Popular Posts

PERADUAN MENCIPTA LAGU

Dengan ini aku nak umumkan PERADUAN MENCIPTA LAGU berdasarkan lirik lagu yang telah di berikan ....

Peraduan terbuka kepada semua blogger yang tinggal dekat malaysia .. tak kira jantina... tak kira umur semua boleh join peraduan tersebut ...

Caranya rakam lagu yang dah korang buat masuk dalam blog korang dan tinggalkan link dekat entry ini ....
hanya satu pemenang saja yang akan di pilih oleh pihak juri...

Pemenang akan menerima wang tunai Rm50 .. jangan lupa sertakan alamat email korang kerana pemenang akan di hubungi melalui email..


Lirik lagu peraduan :

Cupcakes terbaik ibu
Menceritakan tentang kehidupan
Disetiap adunan
Butter, tepung, telur, gula, koko, vanilla, strawberry
Semua punya rasa tersendiri
Seperti kehidupan ini
Manis, masam, pahit dan tawar
Semuanya menjadi indah bila bersatu
Dan dinamakan kehidupan
Cupcakes terbaik ibu
Menceritakan tentang rasa kasih
Adunan bersatu menerbit rasa sayang
Menimbulkan sebuah kerinduan
Kata ibu…
Rasalah butter ini, tak sedap, ibu!
Rasalah tepung ini, tidak, ibu!
Bagaimana pula semua yg mentah ini, rasalah anak ku,
Tidak, ibu!
Tidak!!!
Ibu tersenyum demi sebuah pelajaran hidup
Adunlah tepat sukatan sayangku
Semuanya akan bersatu menjadi cupcakes terhebat
Begitu juga kehidupanmu
Gabungkanlah kedukaan, kesalahan, kekecewaan dan kegagalan
Demi sebuah kejayaan dan kebahagiaan
Demi sebuah kehidupan
Cupcakes terbaik ibu
Lazatnya kekal dikalbu
Kini diwarisi aku
Selamat hari jadi, ibu…
Aku menyayangimu…

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Search This Blog

Followers

Blog Archive