Popular Posts

Tak Boleh Sudah !!!!!


Masih aku ingat lagi kisah yg telah berlaku pada 5hb Feb 2011 yg lalu dimana aku TERjatuh di atas jalan raya masa aku bersama mama & beberapa org kawan menghadiri majlis perkahwinan kawan sekolah aku.....
Akibat dari kejadian itu,aku telah dikejarkan ke hospital dan terpaksa jadi mcm nie:

|

|

|

|

|

V


Ha,hambek ko,diorg balut sampai 7 balutan...Dan ghoper anak gajah okeh bila berjalan...Aku terpaksa pakai mcm tue selama seminggu....Dan pada 14hb Februari (alamak,tarikh sedih aku), yg lalu,aku & mama ke hospital utk buka balutan ini....Korang tahu masa dah buka nie,aku rasa lega sgt2 sbb dah x berat lagi masa berjalan...Korang bayangkan sepanjang kaki aku berbalut nie,perjalanan aku amat2 terbatas okeh...Nak buat apa pun susah,even nak mandi pun nak kena angkat kaki tue...Seksa wooooo....tapi itu semua pengalaman.....
Dan bila dah dibuka dan diperiksa,doktor sahkan yg ligamen lutut kanan aku koyak & putus....Satu lagi dugaan ALLAH S.W.T yg perlu aku terima...Sebab tue aku ada buat entri ini:

http://cintawanie.blogspot.com/2011/02/sticky-mode-24-hours-entri-baru-skrol.html

Semuanya pasal hal inilah....So aku kena dtg lagi pada 16hb Feb 2011....So aku blk dlm keadaan tidak gembira....Yelah saper yg nak semua ini berlaku kan....
So pada 16hb Feb 2011 yg lalu,aku sekali lagi ke hospital bersama mama tercinta....

|

|

|

|

|

V


Aku yg serba "PePeL" ari tue...Saja nak menaikkan mood gembira walaupun dlm hati ini hanya ALLAH S.W.T saja yg tahu perasaan aku.....So sekali lagi aku berjumpa dgn doktor ortopedik dan sekali lagi aku buat pemeriksaan lanjut tentang lutut aku nie....Bila dah diperiksa doktor sahkan yg lutut kanan aku dah longgar + ligamen koyak + putus....Dan kemungkinan perlu lakukan pembedahan....APA???...PEMBEDAHAN???....Semua ini masih lagi dalam "Pantauan"..So skg nie aku perlu bersedia utk sebarang kemungkinan....
So skg nie,doktor suggestkan aku utk buat "Fsioterapi" dan akn bertemu dgn doktor lagi pada 3hb Mac.2011....So skg nie aku akn bermula dgn khidupan baru iaitu lakukan rawatan fisioterapi bermula 1hb Mac 2011 ini...Harap2lah ia akn memberi peluang yg cerah supaya aku tidak dibedah....Doktor ada ckp,kalau aku x buat pembedahan itu,ia akn melarat sakit itu dan ia boleh menyebabkan aku TIDAK BOLEH utk naik trun tangga lagi...Dan bole mendapat satu lagi penyakit iaitu "Osteo Arthritis"...Kiranya adik ipar kepada "Rheumatoid Arthritis"....Ha hambek ko nama pelik2 okeh....Semuanya berkait rapat dgn sakit yg aku sdg alami skg ini....
Yang menyedihkan aku saat ini adalah ini:

|

|

|

|

|

|

V


Doktor sudah nasihatkan aku supaya TIDAK memakai kasut bertumit tinggi kerana ia amat2 berbahaya dgn sakit yg aku hidapi skg ini....Kalau korang nak tahu aku x pernah pakai lagi kasut itew...Kasut yg dibeli di Charles & Keith pada tahun lps....Nampaknya kasut2 tinggi yg ada kat dlm kotak kasut itew kenalah aku simpan...Dan ada jugak beberapa pasang kasut aku telah dirembat oleh Cik Ecah...X pelah dari x terpakai kan....

~BAGI AKU SKG NIE,APA YANG SDG BERLAKU PADA DIRI AKU ADALAH SATU DUGAAN YG DIBERIKAN KEPADA AKU....DAN AKU X ANGGAP APA YG BERLAKU PADA DIRI AKU INI ADALAH SATU "SIAL",SEBAB ADA SEBAB "DIA" NAK UJI AKU...APAPUN AKU MASIH BERSYUKUR SEBAB AKU MASIH BOLEH LAKUKAN KERJA2 SEHARIAN BIARPUN IA TERBATAS....DAN AKU JUGA BERSYUKUR KERANA MASIH ADA YANG SAYANG & AMIK BERAT PASAL DIRI AKU TERUTAMANYA KELUARGA & SAHABAT-HANDAI DAN JUGA KAMOO~

::Terima kasih Semua::
Hanya ALLAH S.W.T saja yg boleh membalasnya


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Search This Blog

Followers

Blog Archive