diberikan :)


Blog yang seterusnya adalah blog milik Alia(http://chuppachubs.blogspot.com/).Mari kita lihat apa masalah yang terdapat di blog Alia ini.
Design/Layout  Blog
Pertama kali masuk ke blog alia,saya merasa saya berada di tahun 2000 sebabnya template yang alia gunakan kelihatan biasa dan versi lama.Maaflah sebab berkata begitu.Ini 1st impression saya bila datang ke blog Alia.Mungkin rakan blogger lain juga berpendapat begitu.So nasihat saya pada alia,cuba Alia tukar template itu supaya lebih menarik dan kemas.Banyak blog-blog kat luar sana yang ringkas tetapi menarik.
Mungkin Alia boleh cari template yang lebih menarik disini,BTemplate.com
Buang Widget Index
Saya perasan yang blog Alia diletakkan widgetIndex kat sebelah kiri dan kanan blog.Bukan tak menarik sebenarnya,ianya menarik tapi kalau tak letak rasanya lebih baik.Blog biar simple tetapi menarik untuk dibaca.Mungkin Alia blog fokuskan pada cara penulisan daripada meletakkan widget sampingan seperti itu.=).
Saiz Font Pada Tajuk dan Entri
Mungkin perkara ini kebanyakkan blogger just ambil ringan tetapi sebenarnya ia serba sedikit mempengaruhi tahap friendly blog korang dengan SEO engine.Cuba perhatikan saiz font title dan contest blog alia…
Perbezaan Saiz Font
Saiz title entri dan entri lebih kurang sama kan?Sebaik-baiknya font title seharusnya lebih besar daripada font entri supaya orang dapat bezakan antara tajuk dan entri.Kalau font entri 12px so font title boleh diletakkan 16px atau 18 px.Barulah jelas kan?So macam mana nak tukar saiz Font ni?susah jugak nak gtaw cara-caranya..senang-senang tukar template jelah…hehe.So sila ambil perhatian kepada blogger-blogger yang lain.Sila pastikan saiz font tajuk dan entri berbeza..=)
Kata-Kata Google Tentang Blog Alia
Kata-Kata Google Tentang Blog Alia
Okay,sekarang kita lihat pula apa kat Google tentang blog alia ini.Haaa cuba lihat kat gambar kat atas tu.Itulah apa yang Google boleh katakan pasal blog Alia ini…Bangun pagi2 ni lepas solat subuh….bla.bla.bla……Itu je yang termampu yang Pakcik Google boleh katakan..huhu =P
Cuba Alia search menggunakan keyword 2DayBlogger dan lihat hasilnya.Alia nak buat macam tu jugak tak?caranya senang sahaja.Letakkan meta tag kat blog Alia tu sebabnya bila saya check,blog Alia takde meta tag ini.Alia boleh baca entri ini untuk mengetahui cara-cara nak letakkan meta tag ini,Apakah Meta Tag,Fungsi Dan Cara Meletakkan Meta Tag Di Blog : Blogging Tips.
Okeylah,cukuplah setakat ini untuk aktiviti penasihat blog untuk blog Alia.Diatas adalah nasihat ikhlas saya untuk Alia dan ia terpulang untuk alia sama ada untuk mengikut nasihat diatas atau pun tidak.Tiada paksaan.Apa yang saya harapkan adalah agar Alia boleh menjadi seorang blogger yang bagus satu hari nanti.=)Amin…
Tindakan Tuan Blog
Okay,saya dah review mengenai blog korang,so next step yang perlu korang buat adalah cuba untuk mengikuti nasihat yang telah diberikan.Selepas itu buatkan satu entri untuk membalas semula nasihat yang saya berikan.Mungkin disitu saya boleh tahu feedback daripada korang setelah mengikuti nasihat yang diberi.Mana tahu feedback korang itu boleh digunapakai oleh blogger yang lain.=)
Terima Kasih.

Itulah dia,...huhu,selamat beramal dan renung2kan!..hehe




No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Search This Blog

Followers

Blog Archive