Popular Posts

Binatang pun ada Hak!

Assalamualaikum & Aloha!!

Berdasarkan tajuk entri ni pun mesti korang dah agak Aliaa nak membebel pasal apa kan? Sebenarnya, hati ini ingin berkongsi pendapat dan nak meluahkan rasa hati yang sedih tengok binatang dikurung ditendang tanpa belas kasihan. Sesungguhnya kan binatang tu adalah makhluk Allah jugak, macam kita sebagai manusia, cuma manusia dikurniakan akal fikiran dan darjat yang lebih tinggi berbanding makhluk Allah yang lain, tapi haruskah kita sebagai manusia mensia2kan akal fikiran yang dikurniakan Allah SWT??? 



Aliaa sedih tengok kadang2 ade binatang yang kena langgar ngan kenderaan tengah2 jalan, ase sedih sgt5...korang bayangkanlah haiwan tu makhluk Allah, die pun sakit jugak bile kene langgar,kene tendang kan? Lagi ase sedih bile tengok binatang dikurung, contoh yang terbaik ialah burung, burung perlu diberi kebebasan, die ade sayap,die perlu terbang, die pun ade family,ade anak2 kan?? 

Dekat umah Aliaa nie, jiran baru2 nie bela burung tau, tapi tiap2 hari Aliaa tengah sidai kain atau siram pokok ke, mesti ase sedih sgt tgk burung tu kena kurung dalam sangkar, bertambah sedih lagi tengok, sangkar tu dahla kecik, pastu burung tu dgn penat lelah cube jugak nak terbang...Ya Allah, sesungguhnya bukalah hati org yang kurung burung tu supaya lepaskan dia. Tu burung, tapi kecualilah macam binatang yang membahayakan manusia tu cite lain la,cam harimau,ular ke kan, diorang ade habitat diorang sendiri,xyah la kacau. Lau x silap Aliaa,haiwan yang membahayekan dan boleh memudaratkan yang dpt pahala apabila dibunuh ialah contohnya lipas,cicak,kala jengking,lipan, dan ular. 

Selain burung,semalam Aliaa tengok National Geographic tau, cite tentang Cimpanzi, haiwan ni terancam,bukan ape,sebab diorang selalu dijadikan bahan eksperimen dan ujikaji dan sentiasa dikurung. Ade cimpanzi nie, bernama David, umur die dah tue,23 tahun, diorang dh nak bebaskan die,nak lepas dekat tanah lapang,tempat yang ade rumput..tapi bile sampai2 kan,die takut sangat nak pijak rumput, die x berani,x biase,sedih n kesian bile tgk macam tu..dekat tanah lapang tu banyak Cimpanzi yang dilepaskan bebas dah..diorang nampak seronok dapat jumpe, diorang berpelukan, macam kitela kan manusia,bile dh jumpe kawan lame,mesti rindu,ase nak peluk,samela jugak mcm diorang. 






Binatang selalu berzikir kepada Allah, tapi kite xtau, jadi kite yang ade akal fikiran ni selalu terlupa benda2 mcm tu kan? Fikir2kanlah. Ape kite rase bile kite dikurung macam yang binatang2 ni selalu hadapi?? Tepuk dada tanyalah selera. Insanlah terhadap binatang ^_^

::Renung2kanlah bila tgk video2 nie, subhanAllah::










.oK.Tata.Peace.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Search This Blog

Followers

Blog Archive